RMN Museum Melaka - 5
Satu lagi pemandangan menceriakan di ‘chart house’ KD Sri Terengganu.
Kalau ada yang teringin belajar cara mengendalikan sebuah museum, jangan malu dan segan…datanglah ke Museum TLDM Melaka. Ia boleh mengubah perspektif anda. Sekiranya tidak memahami apa yang dipamer, sila bertanya kepada ‘robot-robot’ di pintu masuk. Jawapan yang diterima pasti memuaskan “Saya pun tak tau tentang TLDM…”. Tapi setiap bulan, mereka tak lupa pergi ke mesin ATM keluarkan upah jadi ‘pak pacak’ di Museum berhawa dingin.
Untuk pengetahuan pembaca, yang terbongkang ‘mabuk’ di atas ‘chart table’ itu adalah transceiver radar yang sepatutnya berada di bawah meja - gambar bawah.
Transceiver seperti itulah yang saya sembah ketika bot sedang bertarung dengan gelora Laut Cina Selatan pada tahun 1969. Dengan baldi di sebelah untuk menadah saki baki isi perut, hampir satu jam saya bersila mencari punca kerosakan. (menyusur denai ingatan XXXVI).
‘Hangover’ dari mabuk CO belanja telah lama hilang tapi ‘transceiver’ masih belum sedarkan diri. Dari menjolok mata di atas ‘chart table’ lebih baik jual kepada peraih besi buruk.
Tak gitu Tuan Laksa Mana?
Related posts:

June 10th, 2010 at 10:28 am
ada gambar dlm perut kapal tak ?
June 10th, 2010 at 5:23 pm
Saudara Admin,
Suatu pendedahan yang sungguh menggemparkan. Marilah kita bersama sama berdoa agar Panglima TLDM sedar akan perasaan bekas anggota tentera laut yang pernah menyabong nyawa disamudera luas demi mempertahankan kedaulatan ibu pertiwi.
YBhg Tan Sri PTL, mohon jasa baik Tan Sri meluangkan sedikit masa menyelami perasaan kami mengenai museum TLDM ini. . Semoga YBhg Tan Sri dapat membuat sesuatu meningkatkan mutu serta menyelamatkan dan menambah artifact di museum tersebut. Itu sahajalah kebangaaan kami yang masih tinggal sebagai kenagan. Terima kasih.
June 10th, 2010 at 7:04 pm
Mazril,
Perut KDST out of bound. Kalau dibuka kepada pelancong, lagi gempaq gamaknya.
Tldm60an,
Terima kasih atas komen saudara. Saya yakin gambar-gambar itu bukan sahaja ditonton oleh rating tapi juga pegawai-pegawai TLDM yang masih berkhidmat. Tapi seperti dalam nukilan saya “RMN Museum Melaka - the painful truth”, saya tak mengharap keajaiban kerana lagi banyak bintang di atas bahu lagi sibuk mereka menggilap agar terus bersinar.
Yang penting, bila pembesar datang melawat museum, semua ‘tip-top’ untuk sementara sebelum kembali terbiar. Lepas itu tunggu anugerah Datuk, Datuk Seri atau Tan Seri.
Tak gitu ‘Latuk, Latuk Seli dan Tan Seli’.
June 10th, 2010 at 9:46 pm
Tuan Admin
Mungkin persatuan bekas “budak navy” patut menulis secara rasmi kepada MTL tentang perkara ini.
Nanti kot depa kata takda sapa bagitau, mana kita nak tau. Kita banyak hal lain nak pikiak.
June 10th, 2010 at 10:05 pm
sangat setuju dengan komen admin, mika dilumut sibuk kilatkan bintang atas bahu, muzium tak main lah, waste tme.
June 11th, 2010 at 10:03 am
negeri orang ada museum kita pong nak ada museum, orang lain ada pusat sains kita pong ada pusat saing, orang laing ada angkasawan kita pong ada angka sawang, kan kan kan
June 11th, 2010 at 12:16 pm
“Mungkin persatuan bekas “budak navy” patut menulis secara rasmi kepada MTL tentang perkara ini.
Nanti kot depa kata takda sapa bagitau, mana kita nak tau. Kita banyak hal lain nak pikiak.”
Kalau MTL tak ada masa, la ni berlambak Admiral - Rear/Front/Vice and you name it. Tak kan semua sibuk kot. Oh oh, kelalen…sibuk mesyuarat.
Teringat komen tuan Zaman…era dia ada 4 pegawai di atas sebuat bot ronda. Maknanya pegawai dah berlambak dibanding era kami yang kekadang hanya ada dua pegawai - CO dan XO.
Mungkin era kami ramai yang berdedikasi. Sekarang ramai yang DaddyKasi.