menyusur denai ingatan XXXII
Amat bersetuju denag xPerak. Memang informasi yang tidak ternilai.
Saya cuba ‘google’ KD Tanjong Merang tapi tidak dapat maklumat terperinci. Google membawa saya kepada ‘Memories – Operations at Sea’, dan terjumpa komen ringkas dari tldm 60an. Dalam laman sesawang tempatan juga tidak banyak maklumat tentang kapal ini. Sekembali ke blog UPBB, saya terlihat tulisan berikut yang ingin saya abadikan, dengan sedikit touch up sebagai artikel. Terima kasih tldm60an kerana sudi berkongsi maklumat dan pengalaman.
“Saudara Admin, sebenarnya saya segan nak bercerita kerana pengalaman saya dalam tentera laut adalah terlalu singkat jika dibandingkan dengan saudara-saudara kita yang lebih lama berkecimpung. Saya sepatutnya membaca cerita mereka kerana era meraka adalanh lebih interesting dan canggih dari saya. Namun, untuk menjawab soalan saudara, saya cuba ingatkan kembali.
KD TANJONG MERANG adalah ‘Penang Governors Yatch’ yang di pinjamkan kepada TLDM semasa konfrantasi. Difahamkan satu set anak anak kapal telah mengambil kapal ini di Pualu Pinang dan kawasan rondaanya adalah di sekitar pulau itu sahaja sehinggalah kapal ini dipindahkan ke Singapura. Ia telah dipasangkan dengan ‘Oerlikon’ sebagai main gun, dan HBSLR di kiri kanan bridge selain dari personal weapons. Kapal ini kecil sedikit dari PC dan mempunyai kelajuan maksima kurang dari 10 knot.
Saya masih ingat lagi disuatu pagi semasa kami berada di perairan antarabangsa di daerah Kukup, sebuah kapal selam TNIAL, KRI NAGA RANGSANG tiba tiba muncul jauh di belakang kami. Sedikit demi sedilkit kapal selam tersebut telah menghampiri dan seterusnya memotong kami. Begitulah gambaran betapa ‘lajunya’ KD TANJONG MERANG.
Seangkatan dengan saya berkhidmat dikapal ini ialah Lt Thiruchandran (CO), S/LT Loke Kok Cheong(XO), CPOSM Kamarudin ‘SUGGEST’ (Coxwain), POME Mansor , LRSM Hamid (buffer), LRO Zainudin, LME Woon Ah Kiat, ME Jeffri, ABSM Md Zain (gunner), ABSM Razak, ABSM Chuan (pekat dengan loghat Kelantanya), RO Mokhtar, Steward Mokhtar Kamo, Cook Adnan, EM Victor Nanu dan ‘yours truly’ sebagai ‘Radar Plotter’. Kawasan rondaan TANJONG MERANG adalah terbatas kepada perairan Pulau Pisang ke Batu Putih.
Semasa dalam operasi, kapal ini akan slip off dari Ruthenia Jetty ke Telok Air Basin dan stand off di sana pada waktu siang. Kapal akan slip off pada tiap tiap petang ke kawasan rondaan (depending on the patrol area, the further the area that we are to patrol, the earlier we will slip off). Mungkin kerana saiznya yang kecil dan kebolehanya yang terbatas, kawasan rondaanya di hadkan di sekitar Selat Singapura.
Sungguhpun kecil, semangatnya tetap kental kerana pada suata hari semasa meronda di perairan Singapura, kami telah medapati sebuah kapal ronda Indonesia berada di dalam perairan kita. CO telah mengarahkan LRO memberi tahu kapal tersebut keluar dari kawasan kita, tapi kapal tersebut berdegil. CO telah mengarahkan MD Zain menembak kapal tersebut. Menyedari dirinya ditembak, kapal tersebut telah ‘full ahead both engines’ tanpa memandang ke belakang lagi. ‘For that I salute LAKSMA Thiruchandran’ (bersara).
Kami telah memulangkan KD TANJONG MERANG kepada Shahbandar Port Klang setamatnya konfrontasi. Anak-anak kapalnya telah balik ke KD MALAYA Woodlands dengan menaiki kereta api dan dari sinilah kami berpisah.
Sekianlah tamatnya riwayat KD TANJONG MERANG yang hanya tinggal kenangan sahaja kepada anak-anak kapalnya. Terima kasih. Salam.“
NOTA ADMIN:
CO bangsa India, XO bangsa Cina dan krew dari pelbagai bangsa, tapi semangat juang mereka benar-benar memberi erti kepada peribahasa “Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung”. Syabas.
Related posts:
March 5th, 2010 at 10:16 pm
Saudara Admin, saya merasa terharu diatas komen yang saudara dan X perak berikan. Itulah pengalaman yang dapat saya kongsikan sebagai mengigati KD TANJONG MERANG yang telah menyahut panggilan ibu pertiwi semasa khidmatnya diperlukan. Ia tidaklah segagah mana jika dibandingkan dengan kapal kapal lain dalam TLDM. Oh ya, cabin anak anak kapal KD TANJONG MERANG semuanya berhawa dingin. Salam
March 5th, 2010 at 10:45 pm
Itu komen ikhlas. Wujudnya Tanjong Merang dalam TLDM kerana kedaulatan perairan negara terancam. Walaupun kecil dan serba kekurangan, namun khidmat baktinya setanding, kalau pun tidak melebihi kapal-kapal yang lebih modern. Apa yang penting keikhlasan dan keberanian CO, XO dan krew. Kapal kecil seperti inilah yang sepatutnya menghias muzuim TLDM.
XRAHMAT,
Anda juga pernah bertugas di kapal kecil seperti IMS dan kapal besar tapi tua seperti LCT. Kalau boleh, ceritakan bagaimana seronok atau sangsaranya kehidupan masa itu.
Dan kalau ada gambar-gambar lama, bolehlah kita ’share’ dan muatkan di blog ini. Saya sebenarnya tidak ada gambar kerana masa itu saya pun tak ada kamera. Saya pernah pinjam kamera Yashica M2441 untuk mengambil gambar semasa bawa GF melawat KD Rahmat, tapi disebabkan (bloody fool) tak tau guna, dari 36 keping filem, hanya 5 keping yang jadi. Selainnya blank.
March 6th, 2010 at 10:04 am
Very interesting read. Frank views and life from the lower deck. Keep going.
March 6th, 2010 at 11:24 am
XRAHMAT,
Anda juga pernah bertugas di kapal kecil seperti IMS dan kapal besar tapi tua seperti LCT. Kalau boleh, ceritakan bagaimana seronok atau sangsaranya kehidupan masa itu.
Saya di loan draft ka KD Sri Johore (IMS M-2602) menganti LREM Mat Kassim yang pergi “resettlement interview” Apabila saya tiba di KD Sri Johore , maka ia pun terus sail off dari RJ (Ruternia Jetty) untuk patrol
Ada sabuah kapal yang sentiasa di tambat di RJ ia-lah MRC 1401 (Maintenance Repair Craft) dan sa-orang dari Crew MRC ia lah ME Yunan (official number M 7- one digit only) and buffer nya ia lah Leading Seaman dengan official no J 11.Bekas Perang Dunia Kedua
Masa rondaan dengan Sri Johore, bertembong dengan kapal tentera Indo, apa lagi “action station” lah crew KD Sri Johore dan mengarah kapal Indo keluar dari perairan Malaysia.
Waktu malam tak senang tidor – duty watch sabagai Radar Plotter dan tambah lagi dengan boarding station (barter trader indo, di suruh naik ka Sri Johore untuk investigation.
Tidor dalam mess sauna – mandi dengan air sa baldi sa orang.
Bila naik ka darat badan bau kapal dan bau minyak.
Sekali lagi loan draft ka KD Sri Langkawi (L4043 Landing Craft Tank) CO nya Lt. Cdr dan nama gelaran “Goldfinger” sangat suka sail off dari Jetty pada watu subuh atau pun lebeh awal lagi (pukul lima pagi) Orang nya tidak selalu dan jarang jarang bercampur dengan crew. Sailing time dari Port Kelang ka Pulau Labuan mengambil masa lebih kurang 8 hari (se belum tidur malam nampak Pulau Botak di hadapan kapal –esok pagi bungun dari tidur nampak Pulau Botak di belakang kapal – itu lah kelajuan ri Langkawi masa itu
KD Sri Langkawi ia lah kapal Royal Navy yang Malaysia ambil alih dan di bawak balik ka Malaysia dari Malta. EM Basil dan LREM Foo di antara crew electrical department KD Sri Langkawi. XO nya agak nya Lt G.E. Issac, dan dia pun pick up trend “Goldfinger” yang suka sail off dari jetty waktu pagi buta.
Dan kalau ada gambar-gambar lama, bolehlah kita ’share’ dan muatkan di blog ini.
Sekarang saya tengah cari gambar gambar untuk rendongan bersama
March 6th, 2010 at 11:35 am
Ada sabuah kapal yang sentiasa di tambat di RJ ia-lah MRC 1401 (Maintenance Repair Craft) dan sa-orang dari Crew MRC ia lah ME Yunan (official number M 7- one digit only) and buffer nya ia lah Leading Seaman dengan official no J 11.Bekas Perang Dunia Kedua
CORRECTION
(official number K 7- one digit only)
buffer nya ia lah Leading Seaman J 11 kalau tak silap (Hashim)
March 6th, 2010 at 1:08 pm
Semenjak duamenjak baca blog nih, ada satu perkataan yg saya x reti. Apa bendenye RADIO KARAT.
March 6th, 2010 at 2:12 pm
Ingat lagi cerita Wak Daing tumbuk bollard MRC?