menyusur denai ingatan VI

quarter deck & admin blok KD Malaya, Woodlands

Sepuluh minggu berlalu begitu pantas.

Menoleh kebelakang, sepuluh minggu itulah kemuncak keseronokan sepanjang 13 tahun menyarung pakaian seragam biru dan putih. Seperti juga orang bercinta…cinta pertama sukar dilupa walaupun tidak sentiasa didakap mesra.

Anehnya, ada kelompok yang merasakan tempoh sepuluh minggu persis hidup dalam penjara. Sebuah dunia baru yang merantai kebebasan.

Setelah sepuluh minggu diuji ketahanan fisikal dan mental, maka tibalah masanya untuk kami menyambung latihan dalam bidang-bidang yang dikhususkan.

Majoriti pengambilan fasa kedua 1965 terdiri dari kelasi (seamen) dan mekanik kejuruteraan (engineering mechanic). Selebihnya dibahagikan kepada kerani stor (store keeper), kerani awam (writer general), kerani gaji (writer pay) dan semboyan (communication). Tiada pengambilan untuk mekanik radio dan elektrik, tukang masak dan tukang saji.

Enam minggu menjalani kursus kerani awam dibawah bimbingan Leading Writer Maniam mengajar kami cara-cara mengendalikan surat dan memo, filing dan pelbagai tugas berkaitan pejabat.

Minggu ketiga bulan September kami berlima diserapkan ke pejabat ‘writer general’ di ‘Admin Block’ berhampiran ‘quarterdeck‘. Ketua pejabat berpangkat ‘Chief Petty Officer Writer General’ atau ringkasnya CPOWG Amir amat baik orangnya begitu juga Leading Writer Mustafa dan senior-senior di pejabat.

Di pejabat ini jugalah buat pertama kalinya timbul keinginan untuk memegang gagang telefon dan mendengar bagaimana bunyi suara orang bercakap di hujung talian. Lama juga memendam keinginan itu.

Suatu hari ketika telefon berbunyi, pantas aku mencapai dan membawa gagang ke telinga. Aku merasa hairan kerana suara sayup-sayup keluar dari tempat lain. Dalam kehairanan aku tersentak apabila Able Writer Lopez, senior berdarah Portugis menegur, “…You are holding it upside down. You are putting the mouth piece to your ear that’s why you can’t hear the caller…”. Spontan warna muka menjadi merah. Malu. Pun begitu sempat juga aku melontar jelingan ke arah Engku Zaharah, kerani awam yang sempat tersenyum sebelum menundukkan muka. Chief Amir selalu menyakat kami berdua kerana memiliki sifat yang sama…pemalu.   

Belum lama ulang alik ke pejabat, rasa bosan mula bersarang. Tambahan pula melihat kawan-kawan yang mengambil jurusan kelasi dan mekanik kejuruteraan sudah pun mesra dengan ombak di laut. Hati kecilku mula mengusik, “kalau masuk navy setakat duduk di pejabat, lebih baik menerima tawaran guru besar, Mr Thor Seng Aun, untuk menjadi pendidik, atau menghuni pejabat sebagai orang awam…”.

Inikah yang aku inginkan? Tidak. Bukan ini. 

Ketika termangu di jendela petang Ahad 23hb Mei 1965 yang lalu, seolah-olah ketika itu aku sudah dapat merasa keindahan alunan ombak, kesyahduan senyuman mentari pagi di ufuk timur Selat Melaka atau Laut Cina Selatan, kesayuan lembayung senja di ufuk barat ketika mentari melabuhkan tirai malam untuk bersua kembali diesok pagi. Ahhh…mana mungkin aku menemuinya di Admin Block ini?

Aku meluahkan keresahan kepada Lopez, senior yang paling rapat denganku ketika itu. Atas cadangannya aku menemui LRWG Mustafa sebelum berjumpa CPOWG Amir.

Semasa mengadap Captain Weir, Pegawai Memerintah KD Malaya ketika itu, dan kerana keinginan supaya permintaan bertukar cawangan tidak menemui jalan buntu, dengan rasa berat hati dan buat pertama kalinya ku serahkan sijil Senior Cambridge sebagai sokongan. Selama ini, dalam rekod aku cuma ada sijil LCE dan tidak seorang pun tahu hakikat sebenar walaupun ada rakan sama tingkatan di sekolah yang membocorkan rahsia. Aku tegas menafikan. Berbohonglah kiranya. Bohong sunat?  

Setelah meneliti, Captain Weir mengarahkan divisional officer kami, Sub Lt Aziz mendapatkan borang permohonan menjadi pegawai. Borang itu ku simpan sebagai kenangan dan ku musnahkan dihari terakhir aku bergelar anggota TLDM. Kenapa?

