Bila Alam Murka
KANGAR, Oct 29 (Bernama) — A gale overturned a van, uprooted trees and damaged more than 50 houses, food stalls and motor workshops in Jejawi near here Thursday…
Walaupun berita itu sudah basi tapi gambar-gambar di bawah ini mungkin tidak kerana ia adalah milik peribadi QDC dan adiknya. Secara kebetulan, masa kejadian, QDC berada di kampung kelahirannya di Perlis, dan sempat merakamkan bentuk dan akibat kemurkaan alam.
Sekali pandang, wajah puting beliung mirip semburan dari ’nozzle’ bomba sewaktu kami belajar memadam api di KD Malaya, Woodlands.
Semakin diperhati bentuk (atas kiri) gambar, semakin teringat paparan yang pernah tersiar di Astro tentang cerita puting beliung yang dihubung-kaitkan dengan kuasa ghaib.
Adakah bentuk orang berkepala dan mata besar yang sedang berdiri atas pokok terhasil dari ‘camera trick’ QDC atau secara kebetulan?
Setelah penat melindungi gerai dari hujan dan panas, kanopi mengambil keputusan untuk berehat sementara atas bumbung.
Gerai makan tidak terkecuali.
Wartawan QDC menemubual pemilik bengkel. Mereka berdua hairan siapa yang sidai selimut gergasi atas cable TNB/Telekom?
Ada perlindungan insurans ke? Setaunya, dulu-dulu insurans tak meliputi “Act of Nature”. Kalau begitu, pemilik bengkel dan kenderaan sama-sama rugi.
Van Securiforce juga tak secure (selamat).
Related posts:






