menyusur denai ingatan - IL
Beberapa hari yang lalu, saya menerima email dari seorang teman yang pernah bertugas di KD Sri Rejang pada tahun 1973 – 74.
Kita ikuti cerita - yang diolah semula - berdasarkan pengalaman beliau sebagai ‘senior rate’ di bandar yang pernah mendapat jolokan ‘heaven of the East’.
Dia memulakan cerita:
POME Manan, ABMT Halim dan kawan-kawan selalu diundang sebagai pemusik ‘Saturday tea dance’ di Merido nightclub. POME Manan bukan saja pandai membaiki jentera, bermain musik tapi juga pandai memasak. Masa saya disana - 72/73, kami selalu kongsi beli udang galah (murah) di hujung minggu dan dia akan memasak…fuh enaknya.
‘Punching bag’ dan meja ‘table tennis’ peninggalan admin di Wisma Alang Di laut masih ada tapi sudah tidak digunakan kerana masing-masing sibuk membuat ‘shaft alignment’, salah satu agenda penting ‘co-corriculum’ krew KD Sri Rejang.
MCPO Saad ‘toya’ dilantik jadi ‘mess president’ Wisma Alang Di laut oleh COMNAV East untuk menepung tawar penghuni mes dalam usaha memulihkan ingatan ‘senior rates’ kerana majoriti sudah lalok, ketagih ’kerang basah’ dan ’sepit ketam’ makhluk bunian bergelar ‘dogol’. Kerang dan ketam ini bukan sahaja telah berjaya merasuk fikiran tapi juga sudah dapat menguasai bilik kediaman mereka sehingga tersebar luas berita mengatakan Wisma Alang Di laut sedang karam di darat.
Itu cerita ‘senior rates’ yang sudah ketagih makan ‘kerang hidup’ tanpa mengira tempat. Yang ini cerita ‘junior rates’ di pangkalan KD Sri Rejang pula.
Malam itu saya bertugas sebagai O.O.D. (Officer Of the Day). Sudah menjadi kewajipan untuk kami berada di Main Gate bermula dari habis waktu kerja sehingga ‘leave expired’ jam 2359.
Tidak dinafikan, di pangkalan kecil seperti ini, hubungan antara senior rate dan junior rate memang akrab.
ABSM Karim Mamak dan teman karibnya, juga seorang ABSM – batch pangkal 28 - baru saja balik dari bandar dan singgah berbual dengan saya di pondok bertugas. Tidak lama selepas mereka beredar menuju bot (LCM/LCP), saya terdengar orang menjerit.
Menyangka ada sesuatu yang tidak diingini berlaku, saya bergegas ke tepi sungai dan dimaklumkan kawan ABSM Karim telah tegelincir dan jatuh ke dalam sungai ketika sedang melalui gangway.
Semalam suntuk, LCP dan LCM meronda dalam usaha mencari dan menyelamat namun ABSM ini tidak juga ditemui. Polis dan agensi lain yang datang membantu juga tidak berjaya.
Mayatnya di temui tiga hari kemudian. Selepas ’post mortem’, jenazah dihantar balik ke kampungnya di Johor dengan pesawat TUDM, dan diiringi oleh POME Salleh.
Kejadian begini bukan yang pertama berlaku. Ada seorang ABME batch pangakal 21.. juga meninggal dengan sebab serupa. Jembalang jenis apa agaknya yang selalu menagih mangsa di sungai ni?
Dimalam lain, berbeza pula ceritanya.
Sedang saya bertugas, sebuah land rover berhenti di hadapan gate dan keluar dua orang MP berpangkat Lans Koperal dan seorang Leftenan Muda (nama saja leftenan muda tapi orangnya sudah berumur – rank & file commission). Mereka menyerahkan kepada saya dua orang ABSM yang ditemui merayau di tempat larangan.
Di Sibu ada beberapa tempat yang ‘out of bound’. Antaranya ialah ‘shooting range’ atau lapang sasar ‘Mission Road’ dan ‘Merido Nightclub’. Oleh kerana tidak ada ‘gyro compass’ di darat tambahan pula zaman itu masih belum ada kemudahan ‘GPS’, krew KD Sri Rejang selalu saja hilang arah dan tersesat ke tempat larangan.
Setelah berbincang, pegawai dan dua orang MP pun berlalu pergi.
