bahasa melayu & rojak mamak

Amri & Atem Wedding Reception at Mann Chalet, Muar

Last weekend, kami balik Muar untuk hadirkan diri ke majlis perkahwinan my cousin brother, Amri and his wife, Atem. My auntie buat kat Mann Chalet. Memang best tempat dia.. tak sangka kat Muar ada tempat macam neh. A very nice place kalau nak buat majlis.. cuma jalan masuk nya sahaja.. kena buat sesuatu sket. Tapi, overall semuanya okay!

Kalau dibaca tajuknya seperti artikel Bahasa Inggeris. Setelah dibaca, Inggeris bukan Melayu pun bukan. Rojak mamak rupanya.

Dukacita. Pilu. Memedihkan bak hirisan sembilu.

Anak Melayu di blog Melayu memperlekeh bahasanya sendiri. Anak Melayu menjadi api dalam sekam, menggunting dalam lipatan.

Hina sangatkah Bahasa Melayu. Atau inikah caranya anak Melayu menonjolkan kepakaran menguasai Bahasa Inggeris?

Kalau terasa diri ‘mampu’ menulis dalam Bahasa Inggeris, gunalah bahasa itu sepenuhnya.

Kalau tidak, martabatkanlah Bahasa Melayu yang sedang nazak. Ular menyusur akar tidak mungkin hilang bisanya.

Sukar sangatkah menukil dalam Bahasa Melayu sepenuhnya…

Majlis perkahwinan Amri dan Atem di Mann Chalet, Muar
 
Hujung Minggu lepas, kami balik ke Muar untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu lelaki saya Amri dan isterinya Atem. Ibu saudara saya mengadakan majlis di Mann Chalet. Memang bagus tempatnya. Tidak disangka Muar ada tempat seperti ini. Tempatnya sungguh indah untuk majlis sebegini..cuma jalan masuknya sahaja perlu diperbaiki. Pun begitu, keseluruhannya memuaskan. 
 
Bahasa Melayu itu sudah hampir sempurna. Indah. Seindah Bahasa Inggeris yang menguasai dunia. Malangnya, Bahasa Melayu tidak ada masa depan. Anak Melayu ’seperti di atas’ sudah tidak bangga bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu.
 
Tidak mustahil kalau sedekad dua lagi orang Cina dan India pula yang mengajar dan memperbetul kesilapan pertuturan dan tulisan orang Melayu.
 
Hairan? Apa yang hendak dihairankan!
 
Lazimnya, anak-anak Melayu begini seperti kiambang di air. Akar tak jejak kebumi dan daun pula cuma hanyut terapung. Melayunya hancur, Inggerisnya lebur. 
 
Untuk menutup kelemahan, mereka menipu diri sendiri dengan menyatukan ‘diluar nikah’ Bahasa Melayu dengan Inggeris. Maka lahirlah bahasa ‘gampang’. Melayu bukan Inggeris pun bukan.
 
Apakah patut disalahkan ibu mengandung atau memang sudah suratan bahawa Bahasa dan Bangsa Melayu akan pupus.
 
Wawasan 2020 yang dibanggakan Dr Mahathir dan disokong membuta tuli oleh balaci-balaci Melayu sebenarnya bukan suatu matalamat penunjuk aras kemajuan negara amnya dan Bangsa Melayu khususnya tapi lebih merupakan tarikh berkuburnya bangsa, bahasa dan ketamadunan Melayu. Salah siapa?
 
Salah bapa yang kencing berdiri dan anak-anak yang bangga membuktikan kepada bapa bahawa mereka lebih hebat kerana boleh kencing berlari.
 
Salah pemimpin-pemimpin Melayu sendiri yang cuma tahu membuat slogan kosong. Lepas bersara dapat gelaran TUN. Dapat jawatan penasihat, pengerusi dan pengarah syarikat-syarikat bukan Melayu.
Dan setelah mulut mereka disuap pisang, buntut dikait duri pun tak sedar. Maka wajah Bahasa Melayu pun semakin pudar.
 
Salah mereka yang menobatkan spesis makhluk rojak menjadi Melayu.
 
Cuba amati bagaimana orang Melayu zaman dahulu bertutur apabila berhadapan dengan orang Cina dan India. Spesis Melayu sebegini masih wujud hingga hari ini. Lidahnya secara otomatik akan bertukar mimik loghat Cina dan India zaman bahari sedangkan kaum-kaum ini sudah dapat menguasai loghat Melayu malah ramai lebih fasih dari orang Melayu sendiri.
 
Bandingkan dengan orang-orang Indonesia yang telah berpuluh tahun bermastautin disini namun loghat negara asal tetap pekat. Berbeza dengan anak-anak Melayu yang begitu mudah menukar cara pertuturan walaupun baru sebulan dua berada di Indonesia.  Kenapa ini terjadi. 
 
Kalau diteliti, spesis yang digelar Melayu sebenarnya tidak pernah wujud.  Bangsa yang dinamakan Melayu itu sebenarnya sama seperti makanan yang disebut rojak. Cucur lembut, cucur keras, sengkuang, tauhu, tauge, timun, telur, kentang digaul dan disimbah kuah jadilah rojak.
 
Samalah dengan lelaki India berkahwin perempuan Jawa dapat anak Melayu. Lelaki Pakistan berkahwin perempuan Cina anaknya Melayu.  Orang Arab bergelar Syed, Sheikh dan Sharifah di pangkal serta pelbagai ‘Al’ dihujungnya berkahwin sesama bangsa pun boleh jadi Melayu. Dan mereka yang ada gelaran kutty, merican, khan atau naina juga jadi Melayu. Maka tak hairanlah kalau cebisan komponen komponen rojak ini yang ditauliahkan menjadi Melayu berserta bangsa yang kononnya Melayu tulen tapi menamakan anak dengan nama-nama mirip penjajah seperti Ally, Jefri atau Tony  lemas dalam khayalan. Dan hairankah kalau orang Melayu hari ini yang hanyut dalam ’glamour’ nama-nama ciptaan sendiri seperti darling, bell atau dell  tidak dapat menguasai Bahasa Melayu dalam erti kata sebenar.
 
Gementar rasa memikirkan masa depan bahasa dan bangsa. Persis meraba dalam gelita tanpa kerdipan cahaya di hujung terowong.

Related posts:

  1. Nasib Bahasa Melayu
  2. talkin untuk bahasa melayu
  3. melayu penakut
  4. Melayu oh Melayu
  5. Banjar oh Banjar

Leave a Reply



How To Write Letter
bystolic drugviagra