menyusur denai ingatan XXVI
Dalam usaha mengabadikan memori sepanjang 13 tahun menyarung pakaian seragam RMN, rupanya masih ramai watak serta insiden yang pada satu ketika dulu pernah mewarnai jalan-jalan kenangan. Mujurlah ada teman yang sudi memberi komen sehingga yang terperosok jauh di dalam Hard Disk dapat dipindah ke dalam RAM (Random Access Memory). Terima kasih teman.
Kisah bermain terup keling misalnya. Aku terlupa denda penyepit baju hinggalah teman ini menyebut. Kita gelak melihat telinga lawan merah padam disepit tapi apabila tiba giliran sendiri, lawan pula yang gelak besar. Rahman ‘Bosang’ juga sudah luput dari ingatan padahal dia pernah menjinjing tool box masa menjadi pembantu jetty party. Begitu juga dengan ODRM yang pernah membantu mengendali seksyen transceiver GSB900 di bengkel radio FMU (Fleet Maintenance Unit) Woodlands.
Tahun 1996, semasa veteran TLDM melawat kapal yang bertambat di jeti Lumut, aku disapa seseorang, “Chief ingat saya lagi tak?” dia menegur ketika aku sedang melangkah kaki ke gangway. Setelah melihat aku kebingungan, dia menyambung, “Ingat lagi tak masa chief buat ‘tayangan istimewa’ waktu lunch break. Orang lain kena bayar dua ringgit, tapi saya dikecualikan.” Aku tersenyum sambil memegang bahunya meminta maaf kerana tidak dapat mengingati. Yang membuat aku geli hati, dia masih ingat bagaimana aku mengecualikan bayaran untuk tayangan special hari itu - tuga hitam putih tiga warna. Pelik tapi benar, kenangan dikembalikan oleh insiden yang pada ketika itu tidak terfikir akan dikenang.
LRRM Rahman Turki (tiga digit) juga berada jauh dalam recess hard disk. Kalau tidak terbaca komen semalam, mungkin insiden masa kami sama-sama mengikuti kursus LRRM akan luput dari ingatan. Suatu petang, sedang bersiap untuk balik ke blok kediaman, tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Jarak antara ‘I’ blok dan ‘A’ blok tidaklah jauh tapi tidak juga dekat. Rahman ini unik orangnya. Kemana saja dia pergi, payung tidak pernah ditinggal. Dia bukan sahaja berpayung untuk berlindung dari hujan tapi juga menggunakannya untuk berlindung dari terik matahari – macam puteri lilin pula. Petang itu hanya dia seorang yang ada payung. Memandangkan dia pun rapat dengan aku, maka terbukalah mulut, “Tumpang payung Man”. Sangkaan untuk mendapat simpati bukan sahaja meleset tapi menerima tamparan pula “Lain kali jangan lupa bawa payung.” Selamba dia membuka payung dan berlalu pergi.
Satu lagi yang hampir terlupa ialah tentang kehadiran dua orang direct entry di kelas kami. Dua orang POREA, M2978 (Melayu Utara) dan M2979 POREA Hor bekas pekerja awam yang diterima masuk ke dalam RMN dan terus diberi pangkat PO. Entah apa kemahiran dan kelulusan mereka, kami pun tak pasti. Yang pasti, mereka berdua berlumba-lumba untuk menghuni petak belakang setiap kali peperiksaan. Hairan bin ajaib, bagaimana RMN begitu mudah menerima kemasukan direct entry tanpa menguji kebolehan dan kemahiran mereka. Akhirnya, POREA Melayu tersebut mengambil keputusan bijak – dari terus menjadi kera sumbang, lebih baik berhenti. Bagaimana pun, Hor dapat menyesuaikan diri dan dianugerahkan ‘jam pekak’ enam tahun kemudian.
Selama ini aku banyak bercerita tentang kenakalan orang lain sedangkan diriku seolah-olah seperti malaikat. Tidak dinafikan, tahun pertama dan kedua, aku masih seperti kain putih yang belum tercalit warna. Namun, seperti manusia lain juga, aku tak dapat lari dari kenyataan. Yang membezakan aku dengan ‘setan-setan’ lainnya ialah prinsip. Aku belajar dari peristiwa off-cap di Sri Kedah. Kalau tidak boleh mengelak dari membuat salah, pastikan cover your tracks. Apa maksudnya?