Sebaik sahaja MP balik, dua orang ABSM ini merayu kepada saya agar dibenarkan kembali ke bandar untuk menyelesaikan ’assignment’ yang tergendala. Walaupun diberitahu bahawa esok mereka akan menghadap C.O. untuk di ’off cap’, tapi kedua-dua ABSM ini tetap juga tidak berhenti merayu. Lama-lama saya pun cair.
Akhirnya, terpaksa tutup kedua belah mata dan mengizinkan mereka keluar. Melihat kegembiraan di wajah, saya terfikir ”begini rupanya orang yang sudah terkena jampi serapah - beramput nyamai, beranak berapi”.
Esok pagi, mereka kena ‘off cap’ dan menerima hukuman setimpal. “Tak apa P.O., kena ‘stop leave’ pun puas hati, dah dapat 6 ’round’ ration advance” mereka meluahkan kepuasan kepada saya.
Beberapa tahun kemudian, semasa saya bertugas di pelantar ESSO, sebuah ‘supply ship’ datang memunggah bekalan yang dihantar oleh ‘supply base’ di Kerteh. Chief Officernya ialah Sub Lt Jalil, bekas N.O. KD Jerai manakala C.O. pula juga bekas anggota TLDM.
C.O. kapal ini menghubungi saya dan kami berbual menerusi radio. Dia memberi tahu bahawa dia mengenali saya. Lama kami berbual dan akhirnya dia membuka kisah lama “Saya Junaidi, salah seorang ABSM yang merayu dan P.O. lepaskan untuk ‘one night stand-off’ malam kami kena tangkap MP di Sibu.” Macam tak percaya pula kerana dia sudah jadi C.O. kapal dagang “Kecilnya dunia ini” bisik hati saya.
Sibu oh Sibu, siapa yang pernah sampai disana tentu dapat membayangkan keadaan ‘Padang Arafah’ diwaktu malam. Berkeliaran dogol ‘tawaf’ keliling padang, dan bila penat, duduk di tapak minaret menanti suntingan ‘buaya darat’. Kehadiran dogol-dogol muda ini sering membuat kaum Adam lupa anak isteri. Malangnya, walaupun majoriti dogol masih remaja, tapi ramai juga yang sudah dijangkiti ‘virus dan worm’. Mujurlah masa itu, anti virusnya masih berkesan.
KD Sri Rejang sudah jadi sejarah, sudah lebih dua dekad dinyah-tauliahkan. Yang tinggal hanya memori - suka, duka, indah dan gundah.
Mengimbau masa lampau, teringat pantun Liza, janda Iban berusia 19 tahun:
Sungguh cantik gadis Sarawak
Bila memakai baju kurung
Elaun Sarawak habis di Sarawak
Balik Malaya bawa tempurung.
Related posts:
April 10th, 2010 at 6:58 pm
Cerita ini masa KD Sri Rejang di Area Kpg Hilir atau Base baru di Sg Antu?
Askar Wataniah ambil alih camp bila RMN withdraw.
April 10th, 2010 at 9:03 pm
Mohd,
Terima kasih kerana memberi maklumat tentang nasib KD Sri Rejang selepas bercerai dengan TLDM.
Kg Hilir atau base baru di Sungai Antu? Entah ye, yang mana satu. Yang ini XRejang boleh beri penjelasan sebab dia memang ‘terror’ masa disana.
April 10th, 2010 at 10:43 pm
must be late lt. jalil karim from malacca, one who qualified as captain onboard merchant ship with unlimited tonnage.
April 11th, 2010 at 7:41 am
Cerita ini masa KD Sri Rejang di Area Kpg Hilir atau Base baru di Sg Antu?
Cerita ini berlaku pada tahun 73-74 dan KD Sri Rejang masa itu terletak di Simpang Tiga, area Kpg Hilir
Base KD Sri Rejang ini benar nya kepunyaan Jabatan Laut dan di pinjamkan kapada TLDM/RMN
Base ini buatan kayu dan dinding zinc sangat terhad , ada, pejabat CO, XO, RCO, BSO , BTO, ABTO office dan. Comcen kecil
Cook house dan dining hall cum canteen yang kecil
Ada barrack kediaman (tidur) untuk Junior Rating saja
Mes Pegawai di tempatkan di buah bangalow di kawasan kerumahan orang awam.
