Masalah Hyundai Getz?

Sejak kebelakangan ini, ramai pengunjung yang sampai ke blog UPBB dengan mengoggle ‘Apa Masalah Hundai Getz?’ Bagaimana admin tau?

Dalam ‘dashboard’ sesebuah blog ada dua petunjuk. Satu dipanggil ‘referrer’ dan satu lagi ’search engines’. Referrer adalah pengunjung yang sampai menerusi link dari blog lain manakala search engines menerusi ‘google’. Kekadang geli hati membaca perkataan dan terma yang diguna pengunjung.  

Berbalik kepada masalah Hyundai Getz. Sejak anak membawa keluar dari ’showroom’ pada 22hb Mac 2005 sampai hari ini, cuma sekali aduan dibuat di Pusat Servis Hyundai Glemnarie Shah Alam, itu pun hanya perkara kecil…suspension sebelah belakang kiri mengeluarkan bunyi halus bila tayar terkena lopak atau bonggol. Sejak di servis @ 1,000km hinggalah hari ini, bunyi itu dah tak ada.

Kalau dibanding dengan Perodua Viva 1 lit manual yang dibeli pada 24hb Julai 2008, sehari selepas keluar dari showroom dah ada masalah. Hari ini pun ada lagi masalah. ‘Endless problem’ (Akan diperincikan dalam nukilan akan datang). 

Kereta ini sudah berusia 5 tahun 7 bulan tapi ’still going strong’. Berapa kos senggaraan agaknya?

Seperti yang admin tekankan, kalau pemilik sanggup meluangkan masa membaca ‘Owner’s Manual’ dan mengikut apa yang di syorkan pembuat kereta, Insyaallah kereta akan tahan lama dan kos senggaraan tidak membebankan.

Lazimnya, setiap 10,000KM, admin minta anak sediakan tidak lebih dari RM70 (tujuh puluh) untuk menukar minya injin dan ‘oil filter’. Kawan-kawannya yang memiliki kereta Proton atau Perodua dan menghantar ke pusat servis, tiga empat ratus terbang.

Selepas 4 tahun, barulah ada menampakkan sedikit kelemahan. Itu pun perkara enteng.

Kumpulan keladak di hujung ‘Radiator hose’ yang disambung ke bahagian injin membuatkan ‘coolant’ susut. Apa sebabnya?

Entah kenapa, perkara sedemikian hanya berlaku pada kereta buatan Korea dan Malaysia. Mungkin berpunca dari komposisi logam yang diguna oleh pengeluar kereta dua negara ini kerana Toyota Liteace Premio milik admin masih tidak menunjukkan simptom sedemikian dan ‘coolan’ tak pernah susut.

Teori admin mengatakan…setelah terdedah kepada cecair ’coolant’ yang panas dan sejuk mengikut suhu injin, logam paip dimana hos itu disambungkan mula terhakis. Akibatnya terciptalah ketidak-rataan (pits and valleys) di permukaan paip tempat bertemunya hos (getah) dan paip (besi). Bila tekanan (pressure) dalam radiator naik seiring dengan kenaikan suhu injin, maka menyisiplah ‘coolant’ keluar. ‘Spring Clip’ yang mengikat hos pada paip tidak cukup kuat untuk menahan sisipan (leakage).

Bagaimana mengatsainya? 

Kalau ada ‘Locking Grip Plyer’ untuk mencengkam dan mengeluarkan ’spring clip’ seperti di atas, senang buat kerja. Andai berminat untuk D.I.Y.,beli satu kerana harganya pun tak sampai RM10, tapi kegunaanya…tak terbatas.

Perhatikan gambar di atas. ‘Spring Clip’ yang original sudah ditukar kepada ‘clip’ yang boleh dilaras. Ongkosnya? RM3 untuk ‘clip’ dan RM8 untuk ‘coolant’, dan sedikit usaha.

Bolehkah anda buat sendiri? Tepuk dada tanya selera.

Rumusan admin…Kalau dijaga dan dipandu cermat, kereta Hyundai Getz tak meragam. Rekod senggaraan di atas sebagai bukti. 

Apa gunanya dicatit setiap barang yang diganti? “buang masa”. Kalau tak boleh luangkan 5 minit untuk mengambil, mencatit dan menyimpan buku rekod, maka ‘end of story’.

Tapi admin tetap mengamalkannya. Sudah lebih 30 tahun, namun masih belum jemu menyelenggara sendiri (selepas tamat waranti) dan mencatit setiap yang ditukar.

‘At the end of the day’, ‘kepuasan’ atau ’self satisfaction’ boleh mengatasi sikap negatif yang sering membelenggu manusia…”Aku tak pandai” atau ‘Aku malas”.


Related posts:

  1. Masalah masuk ke UPBB
  2. APA ADA PADA NAMA
  3. Down memory lane
  4. Krew KD Brinchang di Vosper Thornycraft
  5. menyusur denai ingatan LI

Comments are closed.



How To Write Letter
bystolic drugviagra