42 minggu di pusat latihan bererti minima 10 kali division. Jemu (bosang) juga berjam-jam terpacak di padang kawad bermandi peluh menonton ritual. Sesekali timbul keinginan untuk memonteng. Tapi di mana? POSM Siron (jalan berenjut) dan anak buah selalu meronda di blok untuk menangkap mereka yang tidak hadir division tanpa sebab. Habis tu macam mana? Otak ligat berfikir mencari idea.
Sudah lama aku memerhati tangga besi yang melekat di dinding pada setiap hujung wing blok ‘A’ dan blok ‘B’. Ia memang unik kerana mata tangga bermula dari ketinggian enam atau tujuh kaki. Kalau orang rendah atau berbadan gemuk tidak mungkin boleh mencapai apatah lagi mengangkat badan untuk membolehkan tangga dipanjat. Petang Jumaat itu aku cuba paut dan panjat. Mungkin kerana badan ringan (148 pound) dan tinggi (hampir 6 kaki), tidak menjadi masalah untuk aku mencapai mata tangga terbawah dan mengangkat badan untuk naik ke atas. Rupanya, di atas ada tangki air dan slab konkrit. Kalau setakat dua orang, boleh baring dengan selesa. Dan di situlah aku berada pagi Sabtu berikutnya.
Dari tempat istirehat, aku dapat mendengar bunyi kasut PO Siron lalu di bawah. Dia puas hati agaknya kerana pemeriksaan dari dormitori A1 hingga A6 termasuk di atas bumbung tidak menemui seorang pun junior rate ponteng. Apalah agaknya jenis ‘tuduhan’ yang diterima kalau kena tangkap?
Hingga habis kursus aku tidak pernah memberi tahu siapa-siapa pun tempat penginapan rahsia waktu division.
NOTA:
Sedang mengemas-kini coretan, aku terbaca komen seorang bekas anggota TLDM yang ku ‘copy & paste’ di bawah ini.
Tuan Hanef,
Kita saling mengenali. Masih boleh bayangkan perwatakan saudara. Orangnya smart, menguasai Bahasa Inggeris dengan baik dan memang layak ditauliahkan sebagai pegawai. Mungkin saudara sama batch dengan EM2030 Kiew (Siam). Dia selalu komen dalam blog ini.
Kalau tuan membaca “MDI VI” dan komen di bawahnya, mungkin dapat mengenal siapa penulis blog. ‘We used to chit chat. I still remember that’.
ABRP 1909 Says:
February 9th, 2010 at 7:36 pm edit
Brother, your writing has brought a wave of nostalgic memories of my short stay in RMN. I sincerely would like to know you because I think we are from the same intake though I joined slight earlier than you (Feb 65)as an apperentice. Perhaps you might remember Hanef. I left the Navy in Jul 67 for my cadet training in Royal Military College Sungei Besi and was commissioned to the Armouerd Corps in Feb 68. I left the service in March 2001 after 36 years of service. Hope to hear from you soon. Salam hormat.
Related posts:
February 10th, 2010 at 2:33 pm
Seronok mengikuti cerita TLDM Woodlands. Pak sedara dulu pun pernah service disana tapi tak pernah tanya tahun bila dan cawangan apa.
February 10th, 2010 at 6:14 pm
“Cover your tracks’…bos saya dulu kata “kalau nak langgar undang2, buatlah macam berjalan di atas batu, tak nampak bekas. Kalau jalan atas pasir tentu mudah dikesan”.
February 10th, 2010 at 7:30 pm
Goodness, how did this fellow skip my memory? Rahman ‘Bosang’ hidden deep in the recess of my hard disc - now he is appearing in my RAM.Bila bercakap. Pekat dengan loghat Terengganu.
Your memory is fantastic. Belum kena virus agaknya, atau sudah di ‘format’.
Saya punya memory “ORI” dari OEM “Original Equipment Manufacturer” Bukan memory clone dari “Low Yat Plaza”
Lagi satu memory bank saya ada banyak spare memory space atau RAM. Otak saya tak banyak di pakai OR saya tak banyak pakai otak untok mekejar dan mencapai kemajuan sendiri, I am happy as an ABEM tua (less responsibility)
Anyway I really appreciate you for taking all the troubles, having the patience, time and interest to put all your memory of life in RMN in a readable format for all to share.
