Antara RPK dan Ku Seman
Antara RPK dan Ku Seman, siapa yang lebih berwibawa?
Saya tidak mengenali Ku Seman, tidak juga RPK. Cuma saya pernah membaca tulisan Ku Seman semasa beliau ‘bertelagah’ dengan Sudirman Haji Arshad sebelum allahyarham dinobatkan sebagai penghibur terbaik Asia di Royal Albert Hall, London pada tahun 1989.
Izinkan saya mengembalikan sedikit ingatan kepada saudara Ku Seman untuk tatapan pembaca budiman.
Episod pertelegahan Ku Seman dengan Sudirman yang disiarkan Utusan Malaysia lewat tahun 80an meninggalkan kesan mendalam sehingga mengubah persepsi saya tentang kehebatan beliau mengamalkan etika kewartawanan. Tidak usahlah saya panjang lebarkan tapi cukup sekadar mengingatkan bagaimana beliau membuat serangan peribadi terhadap Sudir. Tidak cukup dengan mempersoal kejayaan Sudir memukau lebih seratus ribu penonton semasa mengadakan konsert di Chow Kit (15 April 1986), vokal dan peribadi Sudir pula diserang. Saya harap, Ku Seman dapat mempertikai apa yang saya tulis dengan menyiarkan kembali siri ‘pertelagahan’ itu tanpa disunting.
Hari ini saya terbaca lagi tulisan Ku Seman yang dipetik oleh Malaysia Today.
Kalau RPK sendiri yang menjawab, mungkin sukar untuk Ku Seman memahami kerana lazimnya ia ditulis dalam Bahasa Inggeris. Oleh itu, biarlah saya menjawabnya dalam Bahasa Melayu (bukan Bahasa Malaysia).
Ku Seman menulis “Dia (RPK) mahu menunjukkan bahan yang disiarkan dalam Malaysia Today tidak berani disiarkan oleh organisasi media berwibawa”
Sudah terang lagi bersuluh. Sejak parti politik menjadi majikan akhbar perdana, akhbar-akhbar ini dan Utusan Malaysia khususnya terpaksa menukar kiblat ke Menara Dato’ Onn tempat terletaknya ibu pejabat UMNO. Minda dan tulisan balaci-balacinya (wartawan) terkongkong. Kalau ada yang berani menerjah keluar dari ‘penjara minda’, alamat hilanglah punca pencarian. Berapa kali Utusan pernah menyiarkan berita dan tulisan mirip seperti apa yang tersiar di Malaysia Today?
Ku Seman menyambung “Dia (RPK) tidak faham definisi fitnah dan tidak pernah bertanggungjawab tentang apa yang ditulis”
Sebaik sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri, di mana Ku Seman ketika akhbar-akhbar arus perdana ‘berpesta’? DSAI telah ‘dibogelkan’, diaibkan, didakwa, dibicarakan dan dihukum oleh akhbar milik kerajaan lama sebelum pendakwaan dijalankan. Bukan fitnahkah namanya kalau mensensasikan berita yang kesahihannya dipertikai oleh ramai rakyat yang waras fikiran?
Ku Seman tentu mengerti pepatah Melayu, “Jangan meludah ke langit, nanti jatuh ke muka sendiri.”
Sambungnya lagi “Sebenarnya dia (RPK) bukan siapa-siapa. Bukan juga wartawan, jauh sekali pengarang yang pernah berkhidmat dengan organisasi media berwibawa”
Apa pengertian wibawa? Memadam lambang Barisan Nasional yang tertera di payung yang menutup jenazah mangsa pembunuhan pada 9.11.2009 itu berwibawakah namanya? Rujuk “art-haron.blogspot.com”
Ketika UMNO (Mahathir) berkonflik dengan istana, dan media seperti lalang ditiup angin, tunduk mengikut arah, menari mengikut rentak dan kehendak pemerintah, mengaibkan raja-raja Melayu, di manakah Ku Seman dan Utusan ketika itu? Berwibawakah wartawan dan media yang menjadi kerbau dicucuk hidung?
“Mereka yang telah diracun pemikiran oleh Malaysia Today percaya dengan dakwaan Raja Petra. Dia berjaya mempengaruhi mereka apabila mendakwa semua organisasi media arus perdana tidak boleh dipercayai kerana “dikuasai” oleh kerajaan”
Untuk pengetahuan Ku Seman dan konco-konconya, Malaysia Today telah banyak membuka mata kami yang selama ini telah ‘dirabunkan’ oleh media arus perdana. Kalau pun tidak dikuasai oleh kerajaan sepenuhnya, majority media perdana tidak berani menongkah arus. Itu adalah kebenaran yang tidak dapat disangkal. Kalau ada yang tersilap tulis, akan bertaburanlah pasir di periuk nasi ketua pengarangnya.
