menyusur denai ingatan XXXIII

 

Imbauan memori XKD Rahmat :-

 

Saya di ‘loan draft’ ke KD Sri Johor (IMS M-2602) mengganti LREM Mat Kassim yang pergi “resettlement interview”. Apabila saya tiba di KD Sri Johor , maka ia pun terus ‘sail off’ dari RJ (Ruternia Jetty) untuk patrol.


Ada sebuah kapal yang sentiasa ditambat di RJ ialah MRC 1401 (Maintenance Repair Craft) dan seorang dari krew MRC ia lah ME Yunan (official number K7 - one digit only) dan buffernya ialah Leading Seaman dengan ‘official no’,  J 11. Bekas kelasi Perang Dunia Kedua.


Masa meronda dengan Sri Johor, bertembung dengan kapal tentera laut Indonesia. Apa lagi “action station” lah krew KD Sri Johor, dan mengarah kapal Indonesia keluar dari perairan Malaysia.


Waktu malam tak senang tidur – duty watch sebagai Radar Plotter dan tambah lagi dengan ‘boarding station’ (barter trader indon, di suruh naik ke Sri Johor untuk ‘investigation’.


Tidur dalam mess sauna – mandi dengan air satu baldi seorang. Bila naik ka darat badan bau kapal dan bau minyak.


Sekali lagi ‘loan draft’ ke KD Sri Langkawi (L4043 Landing Craft Tank). CO nya Lt. Cdr dan nama gelaran “Goldfinger”, sangat suka ‘sail off’ dari Jetty pada waktu subuh atau pun lebih awal lagi (pukul lima pagi). Orangnya tidak selalu dan jarang-jarang bercampur dengan krew. ‘Sailing time’ dari Port Kelang ke Pulau Labuan mengambil masa lebih kurang 8 hari - sebelum tidur malam nampak Pulau Botak di hadapan kapal, esok pagi bangun dari tidur nampak Pulau Botak di belakang kapal – itu lah kelajuan Sri Langkawi masa itu.


KD Sri Langkawi ia lah kapal Royal Navy yang Malaysia ambil alih dan di bawa balik ke Malaysia dari Malta. EM Basil dan LREM Foo di antara krew ‘electrical department’ KD Sri Langkawi. XO nya agak nya Lt G.E. Issac, dan dia pun ‘pick up trend’ “Goldfinger” yang suka ‘sail off’ dari jetty waktu pagi buta.

 

Membaca nukilan tldm60an, XKDRahmat dan komen P3141, teringat ‘icon refresh’ di atas sebelah kiri Internet Explorer yang saya guna.

 

Ketika terbaca tulisan tldm60an, saya masih tertanya-tanya “Di mana letaknya Ruthenia Jetty?” Mulanya saya sangka ia berada di Selatan Singapura. Bila sebentar tadi XKDRahmat mengaitkan Ruthenia Jetty dengan MRC dan Yunan K7, serta komen P3141 tentang Wak Daing, baru saya perasan di mana letaknya jetty ini. Macam baru klik ikon ‘refresh’ laman sesawang yang lambat ‘loading’.

 

Betulkan jika saya tersilap. RJ ialah jetty lama RMN yang wujud sebelum adanya MBJ.

 

Minggu pertama berada di KD Malaya, Jefri, Mustafa, Atan dan saya melawat ABME Mohideen, senior (school mate) pangkal 18 yang bertugas di kapal (mungkin IMS). Dia sempat membawa kami turun ke ‘lower deck’ yang berbahang. Dari jetty inilah, dia mengajak kami berjalan sampai ke Bandar JB. Balik pun jalan kaki. Betul-betul makan angin. Setitik air pun tak masuk ke dalam kerongkong. Balik ke blok cepat-cepat pergi ke bilik air untuk basahkan tekak yang kering kontang.

 

Bertuahnya badan XKDR dapat tidur dalam bilik sauna FOC. Orang zaman ini kena bayar kalau nak mandi sauna. Tulisan anda mengingatkan saya kepada banyak perkara.

 

ME Yunan…pernah jumpa di KD Malaya. Dia Chinese Muslim ke?

 

EM Basil…tutup mata pun kita tahu dia lalu di hadapan atau ada berhampiran.

 

Sebelum tidur malam nampak Pulau Botak di hadapan kapal, esok pagi bangun dari tidur nampak Pulau Botak di belakang kapal – itu lah kelajuan Sri Langkawi masa itu.

 

Ayat di atas membuat saya tergelak. Saya pernah mendengar kisah sama dari mulut EM Musaldin. Kalau angin kuat meniup dari hadapan, kapal boleh bergerak ke belakang walaupun ‘throttle full ahead’.

 

Agaknya kalau lumba dengan Tanjung Merang, siapa menang?

 

Bila saya draf kapal pada bulan September 1966, konfrontasi sudah tamat dan saya pun tak sempat ‘menikmati’ kekerapan gangguan tidur waktu malam.

 

NOTA: Seronok, memang seronok membaca pengalaman kalian. Harap-harap ada lagi cerita yang boleh dikongsi bersama.

 


Related posts:

  1. menyusur denai ingatan XVIII
  2. menyusur denai ingatan XXXVI
  3. menyusur denai ingatan LIII
  4. menyusur denai ingatan IIL
  5. menyusur denai ingatan XXXII

6 Responses to “menyusur denai ingatan XXXIII”

  1. batman Says:

    Unique life and unique story telling in a unique blog. How about adding more fotos to spice it up?

  2. tldm80 Says:

    Respect kat brother suma kerana masuk tldm time penuh cabaran.

  3. tldm60an Says:

    Saudara Admin, KD Sri Langkawi LCT 4043 adalah ex HMS Counterguard. Sebanyak 31 buah kapal jenis ini telah dibuat untuk RN dan 12 darinya telah diserahkan kepada Royal Corps of Transport(British army) selebihnya telah di jual kepada tentera laut negara asing pada tahun 60an, termasuklah HMS Counterguard kepada Malaysia. Kelajuan kapal ini adalah 8 knot,lebih kurang sama dengan KD Tanjong Merang. Kalau berlumba kedua duanya akan dapat nombor satu. Saya masih ingat jika KD Sri Langkawi berada di MBJ krew krew kapal lain terpaksa berhati hati semasa berada di jetty kerana XOnya Jerry Isaac seorang yang garang. Semuanya tak kena. Salam

  4. admin Says:

    tldm60an,

    Terima kasih atas maklumat. Tau tak apa perkataan favourite Isaac?

    8 knot? Masa saya dengan LCT yang sama nama tapi berlainan Pennant No - 1500, cruising speed 10 knot pun terasa macam kelajuan kura-kura. 8 knot tu max speed kot? Kalau crusing, agaknya lagi perlahan.

  5. tldm60an Says:

    Saudara Admin, Ceritalah sikit mengenai pengalaman saudara semasa bertugas di KD Sri Langkawi LST 1500 (ex USS Hunterdon County). LST 1500 ini adalah sepupu kepada Banggi dan Raja Jarom yang mana lebih besar lagi dari LCT 4043. I would certainly appreciate if you can post the photo of KD Langkawi. Salam

  6. jimmi Says:

    Seronok membaca kisah kisah budak budak navy di era 60an.Saya sempat juga bercampur dengan navy era 60an sehingga ke era 90an dan saya harap dapat lah budak budak navy di era 2000an ceritakan pengalamam mereka ketika belayar dengan kapal perang yang canggih dimasa kini.Tq.

Leave a Reply