menyusur denai ingatan XIV

 

Selesai sahaja buffer LRSM Mahmud menyelia kerja menambat kapal, X.O. Sub Lt Chan ’sontot’ memerintahkan anak-anak kapal clear lower deck, berkumpul di geladak hadapan untuk memberi taklimat. Dan yang paling dinanti pengumuman shore leave.

 

Leave granted from 1400 Hotel until 2359” bermakna dari jam 2 petang hingga seminit sebelum tengah malam. Ketika krew berdandan untuk turun ke darat, Wak Nasir sebagai tengki sibuk menyelia pengisian minyak dan air bersih ke dalam bot. PC jenis Kedah Class tidak ada evap dan hanya boleh memuatkan 900 gelen air bersih. Sebab itulah, ketika di laut, kami hanya dibenarkan mandi cowboy. Lap muka dan badan dengan tuala good morning.

 

Teringat pula kisah pertukaran waktu di tengah Laut Cina Selatan. Sebelah Semenanjung zon masa ialah Golf-Hotel. Apabila sampai di sempadan yang tidak kelihatan, masa dicepatkan setengah jam dan zonnya pula dikenali sebagai Hotel sahaja.

 

Apa bezanya?

 

Zon masa Golf  ialah 7 jam ditokok kepada Greenwich Mean Time atau GMT, manakala Hotel campur 8 jam. Semenanjung terletak di antara dua zon. Maka itu ia dipanggil Golf-Hotel. Perbezaan masa cuma setengah jam. Setelah Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, dia menyelaraskan waktu dengan Sabah/Sarawak yang membawa kepada penghapusan zon masa Golf-Hotel.

 

Setelah jarum dicepatkan setengah jam, maka bermulalah pembayaran elaun Sabah/Sarawak. Laskar biasa - Odinary dan Able Ratings - dibayar sebanyak RM4, Leading Rate RM5 manakala Senior Rate RM6 sehari. Difahamkan, pegawai dibayar elaun sebanyak RM10 sehari.

 

Kapal sekecil bot ronda, bila shore leave di luar jeti Woodlands, hanya separuh anak kapal dibenarkan keluar. Untuk memudahkan pengendalian, pelepasan diberi kepada sama ada port atau starboard watch. Berbeza masa bertambat di Woodlands yang mengamalkan 4 watch.

 

Shore leave hari pertama aku bertugas di kapal. Pagi hari kedua, coxswain Husin ‘Daroya’ meminta aku menemaninya pergi ke pasar untuk membeli barang keperluan seperti ikan, sayur dan buah. Sebelum itu, dia mengajak aku singgah ke rumah kawannya. Terperanjat melihat tempat kediaman orang ini. Banglow besar tersergam indah membuat aku rasa kekok untuk masuk dan duduk di kerusi empuk. Di kampung dulu, aku cuma duduk bersila atas lantai. Rupanya pemilik ‘istana’ ini ialah ketua pengarah Radio Malaysia Kuching. Walaupun Husin ‘Daroya’ kelihatan selebet dengan air liur selalu menyembur semasa berbual, tapi PR nya cukup baik.

 

Setelah dua hari bertambat di jeti, dan aku pun sudah berpeluang melihat Bandar Kuching, kapal keluar meronda di perairan Sarawak. Kalau semasa belayar dari Woodlands ke Kuching, laut berkaca macam air di kolam, selama empat hari meronda, tengkuk selalu terasa berat. Kapal sebesar PC, pukulan gelombang 5 atau 6 kaki tinggi pun boleh membuatkan isi perut berlumba-lumba keluar. Antara kawan yang dikira kebal ialah Shuib. Gelombang macam mana pun dia masih steady. Razak tukang masak pula macam orang mengidam, sekejap sekejap tinggalkan galley keluarkan isi perut. Tapi tak boleh salahkan dia juga. Tempat yang paling mudah dapat mabuk free ialah di galley. Kalau setakat masak rebus tak apalah tapi bila kena menumis, bau minyak pun boleh buat orang meroyan.

 

Masa meronda empat hari inilah dapat melihat gelagat orang gila bayang. Kalau angau dengan perempuan aku tak hairan. Tapi bila asyik sebut dan cium gambar pondan, ini sudah kes berat. Ada senior sudah jatuh cinta dengan pondan berumur sekitar enambelas tahun hingga Wak Nasir bersuara, “Sudah lah tu, kau bagai nak rak cium gambar, dia kat sana seronok cium jantan lain.” Wak Nasir krew senior pangkal sebelas bolehlah buka mulut. Kami yang pangkal dua cuma jadi penonton gelagat orang mabuk ‘asmara’ terlarang.

