menyusur denai ingatan XXIX
Aku terpegun menatap imbauan kenangan X KD Rahmat dan tldm60an. “My utmost respect for your elephant’s memory”. Tldm60an masih ingat nama penuh krew Cina KD Tanjung Merang dan XKDR pula masih belum lupa siapa EM di kapal itu. Memang kalian memiliki ‘ingatan gajah’. Bagaimana kalau kita berkongsi memori dan pengalaman untuk di poskan di sini?
EM Nanu mempunyai susuk tubuh yang sasa dengan blank file sebatang di sebelah bawah. Aku teringat cerita Nanu tentang ‘barang free’. Dia selalu mengadu kepada ku tentang tabiat aneh isteri seorang pegawai yang selalu memerlukan ‘khidmat’ membaiki lampu yang tidak rosak apabila suaminya pergi belayar. Dan perempuan ini tidak mahu EM lain. Nanu pula tidak pernah mengecewakan setiap kali lampu fluorescent tube pendek diperlukan.
XKDR memang boleh dikategorikan bertuah. Dua kali pergi UK. Itu tidak termasuk belayar kapal dan singgah di pelabuhan asing. Tak segan cerita dengan orang bahawa anda pernah bergelar ‘pelaut’ kerana boleh menjawab dengan mudah soalan cepu mas yang selalu ditanya orang awam “Sampai mana belayar?”
Aku? Sebab itulah tidak ramai kawan di luar TLDM yang tahu bahawa aku juga pernah berkhidmat dengan tentera laut. Kenapa? Aku tak tau nak cerita bila ditanya soalan yang sama, “Biasa sampai mana belayar?”. Nak ceritakan hal sebenar rasa kecut hati, nak berbohong takut pecah tembelang, jadi kenalah jawab “Alaaah, sampai Tawau aje.” Suara yang keluar pun macam tak bermaya.
Apa nak buat kerana ramai juga yang tidak bernasib baik seperti aku. Pun begitu, niat untuk mengenal laut sudah terlaksana. Kalau tak masuk navy, tentu tidak ada first hand experience dan tidak dapat membezakan antara mabuk free dan mabuk berbayar. Dan kalau tak draf ke KD Sri Terengganu, aku tak tahu bagaimana rasanya mabuk darat.
Masa mula-mula berkursus, 42 minggu terasa begitu panjang. Di hujung kursus, terasa begitu singkat. Beberapa hari sebelum tamat, kami sudah tahu nasib masing-masing. Aku kena terajang ke KD Sri Terengganu.
Seperti juga KD Sri Kedah, kapal yang akan menjadi istana terapung berada di Tanjung Rhu.
C.O. kali ini orang Melayu berasal dari JB. Namanya biarlah jadi misteri kerana ada insiden yang telah ku ceritakan dalam “RMN – my most treasured moment”. X.O. Sub Lt Chan Loong Kee, manakala N.O. masih ditunggu ketibaannya. POME Lajat, Coxswain Mat ‘Belolok’, LRME Wak Nasir, Buffer Mat Aris, ABEM Kadir Gajah, ABME Musa ‘Hero Tamil’, Victor Lloyd, Mat Da’oh, ABSM Salih Gila, Sahak ‘Ganja’, Mas’od, Ehsan, Koay RP, Cook Joe Lingham, Steward Laji, ABRO Amir dan ODRO Hamid ‘Jampuk’.
Cook Lingham, pemain pertahanan pasukan bolasepak TLDM diberi gelaran glamour ‘Joe’ oleh Salih dengan harapan dia selalu bersemangat menghidangkan masakan yang menyelerakan.
Victor Lloyd baru minggu lalu aku mendengar cerita tentangnya - masih lagi mengamalkan budaya happy hour dengan Kayon. Steward Laji adik kepada Lajis, cook yang paling disenangi anggota TLDM baik junior rate mahu pun senior rate. Sahak mendapat jolokan Ganja bukan kerana tabiatnya tapi kerana kuat merokok Lucky Strike atau Camel hingga matanya merah macam orang mabuk ganja. Musa mendapat gelaran Hero Tamil kerana suka menonton filem Hindi dan jambulnya berlengkar persis pelakun Hindustan era itu.
