Archive for June, 2010

Bye bye ‘utuhpaloi.xbrain.biz’

Tuesday, June 22nd, 2010

Mulai hari ini, dan untuk memudahkan pembaca melayari blog ini, sila log-in ke ‘utuhpaloi.com’. Semua ‘posting’ baru akan di muat-naik di laman yang disebutkan. 

Kenapa tukar?

‘utuhpaloi.xbrain.biz’ sudah dijangkiti sindrom penyakit KD Rahmat…gering berpanjangan. Dan seperti KD Rahmat (EX Hang Jebat), Nujum Pak Belalang cuba menukar nama dengan harapan dapat memudahkan pembaca membukanya. Insyaallah.


Raja Qarun & Ratu Balqis

Tuesday, June 22nd, 2010

Pada 30hb April 1974 saya menerima pangilan talipon dari LREM Yahya (seorang staf dari RNO Kuching dan kenalan saya sejak dia tamat latihan Part 2 - ODEM).

 

Saya dimaklumkan bahawa tiga buah LCP ‘Landing Craft Personnel’ sudah ‘electrically out of service’.  POEM di RNO Kuching telah ambil cuti kecemasan minggu sebelumnya untuk balik ke Semenanjung.

 

Saya diarahkan oleh BTO (Base Technical Officer) untuk pergi ke RNO Kuching pada 1hb May 1974

 

Sampai di Kuching lewat petang. Setelah berjumpa dengan RNO dan coxswain, saya ditempatkan di Senior NCO mess at the Army’s Brigade. Semua staf RNO Kuching ditempatkan dalam Brigade Kuching.

 

Saya bertemu dengan LREM Yahya dan kami berbincang tentang masaalah LCP.

 

Pada waktu malam LREM Yahya mebawa saya round Bandar Kuching. Selalu sangat makan ‘Kuih Talam’ di Sibu jadi malam itu saya cuba makan ‘Kuih Talam’ Kuching – tukar selera.

 

2hb may 1974 – selepas sarapan pagi kami pergi ketiga-tiga buah LCP yang sedang berapat di jeti. Buat pemeriksaan di LCP No 1 dengan LREM Yahya dan tunjuk ajar bagaimana hendak membaiki kersoakan di LCP No 1. Lepas makan tengah hari, masalah selesai.

 

Lepas itu kami pergi ke LCP No. 2 – kerosakannya lebih kurang sama. LREM Yahya sudah ada keyakinan untuk tackle problem tanpa bantuan saya.

 

Kami balik ke Brigade lewat petang hari itu sebab Yahya mahu buat LCP No.2 ”READY FOR OPERATION”.

 

Selesai mandi dan makan malam kami pun keluar ke Bandar Kuching untuk meringankan kepala dan tukar angin. Makan ‘Kuih Talam dan Kek Lapis lagi’.

  

3hb may 1974 – selepas sarapan pagi kami pergi ka LCP No.3 yang sedang berapat di jeti. LREM Yahya membuat pemeriksaan dengan teliti dan akhirnya dia menemui punca kerosakan.

 

Apabila semua masalah di LCP selesai, saya beritahu keadaan semasa (SITREP) kapada RNO Kuching dan kemudian memberitahu LRSM Abdul Rani yang mengurus ‘personnel movement’ untuk semua staf  RNO Kuching untuk buat tempahan Mas flight balik ke KDSR. (LRSM Abdul Rani adalah seorang bekas krew KDSR yang ditukar ke RNO Kuching) 

 

Rani memberitahu saya tentang kesukaran mendapat approval C.A.T.W. (Civil Air Travel Warrant) dari Army Kuching Brigade yang dikawal oleh seorang Major.

 

Dalam hati (Bila mahu hantar saya ke Kuching dengan MAS flight – No Problem. Tetapi bila mahu hantar saya balik ke Sibu dengan Mas Flight – Big Problem)

 

Anyway one phone call to the KDSR’s BTO - problem solved - C.A.T.W. terus di luluskan oleh Major tadi pada 4hb May 1974. LRSM Rani beritahu saya muka Major nampak sedih semasa beri tiket Mas saya kapadanya.

 

Berapa harga tambang Mas pada masa itu dari Sibu ke Kuching dan Kucing ke Sibu?  36.00 RM sehala. Dia expect saya naik tongkang balik Sibu ke? This is what we call ‘Penny wise pound foolish’.

