menyusur denai ingatan VIIIL

 

‘Great Shot’ Gambar ‘Y’ Gun atau meriam Bofors 40/70 di belakang KDST ‘courtesy’ (military-photos.blogspot.com/)

Terpandang ‘Y’ gun, teringat cahaya peluru ‘tracer’ mencari sasaran sebagai pembuka tirai sessi latihan menembak, diiringi gegaran ketika ’barrel’ membuat ‘recoil’.

Sebelah kanan ‘Y’ gun ialah ’starboard life raft’. Di bawah geladak yang ternaik kira-kira 6 inci dari geladak utama ialah ‘engine room’ - di mana terdapat 2 buah enjin dan 2 buah generator. Kotak kecil di hujung sebelah kiri geladak berhampiran ‘Y’ gun ialah tempat ‘air intake’ untuk ‘engine room’.

Sebelah kiri ‘funnel’ yang kelihatan macam ’locker’ ialah tempat menyimpan hos pemadam api, dan pintu masuk ke ‘engine room’.

Sebelah kanan ‘funnel’ tempat letaknya ‘life boat’ yang diperbuat dari ’fibre glass’. Bot menggunakan kuasa enjin sangkut dan diturunkan ke air dengan bantuan ’manual winch’.

Antara ‘engine room’ dan ‘Y’ gun ada sebuah ‘hatch’ (lubang) dan tangga untuk turun ke ‘junior rate’ mes. Dalam mes di bawah ‘Y’ gun inilah tempat makan dan tidur 10 orang krew mes belakang.  

Dua tingkap sebelah kanan ‘funnel’ itu adalah tingkap ‘galley’, tempat cook ‘Joe Lingham’ berjuang dengan senduk dan sudip.

Dari pintu ‘passageway’ sebelah kiri ‘funnel’, kalau belok ke kanan boleh sampai ke ‘galley’, terus ke hadapan sampai ke ’chart house’ dan ‘bridge’. Sebelah tangga ‘chart house’ ada pintu ’sliding’ dan tangga turun ke bawah ke ‘cabin’ XO/NO, CO, Senior Rate Mess dan terus tembus ke ‘junior rate’ mes di hadapan.

Yang kelihatan macam joran besar di atas passage way itu pula ialah ‘HF Antenna’ untuk GR410 ‘transceiver’. Di puncak tiang yang mirip salib kristian terletak ‘Cone Antenna’ untuk UHF ‘transceiver A43R. Sebuah lagi tiang macam salib di atas geladak ‘engine room’ ialah tempat mengikat ‘wire antenna’ untuk ’transmitter-receiver’ GR250.

Di bawah ‘radar scanner’ sebelah kiri ialah tempat penulis blog mengendali HBSLR/GPMG ketika dalam ‘action station’. Berhampiran ‘mounting’ GPMG ada sebuah ’spot light’ yang diguna Radio Operator menghantar isyarat lampu. Di situlah EM Samad, yang bertugas memegang ’spot light’ semasa dalam ‘action station’, menemui ajal dalam pertempuran antara KD Sri Selangor dengan bot laju Ka Ka O (komando) Indonesia pada tahun 1964.


Related posts:

  1. menyusur denai ingatan VIIL
  2. menyusur denai ingatan LII
  3. menyusur denai ingatan XXXVI
  4. menyusur denai ingatan IXL
  5. menyusur denai ingatan XIII

6 Responses to “menyusur denai ingatan VIIIL”

  1. Mohd Says:

    I have spent hours lying down under the “Y” Gun so as not to get seasick. Sailing from Labuan to the South China Sea stations was tough during rough weather.

  2. admin Says:

    Ha ha ha, it was always fun watching the airforce and army personnel experiencing ‘mabuk free’. It’s better still looking at their faces “macam ayam berak kapur”.

    I can still visualise them lying under the ‘Y’ gun…covering their faces with caps. I am smiling as I write these words…macamlah kami terror sangat masa tu.

  3. xperak Says:

    seronok ingat cerita lama, tengok askar mabuk free tebongkang bawah Y gun

  4. Mohd Says:

    Naik Caribou pun sama, bila kena “bad weather” army, navy, kadang2 air force pun ikut sama mabuk free.

  5. Jebat KD Says:

    kat frigate nak pening2 lalat pun susah dapat inikan pulak mabuk free. teringin juga nak rasa mcm yg admin cerita

  6. jimmi Says:

    Ada juga anggota bila kena draft PC,FAC G atau FAC M mulalah pasang kabel dan pergi sick bay.Ada yang darah tinggi ,kencing manis dan macam macam sakit.Macam mana nak rasa mabuk free. Saya pernah draft PC 79-81 dan FAC G 85-88.Ini baru dikatakan sailor.Tapi bila draft ke Mutiara 92-95 rasa macam berada diatas hotel terapong.

Leave a Reply