Dua minggu di Tanjung Rhu kena makan di luar. Masa Sri Kedah berada di limbungan, sebungkus nasi boleh dibeli dengan harga 50 sen tapi dua tahun kemudian sudah naik 60 sen namun victual elaun tetap sama – seringgit sembilan puluh lima sen sehari atau 58 ringgit sebulan. Elaun ini tidak berubah hinggalah hari terakhir aku berada dalam TLDM.
Sebelum belayar, aku bersama kawan pergi ke Sungei Road untuk membeli pullover terpakai ‘RN’ yang jauh lebih tahan dan smart dibanding dengan pullover ‘nelayan’ yang dibekalkan oleh TLDM.
Bila difikir-fikir, timbul pertanyaan, kenapa uniform yang dibekalkan pada waktu itu begitu rendah mutunya? Mungkin ada sesuatu yang tidak kena. Perbezaan kualiti uniform biru RMN dibanding dengan RN, macam langit dengan bumi. Begitu juga dengan baju putih square neck. Rakan sama batch dapat square neck dari kain putih kasar dengan warna lace biru yang mudah pudar. Mungkin kerana masih ada stok lama bersaiz besar, square neck yang aku miliki diperbuat dari kain halus dan warna lacenya tahan - terasa begitu selesa di badan.
Setelah beberapa kali keluar masuk limbungan, kapal kembali ke MBJ. Masa inilah Cox’n meminta volunteer pergi ke padang sasar Majidee untuk mengambil bahagian dalam pertandingan menembak individu dan antara PC. Kapal kami mendapat ‘piala’ sebagai juara bukan kerana kami terror menembak tapi semata-mata kerana kapal KD Sri Terengganu sahajalah yang mengambil bahagian. Masih ku ingat tulisan yang tertera di kaki cup berwarna hitam “best PC winner”.
Setelah hampir sebulan meronda di Selat Melaka tanpa N.O., kami menerima kehadiran seorang midshipman Melayu yang baru balik dari Britannia Naval College UK.
Suatu malam, ketika meronda di Selat Melaka, C.O. meminta dia mengambil three-point fix untuk mengetahui kedudukan kapal. Masa itu aku sedang bertugas merenung skrin radar di chart house syif 8 -12. Bila C.O. turun dari bridge untuk memeriksa, dia menepuk dahi kerana chart yang ‘dipotong’ N.O. menunjukkan kapal berada di atas pulau. Marah betul C.O. bila midshipman yang sebangsa dengannya selamba mengesahkan bahawa fix yang diambilnya adalah betul.
Mungkin kerana kecewa atau marah, C.O. meminta aku mengajar N.O. cara mengambil fix dan ‘memotong chart’. Bercelaru kepala…seorang ABRM yang tidak pernah belajar navigation diarah mengajar seorang midshipman yang sudah tamat berkursus di seberang laut.
Balik ke MBJ, dan entah apa yang C.O. lakukan, N.O. mengucapkan selamat tinggal dan tempatnya diganti oleh Midshipman yang sama pangkal nama dengan X.O. - Midshipman Chan.
Difahamkan, selepas draf keluar kapal, dia mengambil kursus dan meneruskan kerjaya dalam TLDM sebagai penyelam - diving officer. Satu tindakan bijak kerana sekurang-kurangnya dapat mengurangkan jumlah kapal yang bertukar kepada tukun tiruan.
Related posts:

March 1st, 2010 at 9:26 am
Bagaimana kalau kita berkongsi memori dan pengalaman untuk di poskan di sini?
Mr. Admin
Bila bila masa jikalau saya ada informasi tentang peristiwa dan “true stories” of life in “RMN” at Woodlands Singapore 27.
You sempat sampai juga ka East Malaysia ada RMN personnel tidak sampai ka mana mana luar dari West Malaysia
Selalu attached dengan IMS- Inshore Mine Sweeper(Tumasek, Langkasuka.Jerong,Todak.Perlis dan Johore.
