Formula satu & satu Malaysia

 

Heikki Kovalainen, pemandu Lotus F1 menjuarai perlumbaan formula 1 Bahrain yang berlangsung kelmarin.

 

Tak percaya? Cuba baca petikan akhbar di bawah.

 

“Lotus won the battle of the new teams by virtue of lasting the race, which the cars of virgin and Hispania did not.”

 

Betul tak?

 

Terbaca tulisan di atas,  teringat tajuk akhbar tabloid Bahasa Melayu bertarikh 15hb Oktober 2001. Di muka belakang terpampang tajuk “Alex Yoong tawan Litar Suzuka”. Mujurlah jantung masih kuat, kalau tidak mungkin tersadai di CCU.

 

Begitulah hebatnya wartawan media perdana mencanang berita.

 

Perlumbaan di Litar Suzuka pada 14hb Oktober 2001 dimenangi oleh Michael Schumacher. Memandangkan ianya kali pertama pelumba F1 Malaysia berjaya menamatkan perlumbaan, maka berpestalah wartawan sehingga lupa hakikat bahawa Alex Yoong sudah ketinggalan 3 pusingan ketika Michael sampai di garis penamat.

 

Sebenarnya, wartawan Malaysia gembira bukan kerana Alex Yoong menang tapi sebab tidak terbabas seperti yang berlaku di Italy atau mengalami kerosakan seperti di USA. Maka itu, berjaya menamatkan perlumbaan pun sudah dikiran sebagai satu kemenangan. Samalah juga dengan apa yang terjadi kelmarin.

 

‘Fast rewind’ ke tahun 2002. Dalam perlumbaan pembuka tirai di Australia, Alex`Yoong menduduki tempat ke tujuh. Kalau ada peminat F1 yang masih menyimpan rakaman perlumbaan hari itu, tentu dia dapat mengsahkan apa yang ternukil dibawah.

 

“He can tell his grandchildren that he was once in the top ten” ayat beracun itu keluar dari mulut Martin Brundle, pengulas ITV bersama James Allen. Mereka yang mengerti tentu dapat merasa betapa pedasnya sindiran, lebih pedas dari tergigit cili padi. Martin Brundle, bekas pelumba F1, pernah dua kali memenangi hadiah pengulas sukan permotoran.

 

Perlumbaan di Australia tahun itu menyaksikan Mark Webber, teman sepasukan Alex Yoong mendapat tempat ke lima. Walaupun perlumbaan itu merupakan yang pertama disertainya, namun dia membuktikan kepada Alex Yoong bahawa bakat adalah aset penting untuk berjaya dalam sukan F1. Alex Yoong mendapat tempat ke tujuh dari lapan buah kereta yang menamatkan perlumbaan.  

 

Tahun 2002, ketika perlumbaan diadakan di Sepang, seorang wartawan tempatan menemubual lagenda F1, Michael Schumacher, “What do you think about Alex Yoong?”.

 

Tak kan Michael nak jawab “He is hopeless”. Harapan untuk mendengar jawapan, “He will be the next world champion” berkecai apabila Michael menjawab dengan penuh diplomasi, “He is still new”. Andai kata wartawan tersebut dapat membaca fikiran atau suara hati orang yang ditanya, “Why are you asking me such a stupid question?”, mungkin dia terpaksa menelan pil tidur malam itu.

 

Penglibatan Alex Yoong, ‘lagenda’ F1 negara sudah jadi sejarah. Dia kini jadi anggota terhormat kelompok “F1 rejects”. Mulai tahun ini, Lotus F1 menjadi perhatian. Atau bahan gurauan?

 

Cuba teliti kenyataan yang termuat dalam laman sesawang Ferrari tahun lalu:

 

“We will now have Manor, Lotus, USF1 and Campos Meta. Can we claim that it’s a case of like for like, just because the numbers sitting around the table are the same? Hardly and we must also wait and see just how many of them will really be there on the grid for the first race of next season in Bahrain and how many will still be there at the end of 2010?”.

 

Sebahagian keraguan Ferrari sudah menjadi kenyataan. Manor, USF1 dan Campos Meta tidak kelihatan di Bahrain. Bidan terjun ‘Virgin dan Hispania’ mengambil alih. Dari tiga buah pasukan baru, yang mana akan menjadi mangsa keadaan? Dapatkah ketiga-tiga pasukan bertahan dan hadir di litar Abu Dhabi untuk menyertai perlumbaan terakhir pada 14 Oktober nanti?

 

‘Hispania’ mungkin berkubur sebelum musim berakhir dan mungkin juga ‘Virgin’. Bagaimana dengan Lotus F1?

