Archive for May, 2010

menyusur denai ingatan LXI

Monday, May 31st, 2010

 

“If Robert Lau becomes the MP on Sunday, on Monday I will ask [for] the cheque to be prepared. Do we have a deal or not? We do! You want the RM5 million, I want Robert Lau to win,” Najib told the crowd last Saturday.”

 

Ketika terbaca laporan bagaimana PM membuat ‘deal’ dengan pengundi Sibu dalam pilihanraya kecil baru-baru ini, ia mengembalikan ingatan tentang peristiwa aku main tarik tali dengan Sub Lt Hardinott, Cdr Hyde Smith dan TLDM pada bulan April 1971 sepertimana yang pernah ku ceritakan dalam MDI LX.

 

Peperiksaan kedua aku buat hal lagi. Dari 10 soalan, aku cuma jawab 4. Pun begitu, keputusan tetap sama – lulus. Apa lagi usaha yang harus ku lakukan agar TLDM melupakan hasrat atau dalam Bahasa Inggeris ‘Get off my back’. Atau buat pilihan ‘take it or leave it’ terhadap tawaran yang ku beri.

 

Akhirnya aku terpaksa memberitahu Sub Lt Hardinott tentang tawaran-tawaran TLDM tang pernah ku tolak.

 

“Sir, I would have been a commissioned officer or a POREA had I wanted to…” aku memulakan bicara untuk menyedarkan orang tua itu.

 

DO orang tua? Memang benar dia termasuk golongan orang tua dalam lingkungan umur 50an. Difahamkan, sebelum dinaikkan pangkat Sub Lt untuk dipinjamkan kepada RMN, dia seorang CPORE dalam RAN. Dan aku terus memperincikan dua tawaran yang pernah ku tolak.  

 

Selepas menyedari bahawa LRRM yang terpacak di hadapannya ‘tak makan saman’, dia mengambil pendekatan sama seperti yang diambil ‘Commander Training’ pada tahun 1966. Dia memanjangkan tempoh hingga keakhir kursus – untuk menerima atau menolak - sebelum menutup tawaran.  

 

Setelah keadaan reda dan aku tidak lagi dipaksa keluar masuk pejabat DO, barulah lega dan timbul minat untuk belajar.

 

Suatu malam, selepas ‘piped down’, kumpulan kami duduk di atas ‘bench’ bilik air untuk mengulang kaji pelajaran. Malam itu lebih sepuluh orang termasuklah XKD Rahmat yang sedang berkursus - POEM - duduk diatas dua buah bench, satu kumpulan sebelah kiri dan dan satu lagi sebelah kanan pintu bilik air.

 

Tiba-tiba muncul OOD (Officer of the Day) membuat ‘round’ seorang diri. Secara kebetulan, ada seorang LRME sedang khusyuk menghisap ‘rokok daun’ di hujung ‘bench’. Pucuk dicita ulam mendatang. OOD mengheret LRME ini ke Pejabat (Barrack Office) di Admin Block.

 

Kira-kira setengah jam kemudian, OOD muncul lagi sambil bertanya kalau ada diantara kami yang kenal siapa orangnya yang dia heret sebentar tadi. Oleh kerana tidak seorang pun yang mengaku kenal, dan mungkin kerana kami sudah lama saling mengenali, dia meminta aku mengirinya ke Barrack Office.

 

”Betul awak tak kenal dia?” OOD meminta kepastian.

 

“Betul tuan, saya tak kenal” jawapanku ringkas.

 

“Kalau jumpa sekali lagi, awak boleh cam tak?” dia menyambung. Dan soal jawab itu berterusan.

 

Sebelum menjadi brother CO KD Malaya, bintang OOD ini tidak cerah. Lebih sepuluh tahun merana, mengharap lambang sauh lekat di lengan kiri. Setelah dapat ‘brotherhood’ bintangnya menyinar dan tangga pun semakin mudah untuk dipanjat.

 

‘Assignment’ pertamanya sebagai LRSM ialah ‘instructor’ basic class kepada ‘intake rekrut’ selepas ‘batch’ kami. Mungkin kerana tidak tahu apa dan dimana hendak dimulakan, dia memeriksa beberapa buku nota ‘seamanship’ kelas kami dan akhirnya meminjam nota Seamanship, DCFF, NDA dan nota-nota lain yang ku abadikan dalam sebuah buku kulit tebal. Buku itu hampir menjadi milik peribadinya kalau tidak ku tuntut tiga tahun kemudian.

