kenangan mengusik jiwa ‘g’
Jetty KD Sri Tawau 1976.
Setiap kali lagu ‘Jauh Dimata’ berkumandang, aku teringat Aiman, Linda, jetty dan pantai di luar pagar sebelah kiri KD Sri Tawau diwaktu malam. Desau ombak, deru bayu dan desir daun diangin lalu…seperti irama dengan lagu.
Bertahun-tahun sudah lama
Tiada pernah kita berjumpa
Dikau pergi entah ke mana
Duhai kawanku yang setia
Ku teringat masa dahulu
Masa kita berada di rantau
Irama senandung anak dara
Itu nyanyian kita berdua
Malam bulan purnama
Tiada hati dirundung duka
Kita bersenda gurau di pantai
Riang-riang gembira
Dengan cahaya sinaran rambulan
Itu semua pengalaman
Namun kini hilang lenyap sudah
Kenangan waktu kita bersama
Dikau pergi jauh di mata
Jangan lupa khabar berita
Jangan lupa khabar berita? Mula berpisah, tiap minggu berutus surat. Namun, bila jauh di mata, lambat laun akan jauh di hati, hanya kenangan yang abadi…realiti sebuah kehidupan duniawi.
Related posts:

May 2nd, 2010 at 7:56 pm
jauh jugak nak menapak tu. ada siapa yg tahu cerita nama batu yg di tukar nama sempena nam CO pc di Tawau?
May 2nd, 2010 at 9:09 pm
Saudara Admin,
Lagu Jauh Dimata nyanyian S Effendi ni memang evergreen. Kalau lagu ini dimainkan semasa bersaorangan macam macam kenangan lama akan bermain dikepala. Pada saya pula kalau lagu Di Ambang Sore nyanyian Datok Ahmad Jais berkumandang ingatan saya akan menjurus ketahun 1965 di B Block KDM Woodlands, kerana waktu itu saya baru sahaja masuk TLDM dan kali pertama meninggalkan kampong.
May 2nd, 2010 at 10:57 pm
Sdr xcman,
Apa nama batu? Boleh share cerita.
Sdr tldm60an,
Ahmad Jais pun ada nyanyikan lagu jauh di mata dan kebetulan lirik itu baru saya ambil dari CD beliau. Satu2nya penyanyi Malaysia yang boleh membawa lagu S Effendi dengan baik.
Diambang Sore…pertama kali saya melihat Ahmad Jais mendendangkan bersama lagu Gelisah dalam rancangan ‘pesta pop’ terbitan RTS, saya tersandar di dinding bilik TV junior rate dengan pinggan dan cawan ditangan…baru balik makan di galley. Hari Sabtu pertengahan bulan Disember 1965, baru dapat gaji sebulan. Kot, seluar dan kasut putih dengan bow tie hitam - trademark Ahmad Jais.
May 3rd, 2010 at 8:04 am
“Setiap kali lagu ‘Jauh Dimata’ berkumandang, aku teringat Aiman, Linda, jetty dan pantai di luar pagar sebelah kiri KD Sri Tawau diwaktu malam.”
sdr admin begitu mengenali Aiman, dimana dia sekarang.
May 3rd, 2010 at 10:36 am
betul2 kenangan mengusik jiwa. pantai sebelah kiri tempat laila bertemu majnun…
May 3rd, 2010 at 12:39 pm
dulu karang surat, sekarang tulis blog. ini baru real kenangan mengusik jiwa.
May 3rd, 2010 at 5:27 pm
Dimana Aiman sekarang? Saya pun sedang mencarinya.
May 3rd, 2010 at 7:57 pm
tuan admin, tak pasti, kisah itu di ceritakan oleh Kapt Ismail Chop.
May 3rd, 2010 at 8:52 pm
Kalau Ismail Chop yang cerita, mungkin juga betul kerana setahu saya dia bukan kaki ‘goreng’. Apa kata kalau saudara cerita sikit, setidaknya boleh menambah pengetahuan.
May 4th, 2010 at 9:26 pm
tuan, kita heading batu tuan, kamu co ka saya co, brapppp. typical ego of malaysian officer i guess. this xco in his 60s now and living in ampang. flying high in 70s & 80s after he left the navy.
May 4th, 2010 at 9:36 pm
Kalau tau nama mungkin saya perasan siapa orangnya. Nama bermula denga “H” ke?
May 4th, 2010 at 9:44 pm
tuan admin, bukan, S
June 6th, 2011 at 8:46 pm
….sy tidak mencari sesiapa, kerana sy bukanlah sesiapa, tetapi tatkala sy mencari lirik Di ambang Sore..sy terjumpa blog ini yg menarik jiwa sy utk memerhati tinggalkan sepatah kata…benarlah kenangan itu takkan hanyut di telan zaman….biarpun sekali air bah..sekali pantai berubah….