‘Allah’ milik siapa?

 

Alkisah. Melayu itu semuanya Islam tapi Islam tidak semestinya Melayu. Islam itu berkait rapat dengan Allah tapi adakah Allah itu milik mutlak orang Melayu?

 

Setelah sekian lama, barulah jelas kenapa isu Allah sukar ditangani. Akhirnya ada juga pak menteri yang berani berterus terang. Atau tersilap cakap?

 

“Those people not in politics, they can say anything. But people like me, I depend on my voters.” Atau dalam Bahasa Melayu “Mereka yang di luar politik boleh berkata apa saja. Tapi, orang seperti saya, bergantung kepada pengundi.”

 

Perkataan ‘saya’ sepatutnya diganti dengan ‘kami’ kerana kenyataan Datuk Seri Nazri sebenarnya mewakili majoriti ahli politik UMNO dan segelintir Pakatan Rakyat. Umum tahu bahawa UMNO hari ini tak ubah seperti orang yang hampir lemas dibawa arus deras dan akan memegang apa saja untuk dijadikan talian hayat. Bila nyawa sudah sampai di kerongkong, ranting pun boleh dibuat tempat bergantung.

 

Ringkasnya, pemimpin UMNO bukan lagi memimpin tapi dipimpin oleh anak cucu ‘pak kaduk’ yang masih riuh berpesta walaupun kampung sudah lama tergadai.

 

Kenyataan Nazri seterusnya boleh juga membawa tafsiran bahawa Allah kini sudah mempunyai dua wajah. Di Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah persekutuan, Allah berwajah universal,  manakala di negeri-negeri lain Dia bersifat perkauman. Kenapa?

 

Allah, seperti juga Ketuanan Melayu, sudah dijadikan senjata politik. Senjata itu bertambah ampuh apabila ‘enakmen’ negeri-negeri di Semenanjung dijadikan kubu untuk berlindung. Walaupun enakmen itu boleh dipinda, mereka yang berkuasa tidak akan melakukannya selagi belum terdesak, selagi belum mendapat isyarat jelas perubahan angin pengundi Sabah dan Sarawak.

 

Kalau UMNO tidak menganggap isu Allah sebagai senjata penting, masakan KDN sendiri yang membuat rayuan sekali gus menyanggah keputusan hakim mahkamah tinggi. Dan secara tidak langsung memberi isyarat kepada mahkamah rayuan supaya tidak membuat keputusan serupa. Apabila kementerian melenting, mempertikai keputusan hakim, maka telinga nipis orang Melayu pun terus berdesing.  

 

Orang Melayu yang kononnya mempertahan kesucian agama hilang pertimbangan, sehingga sanggup bertindak liar. Apa rasanya kalau orang lain merosakkan masjid, surau dan madrasah kita?

 

Selama ini kita marah bila Barat mengaitkan Islam dengan keganasan. Orang Melayu yang bertindak ganas ke atas gereja dan kuil sebenarnya me’rubber-stamp’kan tanggapan Barat - Islam sinonim dengan keganasan. Manakala sikap toleransi dan kesabaran pihak yang jadi mangsa menaikkan lagi imej agama mereka sebagai pendokong keamanan.

 

Adakah dengan menghalang agama lain menggunakan kalimah-kalimah tertentu dapat memberikan orang Melayu jalan pintas ke syurga? Atau dapat membetulkan akidah remajanya yang sudah terpesong?

 

Kalau jawapnnya ia, maka izinkan saya untuk berbeza pendapat.

 

Longgarnya akidah remaja Melayu hari ini bukan kerana pengaruh gereja dan majalah mereka. Kalau pun ada yang terpesong, kenapa disalahkan orang lain? Seperti juga dalam peperangan, kalau tewas, kenapa salahkan kekuatan musuh? Kenapa tidak salahkan kekurangan persiapan sendiri?

 

Ramai pernah mendengar hadis yang bermaksud, “Setiap anak dilahirkan atas fitrah, terpulanglah kepada ibu bapa untuk mencorakkannya sama ada menjadikannya Yahudi, Majusi atau Nasrani.”

 

Namun, sejauh manakah ibu bapa mengamalkan gaya hidup yang berteraskan Islam secara menyeluruh, membina diri dan keluarga, membentuk anak-anak dengan jati diri muslim sejati?

 

Kalau pun ada, bilangannya dapat dikira dengan jari. Hari ini, lebih ramai yang berlumba – lumba mencari harta dunia dan kemewahan. Semua berkait rapat dengan wang dan keuntungan sehingga tiada garis pemisah antara halal dan haram. Akibatnya, lahirlah golongan remaja dan masyarakat yang runtuh akhlak dan goyah iman hingga terhakis satu persatu nilai suci agama yang seharusnya menjadi pedoman dan penyelamat kehidupan manusia. Kefahaman terhadap Islam semakin gersang diganti dengan fahaman jahiliah yang menjadi teras kehidupan masyarakat Melayu hari ini.