 

Dalam perjalanan ke Barrack Office, dia memberitahu apa yang berlaku…LRME yang diheretnya sudah lesap.

 

Dalam keghairan dapat buat kes, dia meninggalkan LRME tersebut di luar pejabat dibawah awasan CPO armourer Singham - seorang senior rate yang mudah senyum. Mungkin kerana percaya, Chief Singham tidak begitu ambil kira dengan ‘tawanan’ di bawah jagaannya. Melihatkan semua sedang leka, LRME ini tidak mensia-siakan peluang lalu mengorak langkah seribu.

 

Malam itu, LRME lulus ujian komando apabila berjaya memanjat pagar dan menyelinap keluar dari kawasan KD Malaya untuk balik ke bot ronda yang sedang buat refit di Tanjung Rhu. Sementara itu, atas perintah OOD, semua lampu dormitori dinyalakan. Dia mengarahkan orang-orangnya buat kerja bodoh…memeriksa setiap katil dengan harapan orang yang dicari terpukau kaku lalu menghulur tangan untuk digari. 

 

Kerana tidak memiliki ‘station card’ KD Malaya, krew kapal yang keluar masuk diwajibkan menulis butiran peribadi dalam buku yang tersedia di ‘Main Gate’ dan ‘sign out’ bila keluar. Esok pagi, setelah buku keluar-masuk diperiksa, terdapat satu ruang kosong di sebelah nama LRME K20xx KD Renchong.

 


KTTL melawat KD Sri Tawau 1977

Monday, May 31st, 2010

Ketua Turus Tentera Laut di ruang kantin KD Sri Tawau pada awal 1977 - setelah mengambil alih tugas dari Rear Admiral Thana yang “bersara” pada hujung tahun 1976.


Krew KD Rahmat di London

Sunday, May 30th, 2010

London/Tower Bridge (1972)

 

Apabila KD Rahmat stand-off di Portsmouth, Sub Lt. Mohiddeen (Cooro) mengaturkan lawatan satu hari ke Bandar London untuk krew yang tidak bertugas (kena bayar bukan free).

 

Kami pun bersiar-siar di Tower Bridge dan bertembung dengan berberapa induk – kita ingat marka Malaysia dan mereka ingat kita Jockey Filipino.

 

Kita pun ajak ambil gambar bersama  – lepas itu kita bid farewell – no follow up.

 

Macam mana mahu follow up…gaji pada waktu itu boleh tahan kecil nya – lebih kurang 40 British Pound sebulan termasuk oversea allowance (makan di tanggung berak cangkung dan tidur di hotel terapung KDR)

 

Hero dalam gambar – ABME Chua, ABEM Nik, ABEM Hamdan, LREM QDC dan ABRM Hanapiah (kalau tak silap).

 

NOTA ADMIN

 

Membaca emel XKD Rahmat, teringat kisah induk dan EM Morgan masa dia mengikuti kursus Mechanician.

 

Cerita ini membuktikan ’size does matter’.

 

Amoi-amoi yang mengikuti kursus kejururawatan persendirian di UK suka bertandang ke bilik Morgan. Out of curiosity, suatu hari kawan sekursus mengendap kenapa kawan seorang ini sahaja yang mendapat kunjungan…Fuuuhhh, dia orang punya gelojoh mentekedarah pisang tanduk. Maka terjawablah kemusykilan kenapa Morgan yang kurus kering jalan kenkang.

 


TLDM - di luar dewan makan KDSR

Saturday, May 29th, 2010

Berdiri di hadapan dewan makan / wet canteen (dinding zinc)

Kandungan emel empunya gambar kepada admin:

“Back from Thailand (Lepas Taipei pergi Thailand…gorengan orang Taiwan tak best macam Tomyam Siam ke?)

Esok - projek besar untuk mencari gambar-gambar dan dokument – seperti:

 

Tafalgar Square, HMS Victory, Part ll Orders dan lain lain - itu pun kalau B1N1 tak buang atau hilang.

 

B1N1 lebih teruk dari H1N1…semua atau kebanyakan lelaki mesti kena punya.” (Tapi kalau tak ada isteri, kita pulak yang teruk).

 

NOTA ADMIN:

 

Dewan makan / kantin basah berdinding zinc? Kerana tak tahan panas, krew KD Sri Rejang tak betah tinggal di dalam base.

 

Sebut KD Sri Rejang teringat cerita kawan…”Baanngg, tak boleh draf tempat lain ke? Ani risau lah tempat tu banyak komunis” isterinya merayu.

