Sketsa 2 nakhoda 2 gembala
Sebuah artikel yang termuat di akhbar arus perdana dan dipetik oleh Malaysian Insider merangsang minda saya untuk berbeza pandangan.
‘Bahtera’ siapa semakin bocor? Itulah tajuk artikel berat sebelah yang mempunyai maksud tersirat yang ingin saya jawab dalam bentuk sketsa.
Dari kaca mata yang melihat perkembangan politik semasa, dan tidak dibelenggu oleh sebarang ikatan, saya berpendapat kedua-dua bahtera – BN dan PR – sedang mengalami kebocoran serius. Terpulanglah kepada kebijaksanaan nakhoda masing-masing untuk mengambil langkah yang boleh menentukan bahtera siapa yang akan terus terapung dan yang mana pula akan tenggelam ke dasar laut.
Apabila kapal atau bahtera mengalami kebocoran, itu bukan bererti ia mesti tenggelam kerana kebocoran kapal perkara biasa. Terpulang kepada kecekapan nakhoda mengambil tindakan menyelamat.
Setakat ini, nakhoda PKR sudah pun mengambil tindakan wajar.
Disamping berusaha mengatasi kebocoran, adalah menjadi kewajipan nakhoda memastikan setiap patung dan boneka yang tidak berguna dibuang ke laut. Orang yang tidak arif menyangka tindakan itu sebagai petanda kebocoran tidak lagi dapat dikawal. Tapi sebenarnya itulah langkah bijak yang perlu diambil supaya bahtera tidak terus dibebani sampah sarap.
Bagaimana dengan bahtera BN?
Nakhodanya tahu bahtera yang telah berkarat dengan anak-anak kapal yang sudah boroi kerana kekenyangan mentekedarah hasil rompakan sedang menghadapi detik-detik cemas. Setelah berpuluh tahun bermaharajalela merompak kapal-kapal kecil, nakhoda dan kelasinya hilang arah sehingga lupa daratan. Hari demi hari, mereka sibuk membahagi harta karun sehingga terlupa cara mengatasi kebocoran. Malah api di dalam kapal pun sudah merebak dan menunggu masa untuk bahtera yang sudah berusia lebih setengah abad menjadi tukun tiruan ala KD Sri Inderapura.
Apabila melihat sampah sarap, patung dan boneka yang dicampakkan ke laut oleh nakhoda PR, juragan, bentara dan kelasi BN, termasuk penulis artikel di atas, bertepuk gembira. Mereka menyangka bahtera lawan akan segera karam.
Bahtera BN yang sememangnya sudah uzur dianggotai, antaranya seorang kelasi tua yang pernah menjilat kahak sendiri, berpesta membuat firasat sambil menghulur talian hayat. Mereka cuba menarik barang-barang ‘reject’ itu ke dalam bahtera dengan harapan ia boleh dijadikan ‘asset’ atau senjata, atau sekurang-kurangnya boleh dibuat peluru pakai-buang (disposable).
Itu sketsa dua nakhoda. Bagaimana pula dengan anak kapal yang dibuang ke laut dan luncai-luncai yang terjun dengan labu-labu mereka?
Kalau ditamsilkan nakhoda PR dan BN sebagai gembala atau ‘cowboy’, yang pernah berguru dengan gembala tua yang sudah nyanyuk dan lupa sejarah, maka kita dapat melihat dua kelompok ternakan yang berbeza.
Lembu yang diternak PR lebih banyak menampakkan tulang dari daging kerana hanya dapat meragut rumput di padang gersang. Berbeza dengan lembu ternak di padang milik BN yang tidak payah berjemur dan bekerja keras kerana di dalam kandang pun sudah banyak rumput hijau dan dedak.
Setelah lama meragut rumput-rumput kering di padang PR, ada juga lembu yang terliur hendak bertukar tempat ragutan. Gembala di padang BN memang pemurah orangnya dan sanggup menyediakan apa sahaja untuk menggoda mereka yang bernafsu besar, asalkan lembu-lembu itu sanggup menukar cara menguak. Semua lembu yang ingin bertukar selera diwajiblan mencerca kononya terpedaya dengan janji kosong gembala mereka.
Tidakkah gembala PR boleh melakukan perkara yang sama?
Rumput di padang ragut PR hanya mengharap hujan dari langit dan baja asli sebagai penyubur. Tidak ada baja kimia kerana gembalanya miskin dan modal pula terbatas. Dulu dia ada lima buah padang ragut tapi sejak tahun lepas, sebuah padang ragut sudah pun dirompak oleh gembala BN.
Rumput di padang ragut BN tidak perlu bergantung harap kepada baja asli atau pun hujan dari langit kerana gembalanya kaya raya. Dalam gedung terdapat beraneka jenis bahan yang boleh dijadikan baja – petroleum, kelapa sawit, getah, disamping menguasai bala tentera yang pakar memasang jerangkap samar paling ampuh bernama Ringgit.
Hingga hari ini, kita telah menyaksikan beberapa ekor ternakan yang sudah keluar dari kawasan gersang dan sedang ghairah menghidu rumput-rumput hijau yang berada di sempadan. Nafsu untuk meragut umpan dan bertukar padang semakin sukar dikawal tapi apakan daya, hendak segera menyeberang takut pula digelar katak yang ‘super’ hina.