Mes Senior Rate (Wisma Megat Alang Di Laut) di tempatkan sa buah bungalow di
No: 22 Race Course Road
Sibu, Sarawak
Base baru di Sungai Antu belum di bina lagi pada tahun 1974 kerana pokok dan tubuhan liar di tapak Base baru KDSR itu mulai di tebang oleh contractor. Saya sepat melawat tapak base baru semasa timbunan tanah di laksanakan. Se hingga saya posting balik ka KD Malaya pada awal tahun 1975 rangka bangunan baru KDSR pun belum nampak
Hope this will help to clarify your query
Che Mohd . ada kah cerita cerita dari TUDM untuk berkongsi sama.( Past time –membaca cerita cerita dari internet)
Saya banyak campur dengan buduk RMAF se masa saya bertugas di KD Sri Labuan pada tahun 1967-1968 seperti Corporal Alam. Saya dengar berita dari kawan EX-RMAF yang berkerja di pelantar minyak dia pencen sabagai warrant officer.
Regards
April 11th, 2010 at 9:50 am
X Rejang,
Terima kasih atas penjelasan…I know I can count on you for history. But nobody should leave his dogol to youl…sure kena prek (kebas).
Mohd,
Saya sangat setuju dengan cadangan X Rejang…kongsi cerita tentang life in RMAF. Boleh email saya dan Insyaallah saya akan postkan.
Xcman,
“must be late lt. jalil karim from malacca, one who qualified as captain onboard merchant ship with unlimited tonnage.” Saya belajar satu perkara dari ayat itu…nak jadi captain kapal kena ada lesen macam lesen memandu di darat…boleh bawa kereta saja atau boleh bawa jentera berat? Bagaimana kalau saudara kongsi pengalaman dari mula masuk Merchant Navy sehingga dapat ‘lesen’ jadi captain kapal, tempat persinggahan dan pahit maung meredah ombak lautan.
Tuan Zaman,
Bagaimana kalau sambung cerita pengalaman seorang pegawai berinteraksi dengan ratings…biasa tak handle rating yang ’stubborn, hotheaded, argumantative’ macam saya. Itu komen D.O. Lt Teng (SD) di depan CO KD SRI Langkawai CDR Nettur masa naikkan saya jadi PORM.
April 13th, 2010 at 11:05 am
Sdr X Rejang
Terbaca nama, teringat juga Padang Arafah (yang di Kuching tu Padang apa pula ya… lupa). Ketika itu “takut2 berani”, itu pun ikut senior. Perjalanan dari KD Sri Rejang ke Kapit menyusur sungai selama 7 jam menaiki LCM untuk lapor diri ke kapal yang sedang melaksanakan “rivr blockade satu pengalaman yang sukar dilupakan. Kali terakhir saya ke sana 1981.
Sdr Admin,
Sepanjang perkhidmatan saya lebih sedikit 33 tahun ini tak pernah terjumpa anggota seperti yang dinyatakan. Mungkin nasib saya ditemukan dengan anggota yang berbeza perwatakan. Pada awal 80an dan penghujung 70an ramai anggota yang memiliki sikap ingin tahu lain dari bidangnya. Terutama perihal Astronomi. Kalau saya tengah “Shooting Stars” pasti ada anggota bukan RP di sebelah.. Kadang2 mereka datang ke bridge bertanya pelbagai soalan. Sekarang berbeza sikit mungkin tugasan mereka lebih mencabar seterusnya terbatas sikap ini.
Sebagai Divisional Officer (DO) saya tak terlepas dari masalah anggota terutama sekali kewangan, perempuan, pergaduhan, kecurian, dadah dan mabuk.
Saya berasa bimbang apabila terima telefon yang dimulai dengan helo…saya…(nama perempuan atau pangkat seorang polis). Panggilan begini sering diikuti dengan aduan kesalahan anak buah samaada kes termengandungkan anak orang, mabuk, curi… Pernah juga kena marah oleh bapa perempuan yang terbabit.
Pada tahun 1980, saya menghadiri majlis pernikahan anggota saya di Penang sebagai saksi. Ketika itu bakal isterinya dah mengandung 7 bulan. Beberapa tahun kemudian saya dikhabarkan perkahwinannya bahagia dengan mendapat 5 orang anak.
Satu ketika, menggigil badan menahan kecewa dan marah di depan “Both Watches” kerana terdapat kejadian kehilangan wang dan seluar jeans berlaku di kapal. Perbuatan ini terlalu sukar untuk saya terima terutama kehidupan kami ibarat satu keluarga.