 

Musaldin EM, Shuib RP dan aku bertugas waktu malam merenung skrin radar. Syif 8-12 tak jadi masalah, suif 12-4 masih belum membebankan - walaupun baru lelap sekejap dah kena kejut. Yang paling teruk syif 4-8. Tengah kuat berdengkur dikejutkan kawan. Setengah jam pertama dalam chart house punya lah mengantuk. Kekadang muka saja mengadap skrin, mata tutup. Fuh, sedapnya tidur duduk, story no use. Mungkin kerana masih junior, Shuib dan aku tidak sukar hadir di chart house tepat pada masanya. Bila sampai giliran Musaldin, ini yang susah sikit. Dua tiga kali turun naik tangga, bayang dia pun tak nampak juga. Setiap kali diulang dia janji, ”kau naik dululah, sekejap lagi aku sampai.”

 

Yang bertugas di bridge tak rasa mengantuk kerana dapat udara segar. Paling  menderita ialah kami yang bersengkang mata merenung sweep radar di skrin. Bila malam sudah berada di penghujung, barulah rasa segar. M.E. di engine room pula, telinga sentiasa bertutup dengan ear fender macam jurutera bunyi di bilik recording, sejuk macamana pun terasa panas. Sesekali M.E. bertugas naik juga ke geladak atas untuk menghirup udara segar.

 

Setiap setengah jam, OOW akan turun ke chart house ambil fix. Mula-mula aku panjangkan leher mencuri tengok macam mana dia orang ‘potong’ chart. Sebaik sahaja O.O.W. naik semula ke bridge sepantas itulah aku meneliti apa yang dibuat. Senang saja rupanya, bisik hatiku. Selang beberapa hari, bila coxswain atau N.O. bertugas, aku mengambil kesempatan mengambil fix, dan secara tidak langsung memudahkan tugas O.O.W.

 

Kalau duduk di chart house setakat mencari contact, kekadang habis watch pun tak ada kapal yang kelihatan. Tak sama dengan meronda di Selat Melaka. Belum habis mengira speed, course dan CPA (closest point of approach) dah ada lagi contact yang hendak di track. Lepas dapat butiran barulah beritahu OOW, “Bridge, contact green/red, speed, CPA…nautical miles”. Chih, speaking pula lah. Habis tu macam mana kalau dah begitu caranya masa dulu-dulu.

 

Tak taulah pula sekarang. Mungkin sudah dialih-bahasakan.

 

Masa dulu, voice communication pun guna Bahasa Inggeris. ‘UHF transceiver A43R’ yang tahan lasak selalu digunakan untuk berhubung sesama kapal yang berdekatan. Ataupun berhubung dengan kapal yang belum diketahui identitinya.

 

Di Sri Kedah aku belajar voice communication. “9 mike november mike, this is 9 mike november hotel, radio check, over” atau pun “how do you read me, over” Dah mula perasan pula ni.

 

Semasa di Sri Kedah jugalah aku mula menghafal nombor pennant dan kod komunikasi kapal-kapal TLDM. Masa ‘tu pun kapal berapa buah sangat. Asal rajin menghafal, tak jadi masalah. Selalunya bila OOW kelam kabut mencari senarai untuk mengenal pasti nama dan ‘kod’ kapal, aku sudah memberitahu namanya berdasarkan nombor pennant yang tertera di hadapan atau kod yang di dengar melalui voice communication. Cuma yang aku tak tahu, siapa senior diantara dua buah bot ronda. Kalau CMS (coastal mine sweeper) tak jadi hal kerana CO nya berpangkat Lt Cdr. Bab senior junior  ni pun boleh jadi isu. Kalau CO junior tak pipe kat yang senior, tak respect konon. Silap haribulan, berterbangan signal.

 

Lebih kurang dua minggu ulang alik dari jeti ke laut pesisir, tibalah masa bot meredah Sungai Rejang untuk bertambat di Jeti Marine, Sibu. Lepas ni boleh cerita macam mana kita singgah di rumah panjang dan dijamu air tapai.