 

Apakah itu semua berpunca dari pengaruh agama lain atau semata-mata kerana sifat semula jadi orang Melayu? Setelah melihat bayang-bayang sendiri yang menggerunkan, maka diciptalah pelbagai alasan untuk mengalih pandangan. Bermula dengan isu pendatang, ketuanan Melayu dan yang terkini usaha ’mempatentkan’ atau meng’copyright’kan kalimah Allah.

 

Persoalannya, adakah dengan memonopoli penggunaan kalimah ‘Allah’ akan dapat menyedarkan orang Melayu, atau mengembalikan muda mudinya yang sinonim dengan rempit, bohsia, dadah, black metal, punk, skinhead dan bermacam lagi gejala negatif, ke jalan lurus?

 

Sebenarnya orang Melayu takut menghadapi kenyataan bahawa kegagalan menerapkan roh dan akidah Islam itulah punca terpesongnya halatuju mereka. Selagi kita tidak berani menerima kenyataan, selagi bapa tidak berhenti kencing berdiri, selama itu jugalah anak-anak akan terus kencing berlari.

 

Bila Hadi Awang dan Nik Aziz bersuara, ’spin doctor’ UMNO segera mengaitkannya dengan politik. Anehnya, (sebenarnya bukan aneh) bisunya ulama UMNO tidak pula dikaitkan dengan politik - menjaga kepentingan majikan yang bergantung harap kepada pengundi. 

 

Presiden PAS sudah pun mengeluarkan pendapat dengan hujah dan nas. Apakah pula pendapat presiden UMNO?  Sanggupkah menerima atau menolak dengan hujah dan nas tersendiri, atau hanya mendiamkan diri demi menjaga hati penyokong dan pengundi yang masih lena dibuai mimpi?

 

Atau bersetuju dengan pandangan radikal DS Nazri, “Actually, in my opinion, I prefer to let it be.”

 

Orang seperti saya yang hanya tahu Rukun Islam dan Rukun Iman, Fardhu ‘Ain dan Fardhu Kifayah, bangsa dan agama manapun yang ingin menggunakan perkataan ‘ALLAH’ tidak jadi persoalan. Menghayati hukum Wajib, Sunat, Makruh, Harus dan Haram lebih penting dari meniru aksi ayam jantan yang riuh berkokok sedangkan ekor bergelumang tahi.

 


Related posts:

  1. 7 Eleven & arak
  2. Contoh Negara I-slam
  3. melayu penakut
  4. TLDM - Labuan ‘War Memorial’ 13 Nov 66
  5. Pelajaran sejarah untuk Dr Mahathir

15 Responses to “‘Allah’ milik siapa?”

  1. pak belalang Says:

    Ayam jantan tu namanya Jalak. Dia seorang menteri. Kementeriannya sibuk berkokok bila hakim tidak menyebelahi orang umno.

    Baru2 ni saya terjumpa di internet gambar dia pegang tin beer dengan awek2 bukan muhrim. Sudah bertaubat belum?

    Betul lah tu si Jalak berkokok tapi ekor bergelumang dengan tahi. Itulah cara survival orang umno.

  2. joko Says:

    bukan jalan pintas ke syurga tapi dapat tiket black market. xyah susah payah buat amalan, jerit2 pun dah cukup.

  3. Hippopocritimus Says:

    “Mathematics is the language with which God has written the universe.”
    – Galileo Galilei

    “Science is HIS authored dictionary”

    I named HIM “ENERGY”, what’s the problem?

  4. melayujuga Says:

    Katanya orang melayu, Proton dan Perodua kata buatan Malaysia tapi orang Jepun punya. Barang elektronik pun orang luar punya tapi cap di belakang Made in Malaysia.

    Apa salahnya kalimah Allah diberi pengiktirafan sebagai HAKMILIK TERPELIHARA orang Melayu. Lagipun kita sudah ada mengeluarkan RASUL MELAYU.

    Kalau tak macam mana nak bagitau dunia “Malaysia Boleh”

  5. ichi Says:

    “this is such a well-written article… the prose is so beautiful”

    http://cbox.ws/?n=2-1013958-7625

  6. amelia Says:

    Doa Nabi Ibrahim ketika hendak dibakar:

    “Cukuplah Allah sebagai penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung”

    Doa Nabi Isa:

    “Ya Allah, Pemelihara kami, turunkanlah kepada kami sebuah meja hidangan dari langit, yang akan menjadi bagi kami satu perayaan, yang pertama dan yang akhir bagi kami, dan satu ayat (tanda) daripada Engkau. Dan berilah rezeki untuk kami; Engkau yang terbaik daripada pemberi-pemberi rezeki.”