 

Saya naik Mas flight balik ke Sibu pada 5hb May 1974.

 

Kerana membuat muka Major sedih dan tidak cukup makan ‘Kuih Talam’ - apabila balik dari Kuching ke Sibu saya tak dapat pingat - P.P.N.

 

Biasanya kebanyakan budak Navy yang balik dari Kuching ke Sibu dapat pingat P.P.N. (bukan Pingat Pangkuan Negara dan bukan pingat Pelan Pelan Naik)  

 

Footnote:

Famous quotation yang selalu saya dengar dari pegawai-pegawai 

 

I don’t care what you do as long as it works.  Don’t come and see me with problems BUT come and see me with solutions to the problems

 

Kalau di pelantar minyak ‘I want it repaired yesterday’

 

NOTA ADMIN:

Apalah lagi yang dibuat koleksi ‘pakar’ makan kuih talam? Jangan-jangan kayu ‘marathon’ Chief Mohid dan belon panjang pun ada dalam simpanan.

Oh ye, kuih talam yang popular di Sibu buatan orang Iban manakala di Kuching Dayak Laut.


Masalah masuk ke UPBB

Monday, June 21st, 2010

 

Kepada pengunjung blog ini, admin memohon maaf kiranya terdapat kesulitan untuk masuk ke UPBB.

 

Baru sebentar saya menerima Emel dari kawan lama memaklumkan bahawa sudah dua hari beliau tidak dapat mengikuti celoteh di blog ini.

 

Sejak beberapa minggu yang lalu saya sendiri menghadapi masalah untuk membuka blog. Kekadang sehingga berpuluh kali me ‘refresh’ sebelum nampak kepala blog. Untuk sampai ke ekor, macam menunggu siput sampai di garis penamat.

 

Difahamkan ia berpunca dari DNS (Domain Name System) Telekom yang diguna-pakai. Setelah ditukar kepada ‘Google’, masalah saya selesai, tapi tanpa diduga ia menimbulkan masalah kepada pengguna Streamyx pula.

 

DNS…fuh macamlah saya tahu apa bendanya. Sebenarnya pengetahuan komputer saya macam orang rabun pakai ‘sunglass’. Oleh kerana itu, saya bergantung harap kepada orang lain.

 

Apa pun, ‘master hacker’ sedang berusaha mengatasi kesulitan. Harap-harap dapat diselesaikan tanpa mengalami kesan sampingan.

 

Sekali lagi admin memohon maaf.

 


Ramadan di KD Sri Tawau 1977

Monday, June 21st, 2010

Pemandangan dalam ‘guard house’ KD Sri Tawau 1977.

Bukan semua budak navy lupa daratan, malah ramai yang akur dengan kewajipan, kalau pun tidak sepanjang tahun, tapi sekurang-kurangnya tahu memuliakan bulan Ramadan.  

Gambar di atas menunjukkan krew yang sudah berkeluarga sedang menunggu trak untuk kembali ke rumah masing-masing setelah bertarawih di pangkalan KD Sri Tawau.

Semasa gambar ini diambil, secara kebetulan Aiman sakit perut dan sedang berada di bilik air.


KDSL di Pulau Langkawi - 1

Monday, June 21st, 2010

Assignment pertama KD Sri Langkawi setelah bertukar nombor pennant kepada A1500 ialah memperaga ‘janda cowboy’ kepada penduduk Pulau Langkawi. Janda cowboy? Ialah, kapal itu sudah diceraikan dengan talaq satu oleh US Navy.

Bertali arus pengunjung diangkut dengan bot untuk melihat sendiri keadaan kapal yang diberi nama sempena pulau tempat asal mereka.

Kelihatan dalam gambar pengunjung sedang memanjat ‘Tangga Yaakob’ (Jacob Ladder) manakala sebahagiannya telah pun berada di geladak. Masa inilah Mat2 Bunga mengambil peluang bertukar-tukar alamat.

Dan tak kurang yang ‘kreatif’…tulis surat ke alamat sendiri, poskan di Langkawi dan surat ’sendiri’ sampai masa kapal alongside di MBJ, pastu cerita dengan kawan-kawan, “Dapat surat dari kenalan baru”.