Related posts:

  1. menyusur denai ingatan XVI
  2. menyusur denai ingatan XXXIII
  3. menyusur denai ingatan LVII
  4. menyusur denai ingatan XVII
  5. menyusur denai ingatan XV

15 Responses to “menyusur denai ingatan XIV”

  1. Presiden Says:

    wow…golf hotel..inilah first time mendengarinya..
    makan midin di Kuching pun nyaman..itu belum lagi terung asam di taman kereta

  2. Bekas TLDM Says:

    masih ingat lagi kawan kawan (EM) seperti
    Jaffar (baffalo Bill), Ariffin (Cowboy), Osman (tikus), Awang (sepekong)
    Speedy Das, Aziz (Mat Kampau), Akbar, Tukiran (Jawa), Billy, Musaludin, Kayon, Sobree (maniam), Kiew Din Choi, Sulaiman (tempe) Sulaiman (bomoh)

    (RM) Tukiman, Jalal, Big Chin, Small Chin, REA Chin Fatt, Lok foo San, Soon Kee Heng, Jaffar (sepak Takrau) Liew (pai kuat) Mah Chai, Soo Man Joy, Woo.

  3. xperak Says:

    Mr presiden,

    Kucing terkenal dengan ‘dayak’ n udang galah. Sibu dengan ‘iban’ n mi kari.

    Boleh story sikit pasal pantun anak dara iban “sungguh canti gadis sarawak, bila memakai baju kurung, duit sarawak pulang sarawak, balik malaya bawa tempurung” atau frasa “beramput nyamai, beranak berapi.”

    story no use.

  4. EX - RMN Says:

    Xperak

    U mesti biasa ronda di Mission Road, Sibu. Saya suka lepak di Padang Arapah - Sibu - lepas makan mee kari (pukul 12.00 malam Curfew) kena ballik ka base (Sri Rejang) di Simpang Tiga dekat dengan Kampong Nangka
    Agi Hidup Agi Nirup - Nama Berita nuan….

    bair aku parai - engai aku pulai

    mana kaki ku

    cerita lama lama - seronak mendengar nya

  5. admin Says:

    Kalau dapat jumpa kawan-kawan lama kan best. Friendship dalam Navy pada pandangan saya yang terbaik. Tak akan ada di luar.

    Jaafar buffalo bill simpan duit backdated tepi funnel. Masa nak ambil balik duit dah jadi abu.

    Ariffin cowboy meninggal saya sempat melawat dengan Jalal.

    Osamn tikus sama di KD Sri Tawau. Bertumbuk dengan Billy.

    Awang spekong sama di KD Sri Langkawi. Orang kaya sekejap masa Mat Kilau jadi bahan berita dia kena ekor nombor 0122 beli Volkswagon suruh POEM Akbar cuci dia bayar RM5. Tak sampai setahun bankrupt.

    Speedy Das atau speedy Gonzales macam robot slow motion.

    Aziz mat kampar penyokong masa saya gaduh dengan Mat kepala batu

    Akbar beli kereta Mitsubishi sport no plate JV40

    Tukiran jawa boleh jadi sifu Valentino Rossi

    Billy, marine businessman di S’pore yang saya sebut dalam article ‘craps of Temasek Review’. Lain kali saya cerita macamana dia menangis bila ‘Linda’ nurse orang putih putuskan cinta. Saya ada di kuil Geylang masa dia kawin tahun 87. Sekarang bachelor.

    Musaldin last jumpa gigi dah rongak. Pernah jadi superintendent di Texas Instrument.

    Kayon last year ada berbual menerusi telefon dari JB.

    Sobree apit kanan sepak takraw TLDM. Dengarnya doing well.

    Kiew siam, man with a ready smile

    Leman tempe kawan baik Ismail 2028, Leman bomoh bercakap dengan senyum

    Tukiman sekarang ni orang kuat masjid.

    Jalal tak habis2 dengan business yang tak menjadi. Last dengar dia buka bengkel ketuk kereta.

    Big Chin beli kereta Fiat 127 tak sampai sebulan accident di S’pore sampai kawan sebelah terpelanting keluar yg menyebabkan Loke jadi ‘one eyed jack’

    Jaafar pangkal 15, balik mech dari UK selalu buli Husin bonyo

    Mah Chai dan Big Chin sifu saya main mahjong. Mah Chai ‘ulcer’ dan saya dipaksa ambil PO coure dengan tak payah ambil PPE

    Soo Man Joy 2 tahun lepas saya jumpa betulkan peralatan di stesyen LRT

    Kenal tak Mat ropol? Kenapa gelaran tu lekat kat dia.

  6. xperak Says:

    Padang Arafah tu tempat krew KD Rejang tawaf. Lepas tawaf, ikut iban balik ’sembah yang’.

    Nama aje curfew pukul 12. Masa duty kat gate, belum-belum dah ada yang minta simpankan station kad. Balik dah nak siang panjat pagar.