    Kalau sebelum turunnya Islam, bagaimana hambaNya membahsakan Tuhan? Kenapa dua doa di atas, Tuhan disebut sebagai Allah? Kenapa tidak disebut, “wahai Tuhan, atau wahai Pencipta”

    Orang Melayu memang hebat kalau berlakon.

  7. Eda Mazlan Says:

    Terima kasih Utuh Baloi….apa yang anda coretkan mencerminkan orang melayu yang takut bayang-bayang sendiri. Orang melayu yang cepat melatah dan cepat menghukum tetapi tidak pandai mengkaji sesuatu perkara sebelum membuka mulut. Orang melayu seharusnya bangun dan memajukan diri bukan hanya menjadi pak turut sahaja! Agama sepatutnya betul-betul jauh dari gelanggang politik!

  8. yang ariff Says:

    You have said it all.

    UMNO is like a drowning man with many drunkards. A drowning man will clutch at straws thinking they are floating logs thrown by their ‘Allah’ to save them.

    By now, Allah must have given up hope on them. Let them drown with their ill gotten wealth.

  9. yang ariff Says:

    Forgot to add,

    M = Melayu
    A = Akan
    R = Ranap
    A = Akhirnya

    Don’t get me wrong, I am also a Malay. But the signs of Melayu Ranap are clearly written on the wall.

  10. Majuni bin Plera Says:

    Umat Kristen di Indonesia, Sabah dan Sarawak, sudah lebih sekurun menggunakan perkataan Allah untuk merujuk kepada Tuhan yang Esa… dan selama itu tidak ada pun kedengaran orang Melayu bising, baik di Semenanjung mahupun di Sabah dan Sarawak. Mengapa sekarang alih-alih saja orang-orang Melayu di Semenanjung Malaysia bising-bising mendakwa kalimat Allah itu hanya untuk orang Islam sahaja? Nas atau hadis manakah yang melarang orang bukan Islam daripada menggunakan kalimat tersebut? Agama Islam diperkenalkan melalui Nabi Muhammad, dan sebelum Nabi Muhammad, belum wujud lagi agama Islam. Tetapi kalimat Allah sudah memang sudah wujud ketika. Bukti yang jelas ialah nama Abdullah, bapa Nabi Muhammad yang meninggal dunia sewaktu Nabi Muhammad masih lagi berada di dalam kandungan ibunya). Abdullah membawa maksud “hamba Allah”. Ini menunjukkan sebelum kelahiran Nabi Muhammad lagi, kalimat Allah sudah wujud di kalangan orang-orang Arab (yang sudah tentu bukan orang-orang Melayu!).

  11. manjalara Says:

    tepat sekali Pak Majuni.

    Abdullah @ Hamba Allah. Kenapa orang tak pernah berfikir benda yang semudah itu. Nama Abdullah sudah wujud sebelum datangnya Islam.
    Apa orang Melayu Malaysia fikirkan? Nak jadi kaya, haram pun boleh jadi halal. Ulama UMNO pula kalau menjerit akan terima nasib macam Haron Din dan Ismail Kamus - dipinggirkan.

    Lebih baik diam. Tiap bulan duit masuk. Sekali-sekali boleh tunjuk muka di TV.

  12. Philip Chong Says:

    UMNO dare not

  13. st.michael Says:

    Wonder why many Malays have negative perceptions about UMNO. It’s high time this Malay based party that claimed to champion the Malay race look themselves in the mirror. I am afraid their days are really numbered.

  14. st.michael Says:

    “Allah bukan milik sesiapa, tapi kita semua di miliki Allah. ”

    Dear admin,

    I picked up the above comment from Malaysia Today, minus the curse. It sounds like from a diehard UMNO supporter.

    Come to think of it, this joker did not understand what you wrote or could not see the apostrophe on the word ‘Allah’ or simply unable to digest. I am not a Malay but can still understand what you are trying to say.

    May I suggest, next time around, for the benefit of those half past six jokers, pse write in very plain language. Some people just could not appreciate artistic writings.

    Sorry to say, I think this joker will drown together with UMNO.

  15. selimutputih Says:

    Ulama pun nak cari makan, nak pandu kereta, nak ada rumah batu. Tak kan nak naik unta macam kat padang pasir.

    Sebab tu dia orang selalu kata: 3 cara menegur
    1. dengan perbuatan
    2. dengan perkataan
    3. dengan hati

    Nak tegur dengan perkataan, nanti kena masuk peti sejuk. Nak kata haram, hujung bulan duit tak masuk. Akhirnya yang haram dan wajib semua jadi harus.

    Cuba analisa apa yang dicadang oleh menteri di JPM untuk menyelesai isu kalimah Allah. Berunding. Dia tahu jawapan sebenar tapi kalau dia setuju dengan Hadi Awang, apa pula kata tokeh. Bukan senang nak jadi ulama UMNO, silap haribulan, soru’ pun boleh miss.

Leave a Reply



How To Write Letter
bystolic drugviagra