Semasa bertugas di Mawilla 2, seorang anggota telah memohon supaya saya menandatangani Borang Perkahwinannya. Oleh kerana baru berusia 21 tahun, dan beranggapan masih muda untuk bernikah, saya telah “lecture” dia hampir 45 minit tentang perkahwinan. Sekembalinya dari bercuti kahwin, saya terperanjat apabila diberitahu yang dia dah jadi duda (pergi cuti bujang balik bertugas duda). Isterinya dikahwini hanya 20 hari. Saya kuatir adakah “lecture” saya membuat dia berubah. Secara terus terang dia nyatakan terdapat orang ketiga.
Penglibatan anggota saya dengan ceti sedikit tetapi ia turut mengecewakan. Salah satu dari kejadian, melibatkan seorang Leading Hand yang ditipu penjual kereta. Bagi menampung perbelanjaan harian beliau telah meminjam dengan ceti. Perkara disedari ketika beliau sering termenung dan tak fokus terhadap tugas. Siasatan lanjut mendapati keluarganya (7 anak) telah lama makan nasi berkuahkan kicap. Dengan bantuan dan persetujuan semua warga kapal masalah itu dapat diselesaikan.
Saya juga pernah menjadi DO kepada 10 anggota wanita masalah yang sering ditimbulkan hanyalah perangai suami yang berjudi, curang dan penipu. Berderai air mata mereka ceritakan masalah dan ada pula yang minta saya uruskan penceraian. Mengucap panjang lah jawabnya.
Pernah juga saya uruskan seorang anggota “state a complain” terhadap dasar kenaikan pangkat. Memandangkan kes ini jarang berlaku dan kali pertama bagi saya, terpaksa lah sendiri membaca Akta tentang prosedurnya. Kes nya berjaya dan beliau terus dinaikkan pangkat.
Maaf kerana ceritakan yang negative… sebenarnya cerita yang baik lagi banyak tetapi sengaja tak disebut kerana tugas DO lebih tercabar bila kendalikan masalah.
Saya juga mendapati jika seseorang anggota itu bagus bekerja (tak semestinya dia tidak nakal) apabila menjadi bekas TLDM pastinya hidup dia berjaya. Begitu juga dengan LME Ghani yang saya terjumpa di Maybank Butterworth, kini beliau telah menjadi kontraktor elektrik (lebih menarik bertukar bidang katanya) yang berjaya. Manis rasa teh ais yang dibelanjanya..
Sebenarnya banyak perkara lagi yang saya boleh ceritakan tetapi kurang bakat di bidang penulisan menjadikan kisah ini ditulis terlalu panjang.
April 13th, 2010 at 9:40 pm
tuan admin, untuk berkongsi info, lese bawak kapal ada 3 jenis
1) Above 3,000 GRT unlimited, layak belayar atas apa jua saiz kapal dan terbahagi kepada tiga peringkat;
a) Master/Captain (Navy CO)
b) Chief Mate/Chief Officer (Navy XO)
c) WKO-watch keeping officer. (Navy NO etc)
2) Above 3,000 GRT, Near Coastal Trade, dalam istilah mudah, batas pelayaran mereka sekitar negara ASEAN dan terbahagi kepada dua peringkat
a) Master/Captain
b) Cheif Mate/Chief Officer
3) Below 3,000 GRT, Near Coastal Trade, sama sepeti (2) tapi saiz kapalnya lebih kecil
4) Below 500 GRT, Domestic Trade, basically this is within port limit.
GRT - Gross Registered Tonnage
Bab pengalaman tu, sudah ada blog blog pasal pelaut dagang, biarlah sini khusus Tribute to An Old Salt from TLDM.
April 14th, 2010 at 1:24 pm
xcman,
Terima kasih atas penjelasan yang tidak ternilai…satu lagi ilmu pengetahuan yang saya perolehi. Kalau tidak bertanya, maka sentiasalah saya dalam kegelapan.
Saya teringat pepatah orang Cina “The question you ask may look stupid, and if you ask, you only look stupid for 5 minutes but if you don’t ask, you will be stupid forever.”
Tuan Zaman,
Terima kasih kerana berkongsi rasa. Nampak glamour jadi pegawai, tapi cabaran yang dipikul…nasib baiklah saya jadi rating saja.