Be rest assured that my comments are all constructive base on facts and figures and I do not mean to offend anyone at all.
Keep up the excellent work and keep on going with more stories for everyone to share especially the Ex-RMN/TLDM personnel. Thank you for bring back fond memories of RMN/TLDM
You get my sincere and honest salute – Thank you Sir
The giving of Salute and addressing of Sir while in RMN may sometimes being not intentional but by force. Respect comes from the heart and not by force
Regards, best wishes and Kong Hee Fatt Choy to all Chinese (Ex-RMN especially – Big Chin, Liew Pai Kuat, Loke Foo San, Soon Kee Heng, Micheal Woo, Soo Man Joy, Mah Soon Kee (Mah Chye), Lim Teik Seng(Chaw Hu) Ooi Ah Tong, Chong Beng Chun, Ong Wei Juan, Gim Kah Leong, Shipwright Apek Taik and etc.
Tokong siam, Kucing Siam,Kiew (siam), Ismail Tengkorak, Speedy Das dan lain lain pun boleh tumpang sa kaki kongsi raya
February 10th, 2010 at 10:31 pm
Brother terimakasih diatas respon . Tak payahlah nak bertuan tuan dengan saya, kan kita kawan. Sabenarnya saya baru terjumpa website ini dan saya sungguh seronok membacanya, kerana cerita yang dimuatkan adalah betul kepada peringatan saya, terutama cerita Usup Jepun kena tumbuk oleh kawan nya Saleh. Peristiwa itu masih segar dalam ingatan saya. Banyak lagi cerita yang terdapat dalam blog ini yang belum sempat saya baca, akan saya baca semuanya kerana saya sungguh meminatinya. Untuk pengetahuan brother, saya dah jadi member Persatuan Bekas Tentera Laut Cawangan Negeri Sembilan. Yang diPertua kami ialah Intake kita juga, bekas RSM Tentera Laut Ismail Pondot. Persatuan kami di Negeri Sembilan ni aktif nampaknya, penaung kami pun Dato seri Utama Mohamad Hj Hasan, MB Negeri Sembilan. Saya berharap kita akan dapat berjumpa. Just let me know where. Salam hormat dari saya.
February 11th, 2010 at 6:19 pm
Rasa teruja mengikuti cerita orang lama. Jauh beza dengan kehidupan orang laut hari ini. Woodlands dan Lumut…dua dunia yang dipisahkan oleh waktu. Saya pun baru terjumpa blog ini dalam google. Terima kasih.
February 11th, 2010 at 9:46 pm
Yusuf Jepun dikenali sebagai Yusuf Diver setelah dia mengambil pengkhususan sebagai penyelam. Pernah beberapa kali melihat dia berlakon drama TV pada tahun lapan puluhan.
February 13th, 2010 at 11:26 pm
Sir
Can you tell me Sh Ot rock in Tawau ?
February 14th, 2010 at 11:46 am
xcman93,
On the rock? you mean pure - no coke, no soda and what not. Just Ice. Or no ice at all?
February 14th, 2010 at 7:29 pm
Terima kasih mengenai update tentang Yusup. Izinkan saya menggunakan forum ini untuk mencari kawan baik saya yang sekapal di KD TANJUNG MERANG. Beliau ialah saudara Jafri Joned, kalau tak silap nombor beliau ialah M2203(stoker). Dari stoker beliau telah bertukar menjadi pemandu. Beliau ialah budak Kluang. Saya sudah puas bertanya kan rakan rakan yang kenal beliau, ada yang mengatakan beliau pernah dilihat di JB. Jadi kalau ada antara saudara tahu dimana kawan ni berada saya mohon beritahu saya melalui forum ini. terima kasih
February 14th, 2010 at 8:26 pm
Jefri Joned K2113, dari Stoker bertukar kepada ‘pilot’. Begitu juga dengan Latif K2101 dan Shahril (Majid) K2102.
Majid berasal dari Kota Tinggi, Latif dari NS dan Jefri berasal dari Air Hitam.
Kali terakhir saya bertemu Majid 10 tahun lalu ketika anak kami sama-sama menyertai peraduan memancing di Kolam Sea Lion, Port Klang. Menurutnya, Jefri menetap di JB.