 

Carilah jawapannya dari maksud yang tersirat dalam kenyataan di bawah?

 

“The creation of the Malaysia-backed team had been announced by Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak who’d said that it would be a government-backed venture.”

 

“It would be a government-backed venture” kalau diterjemah berbunyi “Ia disokong oleh kerajaan”. Sokong macam mana?

 

Lembu susu bergelar Petronas enggan dicucuk hidung. Dari membazir duit menaja pasukan corot ‘back marker’, ia memilih untuk menyusukan pasukan yang boleh diharap memberi pulangan. Kebijaksanaan ’sapi’ bernama Hassan Merican, yang sudah dikorbankan, terbukti malam kelmarin apabila kamera TV banyak memfokuskan kepada kereta yang mempamer perkataan ‘Petronas Malaysia’ dibanding dengan kereta yang membawa slogan tin kosong ‘1 Malaysia’.

 

Tanpa Petronas sebagai penaja utama, lama manakah Lotus F1 boleh bertahan?  Kalau berlarutan seperti apa yang dilihat hujung minggu di Bahrain, apakah masih ada penaja yang sanggup melabur tanpa pulangan?

 

Lotus F1 tidak akan gulung tikar dalam masa terdekat. Walaupun sesak nafas, ia masih boleh meminta talian hayat dari Robin Hood – penyamun akhir zaman. Cukai kad kredit, cukai GST ditambah dengan lebihan hasil pemotongan peruntukan kesihatan dan pertahanan sudah lebih dari mencukupi untuk menyusukan anak angkat bergelar Lotus bin BiEn dengan bersyarat.

 

Lotus F1 wajib mempamer hasil kreativiti penghulu sumpah wal jamaah - slogan keramat “1 Malaysia”.

 


Related posts:

  1. Formula 1 - ’sour grapes’
  2. Formula 1 - See Peng
  3. Formula 1 - pusingan kedua
  4. F1 - Monte Carlo
  5. Lotus F1 - prolog dan epilog

7 Responses to “Formula satu & satu Malaysia”

  1. Mohd Says:

    Good writeup my friend very good indeed. You should be the Chief Editor of MSM papers. We seems to be only good as “Jaguh Kampung” in all fields.

  2. itachi Says:

    nanti kita lihat disepang siapa menyampai hadiah, saya agak mesti najib atau bini dia naik pentas tunjok muka seloroh dunia. silap haribulan, dua laki bini tu menyebok kat paddok. budak najib backing lotus f1 tu suma ada kira2 bukan backing kosong, dua ekor tu kan gila publisiti.

  3. Sanik Says:

    Malaysai ia good at organising events, no question about it. Every Tom Dick and Harry (Hairy?) wants to take part simply because there are so much to gain. Youth soccer world championships cost taxpayers rm18 million per year for what and for whom? Yet the minister and ministry got away scot free. How many champions have we produced?

  4. yakult Says:

    RM300 juta +++ satu musim = @RM20 juta satu perlumbaan. Nampak diTV tak sampai satu minit. Berbaloi ke. Kalau guna duit Tony dan geng takpe gek, kalau injek duit rakyat, camno.

    Jangan terkejut brother oi kalau Trulli, Kovalainen dengan Mike Gas-coin bergelar Dato macam tu hah apa nama Sontot Ferari kah kah kah

  5. admin Says:

    Mohd,

    MSM? Sakit tau kena cucuk hidung…kena tarik sana sini.

    That’s the place for those with ears and hear not, with eyes and see not.

    Haram dan wajib pun boleh jadi harus.

  6. gulabatu Says:

    kerajaan melabur dalam Lotus f1 melalui proton konon nak peromosi kereta buatan malaysia. sadarlah sikit teknologi proton masih jauh ketinggalan. proton macam juga orang melayu masih perlu tongkat dan perlindungan. kalau tak dah lama lingkup.

    hui najib dan orang umno sekalian, bangun bangun bangun jangan asyik nak tidur jer. kembalikan subsidi rm5 ribu untuk tukar beli kereta lama. kat paliment bukan main lagi menyalak konon nak tolong rakyat pasal tu kasi subsidi. porrah cakap tak serupa bikin.

    tunggulah pru13 nanti, korang pegi mintak le undi dengan orang lotus yang gaji juta ringgit. aku tak kan pangkah umno ke bn ke. isy geramnya.

  7. simon Says:

    Mr admin, thanks for the link…after reading the F1 rejects interview, I come to conclusion that Alex Yoong will not be the only odd malaysian in the list. Lotus f1 3rd driver is knocking hard on the door. Between Alex and Fairuz, the former is a better driver. Fairuz lack the speed to be an f1 driver.

Leave a Reply