 

“Tak boleh sayaanngg, elaunnya 6 ringgit sehari…”

 

Masa mengemas bag suami, isteri berpesan, “Baanngg, Ani bekalkan sejadah ni, jangan lupa sembahyang ye.”

 

Minggu pertama, bayangan wajah isteri yang berumur awal 30an masih bergetah. Pesanan isteri juga tidak dilupa…5 kali sehari bentang sejadah.

 

Masuk minggu kedua, wajah isteri semakin pudar, mata mula berpinar dan ‘blood pressure’ turun naik. Akhirnya, tak larat nak rukuk dan sujud. 

 

Dua tahun di Sri Rejang, lebih separuh duit elaun terbang kerana ketagih makan diluar. Resipi masakan cook TLDM membuatkan kepalanya selalu berat. Untuk meringankan kepala, abaanngg terpaksa santap di luar kerana daging ayam muda tempatan yang terhidang begitu lembut dan menyelerakan. Kalau hujung minggu, sampai 5-6 pinggan sekali duduk.    

 

Carilah yang tersirat disebalik yang tersurat. Atau ‘read between the lines’.

 


Yahoo - saya dapat gelaran Tan Seri

Saturday, May 29th, 2010

 

 

29hb Mei 2004 - “Sipolan bin sipolan, aku nikahkan dikau dengan anakku sipolan binti sipolan dengan mas kahwinnya 80 ringgit tunai.”

 

29hb Mei 2010 - pasangan yang saya nikahkan menganugerahkan gelaran Tan Sri. Mula-mula bergelar Datuk (seorang cucu) lepas itu bergelar Datuk Seri (dua orang cucu) dan sekarang Tan Seri. Lepas ni gelaran Tun dan akhir sekali gelaran “yang lambat”. Kalau nak tau maknanya, kena terjemahkan ke Bahasa Inggeris.  

 

Fast rewind 31hb Julai 1977.

 

Hari itu saya keluar peluh sejuk menggenggam tangan jurunikah Kampung Semaseh, Muar. Beberapa hari sebelum nikah, bakal isteri sudah diberi amaran “Kalau sampai kena lafaz berulang kali, itu bermakna kita tak ada jodoh”.  

 

Gelabah keluarga bakal isteri.

 

Pagi itu, ibu saudara membekalkan sebatang jarum yang diselitkan di celah songkok sebagai pendinding. Zaman dulu, bukan cerita asing bakal pengantin terpaksa mengulang lafaz berulang kali. Ada yang terpaksa mandi sebelum menyambung upacara akad nikah.  

 

Alhamdulillah, lafaz tidak perlu diulang.

 

Genap setahun selepas itu, 31hb Julai 1978, kami dikurniakan anak pertama.

 

Trend menyambut ketibaan orang baru dalam keluarga serentak dengan tarikh pernikahan diwarisi anak.

 

Berbalik kepada cerita kenapa saya memberi amaran supaya jangan ditimbulkan situasi dimana saya dipaksa mengulang akad nikah? Uapacara pernikahan di Negeri Johor jauh berbeza dengan di Selangor.

 

“Aku nikahkan dikau, aku kahwinkan dikau…dengan maskahwinnya…tunai”

 

Apa beza “aku nikahkan” dengan “aku kahwinkan”? Kenapa perlu ada ayat ‘redundant’? Tidakkah cukup sekadar “aku nikahkan dikau…”

 

“Maskahwinnya” kalau bakal pengantin  terlupa menyebut ‘nya’ dia terpaksa mengulang. Bila terpaksa mengulang, mulalah keluar peluh jantan. Lepas itu mandi peluh dan akhirnya pergi ke bilik air.

 

Dan kalau terjadi kepada saya, tunang terpaksa menghayati lirik lagu P. Ramlee,

 

Putus sudah kasih sayang

Ikatan asmara hancur berderai-derai

Apakah dosaku

Apakah salahku…

 

Yang bersalah ialah cerdik pandai agama di Negeri Johor yang tidak mahu berubah.

 

Tidak mahu berubah bukan sahaja pada lafaz nikah tapi juga Khutbah Jumaat.  Masjid-masjid di Negeri Johor masih mengekalkan ayat tidak relevan dalam khutbah “…Negeri Johor dan jajahan takluknya…”

 

Jajahan takluknya?

 

Penjajah dan penakluk (colonialist and conqueror) - itulah kehebatan negeri dimana anak sulung (yang memberi gelaran Tan Seri), isteri dan saya dilahirkan.