Entahlah. Sehingga kini aku masih tercari-cari jawapan kenapa aku menolak peluang untuk ditauliahkan sebagai pegawai. Senior di pejabat berulang kali mendesak agar aku mengisi dan memulangkan borang itu untuk tindakan selanjutnya. Menurut mereka, majoriti pegawai ketika itu cuma ada sijil grade 3. Dengan sijil grade 2 yang ku miliki beserta keputusan latihan fasa 1 yang menobatkan aku sebagai pelatih terbaik, tidak wajar untukku terus bergelumang sebagai laskar biasa.

Tapi itulah hakikatnya. Mungkin ada hikmah disebalik keputusan aneh itu.


Related posts:

  1. menyusur denai ingatan II
  2. menyusur denai ingatan IIIL
  3. menyusur denai ingatan X
  4. menyusur denai ingatan LXI
  5. menyusur denai ingatan IX

11 Responses to “menyusur denai ingatan VI”

  1. 265intake Says:

    Since yesterday I followed ur writing and tried to establish ur identity.

    Finally u revealed yourself. The best recruit who spurned the offer to be an officer.

    Remember me? I was in basic 6. we were together onboard KDS Langkawi. For now keep u guessing.

    Wonder how u still remember all those names. Keep writing n bring back the memories.

  2. admin Says:

    KD Seri Langkawai 71/72 intake 265 ada dua orang aje. ABME Wahab ‘melantung’ tak mungkin. Dengarnya dia tak sihat di Mersing sekarang.

    Yang seorang lagi ABRO 6 footer dari Utara. Past time main tennis kan?
    Selalu berbual bahasa omputih.

    W’M’ ME basic 4, basic 5 Miscellaneous, basic 6 RO. Jangan terperanjat kalau saya masih ingat lagi.

    Kat mana sekarang?

  3. qdc Says:

    I was in basic 99 (1 intake - March 1965) and then followed by basic 1 to 6 (2 intake for the year 1965). the rating who rejected the offer to be an officer (to the best of my memory was “ALI”)

  4. admin Says:

    qdc,

    Are you sure or just guessing. Anyway, you keep me wondering who you are. Tell me if you don’t mind and maybe we can meet someday and catch up on lost time.

    Or are you ‘q’ siam?

  5. lingams Says:

    I am sure “qdc” is Siam but not “kucing siam” or “isa siam”

  6. admin Says:

    Fuh I feel so smart today because I guessed correctly.

    I know which siam. He worked with Esso before. The guy who once said “getting married is a big mistake” so he preferred trial marriage. Are you still trying? And are you still in Bangsar.

    By the way, there is another siam…tok kong siam. That EM from Perlis. Do you still remember him.

  7. lingams Says:

    ALI (Ex-CPORM) and then Redifusion KL

    There was only one siam…tok kong siam, the only Siamese EM from Perlis in RMN. He is Kiew A/L Din Choi (802030). After RMN, he worked for ESSO and had stayed in Bangsar. You installed the “Ghost Killer” television arial at QDC home at Bangsar once….

    In 1976 you used a toyota corolla (light green colour and QDC used a red Toyota Hardtop - staying at Wisma Mutiara)
    QDC now staying in Sungai Petani, Kedah

  8. admin Says:

    Is this lingams the same person as qdc, the man with a ready smile? Or another long lost friend. The way you write it look as though you are another person but then how come you know so much about him.

    Anyway, you have damn good memory. If I am not mistaken that Toyota Hardtop had round ‘tail light’ assembly and was purchased brand new. Q and Ooi used to wipe off the dew every morning.

    The other siam that I mentioned is Darus (2441). He got the nickname tok kong siam because every morning after he woke up, he had the habit of sitting straight on his bed with a blank look just like the siamese tokong.

  9. haQ Says:

    wah..it’s great to know that there is a small reunion in here..
    i’m sure my dad misses all of his best buddy in RMN..

    …I want to know about the billiard game which I always heard since I was kid??

  10. admin Says:

    If you want comprehensive story of how your father maintained his corolla, you have to ask his supporter, Ghazali (2142). He was new to ‘Wisma Mutiara’ then and used to sit down admiring his buddy pitting his skill and luck against ‘old timers’ thinking by himself how a shy village boy can transform his ‘batang cangkul’ to ‘que’ sticks.

    Chief Shipwright Apek taik or Seet Teck Hong his real name was the main sponsor. or shall I say ‘donor’. Husin ‘bonyo’ and Adam used to be the marker (ada komisyen maa). Yusuf ‘kerbau’, Syed Husin, Arifin (steward) and Husin ’store’ were the instigators.

  11. bekas tldm Says:

    look like a reunion of former RMN has been initiated by the Admin and QDC. hope other ex-rmn can join in the wagon

    haQ … who is your dad …best regards to all readers

Leave a Reply



How To Write Letter
bystolic drugviagra