March 1st, 2010 at 11:48 am
Mr admin, kata pepatah tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. sungguhpun perkhidmatan saya dalam tentera laut hanya tiga tahun sahaja, tetapi dalam masa yang singkat inilah banyak pengalaman yang pahit manis telah saya harungi. Saperti saudara, saya juga mendapat tentangan ibu dan bapa semasa nak mendapatkan tanda tanda tangan ayah untuk merestui saya masuk tentera laut. Saya masih ingat betapa ibu menangis tiap tiap pagi mengadap saya supaya membatalkan sahaja hasrat untuk memasuki tentera laut. Tapi diatas kecekalan diri untuk menawarkan khidmat kepada negara yang sedang berhadapan dengan konfrontasi , dapat juga saya mengesa ibu mendapatakan tanda tangan ayah dihadapan ADO Kuala Pilah. Seperti saudara, saya pun mengalami keadaan yang sama apabila Tanjung Merang naik slip di Guan Bee Slipway di Tanjung Rhu. Disinilah kita tahu siapa kawan yang sejati, kerana gaji yang diterima hanyalah RM15 setip dua minggu, (separuh dari gaji telah dibuat allotment untuk ibu dikampung). Disinilah saya dan Jeffri selalu berkongsi sebungkus nasi mamak untuk makan sementara menunggu hari gaji. Kalau rokok tu perkara biasa lah, sebatang boleh berkongsi dengan sampai 7 orang. Kemasukan saudara dalam tentera laut satelah mendapat Gred yang elok dalam Senior Cambridge yang boleh menjamin pekerjaan yang lebih baik, manakala saya pula masuk selepas menduduki pepereksaan Senior Cambridge tetapi sebelum keputusan dikeluarkan. Inilah cara nya kita menunjukan cinta kita kepada negara pada masa itu. Sekarang saya tak tahulah kerana negara kita aman tiada konfrontasi dan ancaman komunis yang patut di tentang. Kalau adapun ops yang kecil kecilan disana sini.
Saya berharap agar saudara akan terus menulis dalam blog ini dengan harapan pengalaman saudara dapat kita kongsi bersama terutama dengan anggota tentera yang sedang berkhidmat sekarang. Kalau boleh sematkanlah gambar gambar kapal TLDM yang saudara penah bertugas agar dapat kita kongsi bersama. Salam hormat.
March 1st, 2010 at 4:38 pm
Saya tertarik membaca pengalaman XKDR dan tldm60an pula mengingatkan saya kepada keresahan ibu bapa di era 60an…Dan akan saya ulas pada episod MDI 30 nanti.
Dalam ratusan, malah ada masa tertentu ribuan pengunjung blog ini setiap hari, ramai yang mengikuti MDI. Maka itu, saya mengalu-alukan ‘perkongsian pengalaman’ tidak kira dari era mana pun. Saya tidak membataskan kepada era tertentu sahaja. Saya juga ingin mendengar pengalaman Akulajuki, Akulamd/Zemi (Banjar), X Perak dan banyak lagi yang pernah memberi pendapat atau komen…Mungkin pengalaman berbeza dengan kami namun pakaian seragam yang kita pakai serta laut yang kita ronda tetap sama.
Setiap hari saya memantau “Referrers, Search Engines dan URL” yang menjadi pandu arah ke blog ini. Search Engines yang paling popular ialah Utuh paloi, Menyusur denai, KD Malaya, TLDM dan nama-nama kapal, disamping Referrer dari ‘blog forum’, facebook dan blog2 lain yang memposkan tulisan ini dalam blog mereka.
Kenapa saya terangkan? Hari ini dalam “search engine” ada satu frasa yang mencuit hati… “anggota TLDM hisap kote”. Teruknya…tapi krew KD Sri Langkawi 71 -72 tentu biasa dengar kisah seorang EM lembut yang sudah berkahwin dan ada hobi aneh.
March 1st, 2010 at 8:52 pm
Terima kasih atas pelawaan tapi sebenarnya saya sungguh malas berfikir. Saya lebih suka mengikuti coretan saudara dan berharap dapat diteruskan. Syabas.
March 2nd, 2010 at 4:51 pm
Wau, machonya encik admin. Macam sya pernah nampak diMBJ. Belum ada pelekat kiri kanan lengan maknanya masih dalam latihan lah. Saya pun macam xperak, x pandai tulis panjang2, jadi pembaca setia bolehlah.
March 2nd, 2010 at 6:05 pm
Mr Admin, memang handsome orangya, sahlah kita satu angkatan semasa rekrut dulu. saya Basic Six dibawah CPO Osman Radio Malaya (kebanyakan budak budak Comms dalam Class ini) dan Seaman 140 Class dibawah CPO Partington. Lepas tu masuk RP3 Class dan kena draf ke Coast Guard berpusat di KD SINGAPURA di Telok Air Basin. Saya pernah di tugaskan ke Pulau Sakra dan Bedok Radar Station. Encik Mustafa kupit adalah ketua kami di Sakra.
