Melayu oh Melayu

 

“The difference between the poor countries and the rich ones is not the age of the country. This can be shown by countries like India and Egypt that are more than 2,000 years old and are poor.

 

What is the difference then?

 

The difference is the attitude of the people, framed along the years by the education and the culture.”

 

Sedutan dari artikel ‘To reflect and…Act’ yang pernah termuat di blog ini.

 

Kenapa saya salin dan tampal (copy and paste)?

 

Beberapa hari lalu, seorang saudara yang sudah setahun bertugas di Mesir sempat singgah sebelum kembali ke Kaherah. Ceritanya tentang cara hidup orang di sana membuat saya terpanggil untuk berkongsi semoga dapat dijadikan iktibar kerana tidak mustahil orang Melayu akan sampai ke tahap mereka.

 

Sepanjang hayat – dari rahim ke liang lahad – orang Mesir, seperti juga orang Melayu, memerlukan tongkat untuk berdiri. Hidup penuh dengan subsidi. Contohnya, kerajaan Mesir membeli gas masak dari pengusaha dengan harga 28 Egyptian Pound satu tong dan menjual kepada rakyat dengan harga 3 Pound.  

 

‘Driver’ kepada saudara dari Malaysia ini bernama Mahmud lepasan Universiti al-Azhar. Bila ditanya kenapa memilih kerjaya sebagai pemandu, Mahmud pantas menjawab, “Sir, a driver’s job is very easy. After I send you to work and your children to school, I can go home and sleep”. (Patutlah ramai anak Melayu suka jadi despatch rider).

 

Kalau kita menganggap tabiat pengguna jalan raya di Malaysia teruk, di Mesir berkali ganda lebih teruk. 99 peratus kereta orang Mesir dihiashi dengan lekuk dan kemik hinggakan kereta baru yang masih lagi mempunyai bungkusan plastik di tempat duduk pun tidak terkecuali. Orang Mesir membeli kereta secara tunai dan tidak dilindungi insuran. Kalau bergesel dan berlanggar, perkara pertama yang mereka lakukan bukan bertanya macam mana nak selesaikan - mereka bertumbuk dan selepas bermaafan, membawa hal masing-masing. 

 

Suatu hari, saudara saya ini menemuduga seorang lelaki Mesir untuk jawatan kerani pejabat. Calon ini memiliki ijazah Master dan sudah pun bekerja di syarikat lain.

 

”Tell me about your strength and weaknesses”

 

Berjela-jela jawapan memberitahu tentang  kekuatan dan kelebihan yang ada pada dirinya tanpa satu pun kelemahan.

 

“What about your weaknesses?” saudara ini bertanya.

 

“I have no weaknesses, Sir” calon orang Mesir menjawab dengan yakin.

 

“Every human being has his own weaknesses, I am sure you also have” saudara ini bertanya lagi.

 

“Sir, maybe you have many weaknesses but not me, I have none” bakal majikan mana yang tidak terkejut dengan jawapan sedemikian.

 

“OK, I’ll accept that for the moment. How much do you expect us to pay you?”

 

“700 pound will do, Sir”

 

Terkedu bakal majikan kerana permintaan orang Mesir yang kononnya sempurna dan tidak ada kelemahan jauh lebih rendah dari jangkaan.

 

“You have a master’s degree and no weaknesses. How come you only ask 700 pound while I can offer you 1500?”

 

“700 pound is enough, Sir, that is more than double my current income”.

 

Akhirnya, dia diterima dengan gaji 700 pound sebulan.

 

NOTA: 1 Egyptian Pound lebih kurang 60 sen duit Malaysia.

 

Dan sekarang barulah saya mengerti kenapa bangsa Mesir yang begitu gah dengan tamadun silam boleh ’kautim’ dan tunduk kepada Yahudi.

 

…the attitude of the people, framed along the years by the education and the culture” atau dalam Bahasa Melayu “sikap bangsa yang bertahun-tahun terbentuk dari budaya dan didikan”.

 

Apakah mungkin Bangsa Melayu yang terbawa-bawa dengan slogan ‘Ketuanan Melayu’ akan ‘kautim’, tunduk kepada jiran ala Israel? Sehingga hari ini, Negeri Johor masih lagi menjual air dengan harga berdasarkan perjanjian yang tamat pada tahun 1987. Sudah 23 tahun, tiga perdana menteri dan berpuluh atau mungkin juga beratus pertemuan namun penyelesaian masih ‘jauh panggang dari api’.

 

Melayu oh Melayu…


Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal

tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.

Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?

(Sebahagian dari puisi Usman Awang)

 


Related posts:

  1. Nasib Bahasa Melayu
  2. bahasa melayu & rojak mamak
  3. melayu penakut
  4. talkin untuk bahasa melayu
  5. disebalik ‘mangilir lading batagar’

6 Responses to “Melayu oh Melayu”

  1. xcman Says:

    a very good article sir

  2. xperak Says:

    Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
    Masihkan tunduk tersipu-sipu?

    Bila telaga minyak kering, Melayu Akan Ranap Akhirnya macam ranapnya kesultanan melayu melaka

  3. zaman Says:

    Serba salah nak majukan komen..sedih.. Cukup lah sekadar mengatakan ayah saya dulu askar melayu, selepas itu home guard… ketika saya dilahirkan hanya bidan dan nenek yang ada.. yang lain bersama ayah berada di padang sekolah jadi Guard Kdr sambut Tuanku Abd Rahman melawat kampung setelah 21 hari medeka… tapi kini…..

  4. wak Says:

    nasib baik wak ni jawa

  5. admin Says:

    Maaf kalau tersilap…Tuan Zaman berbintang Virgo. Tiga minggu selepas sambutan Merdeka tahun 2010, genap usia 53 tahun.

    Kenapa saya membuat andaian? Sebenarnya ia berpunca dari dua pertanyaan tentang usia kami di blog ini. Beberapa minggu yang lalu ada yang berkata, “…sudah mencecah tujuh puluhan tapi celik komputer”.

    Beberapa hari lalu ada pertanyaan hampir serupa tapi saudara tldm60an dan saya sendiri hanya memberi jawapan dalam bayangan. Bukan kami nak berselindung tapi kami cuma mahukan mereka mempunyai apa yang disebut ‘Analytical Mind’.

  6. nazmie Says:

    saya boleh teka umur admin & co…masuk navy tahun 65 umur 18 atau 19

Leave a Reply