Kluang Revisited - Little India

Kalau di Kuala Lumpur ada Little India, Kluang juga tidak terkecuali.

Selepas melewati pagar Kereta Api menghala ke Bandar Kluang, membelok ke kiri…Jalan Stesen. Dan di sinilah letaknya Little India Kluang.

Petang Deepavali, jalan ini selalunya sibuk dengan orang India membuat ‘last minute shopping’. Salah satu yang menjadi kemestian ialah daging kambing. Dulu, sekitar Jalan Stesen ini banyak terdapat tompok-tompok merah kesan semburan pemakan sirih. Kedai jual sirih pun ada. Rasanya, budaya dan kedai itu sudah pupus ditelan zaman.

Di bawah ini adalah iklan-iklan sebahagian dari kedai-kedai yang terdapat di Jalan Stesen (Little India) sekitar hujung 50an dan awal 60an.

Kuckreja…kedai menjual kasut berjenama ala P Lal Store di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Rasanya aku tak pernah singgah kerana kedai ini tak jual kasut jenama Fong Keong ($1.20), atau Bata Badminton Master ($3.90).

Pernah juga aku singgah di kedai ini. Yang suspennya bila bergunting di kedai India ialah masa tukang gunting buat ritual penutup…tepuk-tepuk dahi dan tengkuk dengan sejenis lotion sebelum buat alignment leher/kepala.  

Atas galakan Mr Nair, guru Bahasa Inggeris, aku membeli Pocket Oxford Dictionary di kedai ini. Kamus yang ku beli pada tahun 1963 menjadi sahabat paling setia, mengikut ke mana saja aku pergi…KD Malaya, Kapal, KD Sri Tawau, KD Sri Rejang… 

Sebuah lagi kedai yang tak pernah aku singgah. Kalau lalu pun setakat jeling-jeling saja.  

Tak pasti bangsa apa pemilik premis perniagaan ini tapi pekerjanya keturunan India. Banyak sungguh jenama basikal…Raleigh, Rudge, Robin Hood, Hercules, New Hudson. 

Kedai runcit India Muslim ini terletak tidak jauh dengan stesen kereta api. Sederet dengan kedai ini ada sebuah kedai menjual bahan dan peralatan menginang.

Pelik…bila mengimbau kenangan lalu, aku dapat bayangkan keadaan masa itu - orang India kedai sirih berpakaian ala Mahatma Ghandi duduk atas bangku panjang di kaki lima, sekejap-sekejap ‘crit’ meludahkan air sirih ke longkang dengan dua jari ala ‘V’ diletak ke bibir.  

Walaupun hanya ‘book stall’, tapi pemilik gerai ini tidak keberatan menderma sambil mengiklankan perniagaan akhbar, buku dan komik. Sekali sekala aku ikut Jefri merayap ke ’stall’ ini untuk memebelek komik ‘Flash Gordon’.


Related posts:

  1. Banjir besar Kuala Lumpur
  2. History Lesson - 3
  3. cerita di kampung Banjar - 3
  4. Early Calculator & Credit Card
  5. MDI - coretan ulangtahun (mat bunga?)

Comments are closed.



How To Write Letter
bystolic drug