Ku Seman tentu arif nasib yang menimpa Zainuddin Maidin (ZAM) 1992 dan Johan Jaafar 1998. Kenapa mereka bersara dan dibersarakan?
“Tulisannya menjadi fitnah apabila dia sendiri tidak berani untuk menegakkan kebenaran apa yang ditulisnya”
Bagaimana hendak menegakkan kebenaran kalau yang berkuasa menentukan kebenaran tidak berupaya menerima kebenaran? Semua hujah dan fakta ‘relevan’ akan ‘tidak relevan’. Malah keputusan mahkamah tinggi juga ‘tidak relevan’ apabila dibawa ke mahkamah rayuan. Tunggu dan lihatlah apa keputusan rayuan KDN berkaitan isu yang hangat diperkatakan dimasa ini.
Dengan tahap pengadilan ala wayang kulit, wajarkah RPK menggadaikan kebebasan untuk ‘digari dan disula’ di istana keadilan?
“Raja Petra tidak boleh selamanya bersembunyi kerana “hutang” dengan rakyat negara ini belum dilunaskan”
Rakyat itu siapa? Apakah hanya pengikut fanatik UMNO dan orang-orang ‘rabun’ yang masih setia membaca media pro kerajaan itu sahaja yang boleh dikategorikan sebagai rakyat? Apakah kami yang telah terjaga dari mimpi bukan rakyat? Sebenarnya, bukan RPK yang berhutang tapi rakyat Malaysia yang banyak berhutang dengan beliau.
Apabila BN menjadi parti pembangkang kelak, adakah Ku Seman akan terus membebel, menjadi mesin gema (echo machine) memimingkan suara-suara sumbang dari tingkat 38, Menara Dato’ Onn? Atau akan terjaga dari mimpi dan terus bersara dari menjadi balaci. Atau jadi Luncai yang terjun dengan labu-labunya?
Related posts:
- Antara dua ‘Bridge’
- Nasib Bahasa Melayu
- Antara TUDM & TLDM
- Sanusi Junid - ringgit dan ’sense’
- Pelajaran sejarah untuk Dr Mahathir
Tags: antara rpk dan ku seman
January 11th, 2010 at 2:25 pm
KU SEMANG? Kutu mana ni??? Dari lubang jamban mana dia keluar ni??? Parasit nikononnya nak mewakili rakyat? Cakap Najib dan politikus UMNO pun dah tak laku sekarang, inikan pulak tulisan spesis Minah Rempit! Memang dasar Parasit (Ku..Tu)! Pembawa musibah dan penghisap darah rakyat!
January 11th, 2010 at 6:10 pm
Dari 2.30 saya cuba buka blog ni tapi baru sekarang berjaya. Kena hack ke?
Amacam Ku Seman? Wangi tak kena ludah sendiri. Seronok tak jadi kerbau dicucuk hidung. Padan muka.
January 11th, 2010 at 6:38 pm
Serve you right Ku Semen. Reap what you sow.
January 11th, 2010 at 7:16 pm
memang ku seman ni belaci umno.
January 11th, 2010 at 7:25 pm
Ku seman ni nama lain dia SITI JARUM, yg tulis kat pancaindera. Dia ni aku pun tak paham spesis dari lubang jamban mana?? Michael Jackson di hentamnya, apa lagi Sudirman!! Dia je betul, padahal kepada dia yang tak betul!!
January 11th, 2010 at 7:49 pm
Ku Seman ooi, Saya copykan cili api dari tulisan di atas. Pedas tersangat pedas. Kalau kau terasa aku tak tau spesis dari planet mana kau ni.
1. Kalau RPK sendiri yang menjawab, mungkin sukar untuk Ku Seman memahami kerana lazimnya ia ditulis dalam Bahasa Inggeris.
2. Ku Seman tentu mengerti pepatah Melayu, “Jangan meludah ke langit, nanti jatuh ke muka sendiri.”
3. Berwibawakah wartawan dan media yang menjadi kerbau dicucuk hidung?
4. Kalau ada yang tersilap tulis, akan bertaburanlah pasir di periuk nasi ketua pengarangnya.
5. adakah Ku Seman akan terus menjadi mesin gema (echo machine) memimingkan suara-suara sumbang dari tingkat 38, Menara Dato’ Onn?
Orang lama memukul macam mahaguru silat. Lembut tapi boleh membawa ajal. Lebih baik bersara dari jadi balaci dan berkiblatkan menara Dato Onn.