    Macam mana Sibu sekarang ye? Masih dapat gelaran ‘heaven of the east’ tak? Yang saya ingat Omar bai. Lepas jumpa doktor kena injek, pastu macam orang baik2.

  7. Presiden Says:

    Ini sudah bagus !! Dengar kata Tawau itu syurga dunia !!

  8. xperak Says:

    Tawau tempat jin bertendang. Cowboy town. Ayam pencen yang orang tak pandang sebelah mata kalau di Sibu, tapi bila sampai kat Tawau, boleh niaga RM30 seround. Itu pun kena queue.

    Bila Filipinos dah mula banjiri Sabah, Tawau tahun 70 berbeza dengan tahun 76.

  9. EX - tldm Says:

    Masa bertugas sabagai OOD di KD Sri Rejang - selalu suka tunggu di celah celah pokok bunga dan dapat tangkap budak budak Navy yang suka “SON” - tidak bawak ka tengah - bagi amaran dan Warning saja.

    Mess Pegawai dan Mess Senior Rate di luar base Sri Rejang

    Ramai officers dan Senior Rates pun “SON” juga
    Fair and Square

  10. admin Says:

    Masa saya di sana, Senior Rate mess (lupa nama jalan) rumah sebuah dua tingkat. Seberang jalan ada tiga orang anak dara pak aji yang suka main lambai-lambai dengan Mat toyol.

    Ada seorang POSM beranak 4 buka gelanggang silat depan mess. Mula sampai, sembahyang tak tinggal. Lepas 2 bulan, class silat bubar dan sejadah simpan dalam almari. Anak dara Iban berambut perang umur 16 tahun punya penangan - makan tidur kat mess.

    Mes presiden, MCPOSM, sekarang menetap di Jengka. Saya jumpa dia balik jam 5 pagi jinjing kasut untuk mengelak bunyi tapak kaki. Bayangkanlah kalau mes presiden dan cikgu silat pun terlungkup, apakan pula orang bawahan.

    Seorang lagi PO (RO) angkut dry rations mess bawa kerumah panjang beri makan anak dara Iban umur 14 tahun. Lepas tu kena minyak dagu terpaksa balik Sibu minta nyawa kalau tak senjata sulit tak mau salute.

    Seorang lagi POSM konon mengajar ‘Kak Yati’, janda beranak satu, agama dan sembahyang. Last2, Kak yati cerita dengan saya macam mana dia mengajar orang alim ni teknik ’sembah yang itu’.

    Bestnya ingat cerita dulu-dulu.

  11. EX - tldm Says:

    Senior Rate mess - rumah sebuah dua tingkat. Seberang jalan ada tiga orang anak dara pak aji yang suka main lambai-lambai dengan kebanyakan senior rate yang solo

    (lupa nama jalan) kalau tidak silap nama jalan ia lah “Race Course Road”

    Berdekatan ada sa buah padang bola and Penjara Sibu.

    Masa saya di sana Senior Rate mess di- namakan “Wisma Alang Di Laut” olih MCPOSM (GI) Saad.

    Beliau di ganti olih MCPOSM (GI) Ghani

  12. admin Says:

    Memang terror ingatan. Kalau sampai nama jalan pun boleh ingat, apa lagi nama-nama ‘ration’ kat sana.

    Saad ‘toya’ kan? Yang saya maksudkan bukan dia. Lepas Tahir jampuk, Saad toya datang sekejap lepas tu MCPOSM nilah yang jinjing kasut pukul 5 pagi. Geli hati teringat insiden subuh tu.

  13. xperak Says:

    Kau orang senior rate untunglah tinggal kat rumah besar. Kita tinggal kat barrack, dahlah banyak nyamuk, kalau siang macam dalam sauna. Tu yang selalu lepak kat LCP.

    Ingat POSM Ali skipper LCP. Selalu tibai tinned ration boat dia. LCP pun boleh buat tempat beramput, kan?

  14. akulamd Says:

    Era 80an kalau balik subuh suruh pemandu teksi turunkan depan kilang Borneo Post.Kalau banjir sanggup keluar naik sampan.

  15. admin Says:

    “Kalau balik subuh…” buat apa balik subuh? Tawaf di padang Arafah ke atau iktikaf di rumah…?

    “Kalau banjir sanggup keluar naik sampan” manggawiakan pu-ut anak dara Iban. Fuh, nyamannya lah.

    Kih kih kih. sama hajalah urang anum bahari awan wahini.

Leave a Reply



How To Write Letter
bystolic drugviagra