March 2nd, 2010 at 8:41 pm
Rekrut terbaik, ada kelulusan dan susuk tubuh tapi menolak jadi pegawai. Kenapa?
March 2nd, 2010 at 10:56 pm
Itu kan potret Aiman, teman karib Admin.
tldm60an anak murid Osman Radio Malaya? Baru semalam saya berbual menerusi telefon dengan menantunya, MCPO Shipwright Haron dari JB. Dia ada senarai pesara TLDM Johor, dan nama Jefri tidak ada.
Basic 6…RO Zabidi tukar cawangan ke ME berbiras dengan RO Ismail ‘bingo’ masih keep in touch dengan Zabidi. Syed Osman. Fadzilah antara nama yang masih saya ingat berada di basic 6, tapi tak tahu di mana mereka sekarang.
Bila saudara kata Basic 6, barulah terjawab kemusykilan. Saya terfikir macam mana saudara selalu duduk berborak di depan katil saya kalau bukan sama intake. Kalau saudara masih ingat, writer Mustapha, Ghazali, Rahmat dan Yusuf Putih (yang pitam selepas derma darah di sick bay) adalah antara rakan rekrut yang rapat dengan saya ketika itu.
Mustapha baru buat bypass, Ghazali lutut jam, Rahmat dah takde, Yusuf tak tau di mana dan saya, masih perasan muda kerana boleh berjalan 6km di bawah 60 minit dan masih berselera sarapan nasi sejuk lauk ikan masin seperti di kampung dulu.
March 3rd, 2010 at 1:26 pm
Menantunya Osman Radio Malaya, MCPO Shipwright Haron bersama saya di KD Sri Rejang (Sibu) masa itu dia perpangkat PO dan sama sama saya berlabuh di Wisma Megat Alang di Laut (No: 22 Race Course Road, Sibu, Sarawak.)
Kita kadang kadang cam rupa tetapi tak ingat nama – Anggota anggota RMN/TLDM selalu di panggil dan di kenali orang orang dengan nama/title glamour dan chun – seperti title
Rahim Merah, Jaffar Baffalo Bill, Jaffar Sparrow, Osman Tikus, Speedy Das, Awang Sepekong, Ariffin Cowboy, Yusof Jonah, Yusof Papan, Mat Playboy, Rahman Cincalok, Rahim General. Yusof Bagong, Aziz Jambu, Hassan Comot(Comel), Din Gempar dll.
Mana dia orang berada sekarang. Saya pernah jumpa Latif (anak buloh betong) di KL tiga tahun yang lepas.
March 3rd, 2010 at 4:42 pm
Mr Admin saya juga seperti xperak mengucapkan terima kasih atas pelawaan,malang nya masa agak terbatas dan amat mencemburui buat saya meluahkan pengalaman yang cetek ini.Saudara berkata mungkin pengalaman yang berbeza namun pakaian seragam yang kita pakai serta laut yang kita ronda adalah sama.Bijak sekali perkataan MUNGKIN yang saudara ungkapkan.
Semasa era awal 80an saya masih lagi berkesempatan memakai pakaian seragam seluar pendek keras berkanji dan baju square neck(kami panggil baju Saloma) sekarang pakaian no1 sudah tidak menggunakan baju square neck.Telah banyak perubahan pakaian seragam tldm sekarang.
Dalam hati hasrat untuk meluahkan pengalaman yang dangkal ini tetap ada,tetapi seperti yang saya katakan masa adalah menjadi penghalang buat masa ini.Apa pun blog Utuh paloi menjadi sebahagian Bookmarks saya.HIDUP KULAAN.
March 3rd, 2010 at 6:40 pm
Utuh paloi banjar Johor,
Membacha lebih senang tak susah nak pikir. saya sangat hargai usha saudara tapi kalu nak tulis, maaflah banyakbanyak. pikir banyak naik pulak blood presure. Teruskan, saya tetap jadi pembacha setia.
March 3rd, 2010 at 9:12 pm
Zemi/Akulamd,
Akulamd amun dipitihi baarti pian MD atawa baniaga saurang. Bujurlah? Apapun saya ucapkan tahniah dan menumpang bangga kerana orang Banjar sudah pandai berniaga. Ulun pulang hudah tuha bangat kada kawa lagi bagawi kaya andika. Tu pang jadinya mahadap laptop mahadang dipatak bawah tanah.