
1. N/400221 Abdul Aziz Wahab
2. N/400076 Khoo Tee Chuan
3. N/400079 K. Thanabalasingham
4. N/400081 Phang Kok Keng
5. N/400082 Malcolm William Alvisse
6. N/400077 Cheah Leong Voon
7. N/400080 Pavithran Krishnan Nettur
8. N/400084 Mohamed Zain bin Mohamed salleh
9. N/400083 Chitharanjan Kuttan
“They are the ‘golden boys’ of 1955, the nine youngsters who were the pioneers of the Royal Malaysian Navy. Fifty years ago, they stepped into a world of sea and ships that took them on a journey that changed their lives.”
Ayat di atas diambil dari NST bertarikh 15hb Mei 2005. Tapi apa kena mengena dengan tajuk “2 saja V Only Two?”
Suatu hari, Menteri Pertahanan ketika itu, Tun Abdul Razak datang berkunjung ke Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia di Woodlands. Dalam pertemuan dan sambutan yang diadakan di ‘Wisma Samudera’ atau lebih dikenali sebagai ‘Wardroom’, beliau terkejut kerana hanya dua orang pegawai Melayu yang hadir. Sambil mengangkat tangan kanan dan menunujkkan isyarat dua jari ala ‘V’, beliau bertanya “Dua Saja V Only Two?”
Pada mulanya ’senior officer’ yang mengiringi tak faham apa yang dimaksudkan tapi setelah diulang, “Dua saja pegawai Melayu?” barulah mereka mengerti.
Tidak dinafikan, era itu tak ramai orang Melayu jadi pegawai, tapi bukanlah bererti hanya dua orang pegawai Melayu yang ada. Setelah diperjelas kedudukan sebenar, barulah Tun Razak mengerti.
Apa pun, gambar di atas adalah buktinya. Dari sembilan orang, hanya dua orang pegawai yang ada ‘Bin’.
Kepada pembaca yang ‘observant’, mungkin timbul soalan, “Kenapa salah seorang dari sembilan pegawai mempunyai nombor tentera 3 digit - N/400221” dan yang lainnya cuma 2 digit?
Kebetulan, Abdul Aziz (Sub Lt) adalah ‘Divisional Officer’ pejabat writer tahun 1965. Masa itu aku baru lulus ‘part 2′ training dan bertugas sebagai ODWG. Menurut cerita, tak lama setelah kembali ke Malaysia, Aziz memilih untuk menjadi orang awam dan pada masa yang sama menyertai RMNVR (Royal Malaysian Navy Volunteer Reserve) di KD Sri Pinang. Pun begitu, setelah Indonesia mengisytiharkan ‘konfrontasi’, beliau menyahut seruan kerajaan dan kembali menyarung pakaian seragam pegawai berpangkat Sub Lt dengan abjad ‘R’ tertulis dalam ‘ring stripe’ atas bahu.
Mula-mula masuk navy, Loke Foo San M2029 dari intake 1/65 terkejut melihat Aziz dalam pakaian seragam putih pegawai kerana sebelum itu dia pernah tersua beliau di sebuah estet di Lunas, Kulim. Aziz bertugas sebagai ‘Estate Manager’ dan bapa Loke sebagai peniaga kedai runcit.
Kenapa Aziz memilih untuk menjadi orang awam setelah berpenat lelah memerah otak dan keringat di Royal Brittania Naval College, Dartmouth?
Mengikut cerita, hajat beliau untuk menjadi ’sailor’ terencat setelah terpaksa memakai cermin mata sedangkan niat utama menceburkan diri dalam tentera laut ialah untuk menjadi ‘pelaut’ dan bukan navy ‘8 to 4′. Walau bagaimana pun, apabila beliau dipanggil untuk menyumbang bakti ketika negara berhadapan dengan kerakusan Indonesia ‘Mengganyang’, beliau menyahut panggilan dan diserapkan sebagai pegawai dalam cawangan ‘S&S” (Supply & Secretariat).
Apa agaknya nombor asal Aziz? Setelah membuat analisa dengan M2030, kami sependapat kemungkinan nombor asal beliau ialah N/400085. Bagaimana kami membuat rumusan? Kenapa tidak N/400075 atau N/400078?
N/400075 milik Ridzuan bin Saheran manakala N/400078 milik Veerasingham Jerome Stephen atau nama Islamnya Mohd Jais bin Abdullah - Senior Instructor Officer (S.I.O) masa kami dalam ‘training’.
Berbalik kepada cerita “2 saja”. Dari mana kami dapat cerita itu?
Salah seorang yang hadir di Wardroom masa lawatan Tun Razak ialah Sub Lt Chan Peng Sum, XO KD Sri Kedah 1966 - 1968 yang kami selalu sebut ‘Chan Pengsan’. Pada tahun 1988, dalam penerbangan dari KL ke Pantai Timur, beliau yang bertugas sebagai ‘Marine Surveyor’ setelah bersara sebagai Lt Cdr sempat mengimbau kenangan itu bersama M2030.
Itu cerita dulu tapi sekarang sudah jauh berbeza - sudah terbalik.
Melihat senarai ‘Admiralty Board’ TLDM 2009, dari 26 orang pegawai ‘berbintang’ merangkumi Admiral, Vice, Rear dan First Admiral, hanya dua orang pegawai ‘berbintang’ bukan Melayu. Itupun setakat ‘First Admiral’.
Apakah boleh diulang soalan yang sama “2 saja?”.
Ahhh, begitulah permulaan dan kesudahan drama ‘1 Malaysia’.