January 11th, 2010 at 8:04 pm
Kalau di Trengganu Seman tu kita sebut Semang. Tapi tak taulah pulak dia ni asal dari belantara mana.
Agaknya Utusang dah tak nak dia sebab tu dia merapu. Kesiang dia kesiang dia.
Sebenarnya dia ni lupa diri. Tahun 80an masa dia kutuk Sudirman, blog belum wujud. Akhbar jadi raja dan dia jadi bendahara. Sekarang jadi balaci pun dah tak laku.
Orang Islam berkiblatkan Kaabah tapi dia ni kiblatnya kat chowkit.
Kesiang dia kesiang dia.
January 11th, 2010 at 10:47 pm
Padan muka si Semang. Kesiang dia. Hahahahaha….. Saya suka tune Trengganu!
January 12th, 2010 at 7:05 am
Bukan Semang seekor tu saja yang merapu. Ada seekor lagi yang semenjak dua menjak ni seronok menyalak mempertahankan hak orang Melayu konon tapi dia baru nak jadi Melayu. Dulu duk kat Perkim. Di tengah namanya pun masih terselit nama dinasti.
Sebenarnya orang-orang yang suka menyalak kat Utusan tu boleh kira orang buangan le. Nak cari tapak baru tapi tak sedar jongkang jongket kat Utusan tu penuh dengan duri beracun. kih kih kih
January 12th, 2010 at 8:20 am
Ku Seman menulis “Dia (RPK) mahu menunjukkan bahan yang disiarkan dalam Malaysia Today tidak berani disiarkan oleh organisasi media berwibawa”
Ku Seman menyambung “Dia (RPK) tidak faham definisi fitnah dan tidak pernah bertanggungjawab tentang apa yang ditulis”
Takkan Ku Seman dah lupa rencana dalam Utusan Malaysia pada Selasa 15 April 2008 bertajuk “UTUSAN MALAYSIA MOHON MAAF KEPADA PEGUAM ROSLI DAHLAN”, di mana Utusan mengakui:
” Kami dengan ini memohon maaf yang tidak berbelah bahagi kepada Peguam Rosli Dahlan atas rencana kami yang TIDAK BENAR ITU.
Kami MENYESAL PERBUATAN KAMI ITU dan menyedari keburukan yang telah kami lakukan terhadapnya.
Kami MENGAKUI rencana yang dikarang dan disiarkan itu BERSIFAT SENSASI dan PUBLISITI yang TELAH MELAMPAUI BATASAN ETIKA KEWARTAWANAN di sekitar berita mengenai……”
Utusan kemudiannya melenyapkan permohonan maaf ini dari website dan arkib online nya sehingga didedahkan oleh RPK. Jadi memang betul lah yang Malaysia Today berani siarkan apa yang Utusan enggan dedahkan seperti permohonan maaf oleh Utusan sendiri. Pasal Utusan suka mengelat, padan muka kena saman RM 50juta!
January 12th, 2010 at 10:49 am
Tuan ada sebut tentang ZAM dan Johan Jaafar. Saya ingin lanjutkan sikit dan harap tuan tiada bantahan.
Zainudin Maiddin atau ZAM dibersarakan sebagai ketua pengarang Utusan pada tahun 1992 setelah 10 tahun memegangnya. Silapnya kecik aje. Dia menegur pemimpin yang menggunakan BI semasa berucap di Indonesia.
Selepas berjaya ‘membodek’ dengan buku ‘mahathir disebalik tabir’ bintangnya mula bersinar sehingga sampai jadi menteri.
Johan Jaafar yang menggantinya dapat bertahan sampai tahun 1998. Dia juga terpaksa bersara awal kerana tidak pandai membodek. Bertukar profession jadi ‘peladang’. Selalu menyumbang tulisan di NST. Sekarang orang kuat Najib.
Sebenarnya, jadi ketua pengarang ni mesti kuat mengampu kalau nak tahan lama. Kalau silap langkah, jadi macam ZAM dan JJ. Mujurlah mereka cepat sedar kalau tak balik kampung Kota Kuala Muda (ZAM) dan
Sungai Balang Besar, Muar (JJ) jadi pesawah dan penoreh getah.
January 13th, 2010 at 7:42 am
Luncai? Luncai Mas M. Nasir punya. Dah daftar kat ROC. Yang belum daftar Luncai Boroi, tapi si boroi ni dah jadi labi-labi setelah dia terjun dengan labu-labunya.
Biarkan, biarkan. Lama-lama tertelan mata kail lah tu.