Pun begitu, mereka sudah diberi layanan istimewa menerusi alat-alat siaran yang tidak pernah termimpi selama ini. Semuanya menguak dengan nada yang sama, “Sesungguhnya, kami meninggalkan padang ragut yang gersang bukan kerana dorongan nafsu tapi semata-mata demi memperjuangkan hak mereka yang mempunyai warna kulit yang sama dengan kami.”
Gembala BN pun semakin lebar senyuman kerana yakin lembu-lembu itu akan terus menari dan menyanyi mengikut skrip yang disediakan.
Lembu-lembu yang bertukar angin semakin tebal harapan agar terubat jua penyakit mulut dan kuku yang mereka hidapi.
Atau akan mati beragan?
Related posts:
March 8th, 2010 at 4:39 pm
Atau akan mati beragan?
PRU 13 akan menjadi saksi lembu2 itu mati katak - mati sia2
March 8th, 2010 at 5:13 pm
Those rengades are preparing their own funerals. No doubt they will get VIP treatment for the next week or so, but eventually they will become another bunch of frogs.
March 8th, 2010 at 6:56 pm
Let’s see whose ship bocor first. Your guess is as good as mine.
March 8th, 2010 at 7:28 pm
hehe kita tunggu dan lihat….
March 8th, 2010 at 7:59 pm
All those low life dick head froggies will die a slow and certain death after GE13, no question about it.
March 8th, 2010 at 8:46 pm
Macham anjing dengan bayang, yang dikejar tak dapat yang dikendong berchichiran. Akhirnya lembulembu ternak yang 4 ekor tu abok pun tak dapat, masok angin keluar asap.
March 8th, 2010 at 8:59 pm
Prinsip konon. Dengan beruk dan ungka dihutan boleh ler korang gormal. Kalau bukan fulus korang tak kan jadi katak macam siBraim yang tak berprinsip tu. XpeXpe, UMNO anytime boleh terima barang reject untuk cuci najis dia orang.
March 8th, 2010 at 9:23 pm
Dear utuhpaloi,
I love this part,
“Mereka cuba menarik barang-barang ‘reject’ itu ke dalam bahtera dengan harapan ia boleh dijadikan ‘asset’ atau senjata, atau sekurang-kurangnya boleh dibuat peluru pakai-buang (disposable).”
No doubt, UMNO/BN are collecting all reject items that will make their ship sink faster.
That joker Zul was and will always be a liability. Good riddance.
March 8th, 2010 at 9:53 pm
Kepada 3 orang adun Perak N 4 orang mp yang nak bunuh diri, kalau lu semua ada maruah N harga diri, sila kosongkan jawatan secara terhormat. Jijik betul gua tinguk muka lu. Puih
March 8th, 2010 at 10:39 pm
Once those cows become frogs, they will die a natural death, slowly and painfully. Now they get all the VIP treatment but once the euphoria is over, the UMNO warlords will force those filthy frogs to lick their arse hole.
March 9th, 2010 at 7:22 am
Let those hypocrites dig their own graves. We will bury them standing heads down come GE13.
I understand that invalid in Perak was promised RM5 million but only get RM250K so far.
March 9th, 2010 at 1:42 pm
Totally agreed, these “lembu-lembu” are good for the slaughter-house only.
But their meat is neither fit for human consumption nor for the stray dogs. Let it rot under the sun.
March 9th, 2010 at 3:24 pm
[...] Read more at: http://utuhpaloi.xbrain.biz/sketsa-2-nakhoda-gembala/ [...]
March 9th, 2010 at 4:25 pm
Lembu ada penyakit kuku dan mulut…harimau dengan singa pun tak berani makan. Sepatutnya, lembu2 tu letak jawatan dan kalau terasa diri hebat, tanding balik atas tiket bebas…aku garaenti hilang duit deposit.
March 9th, 2010 at 4:58 pm
salam tuan,
mohon izin untuk menyiar terbit beberapa artikel dari laman ini ke blog albanjari. Harap mendapat keizinan dari tuan. Terima kasih.
Salam kulaan..
March 9th, 2010 at 5:36 pm
Dipersilakan, kalau tuan sudi apa salahnya, kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan.
Waalaikum salam ading kulaan.
March 9th, 2010 at 6:50 pm
Bukan lembu BN saja yang boroi, Gembala BN laki bini boroi gedempol sedangkan gembala PR kurus kedengking.
March 9th, 2010 at 9:23 pm
Dah kenyang tak tahu nak di sorok.
March 10th, 2010 at 1:24 pm
Saudara Admin, saya sangat setuju dengan kata kata berikut’Nakhodanya tahu bahtera yang telah berkarat dengan anak-anak kapal yang sudah boroi kerana kekenyangan mentekedarah hasil rompakan sedang menghadapi detik-detik cemas. Setelah berpuluh tahun bermaharajalela merompak kapal-kapal kecil, nakhoda dan kelasinya hilang arah sehingga lupa daratan’. Inikah balasan yang sepatutnya kita terima setelah menggdaikan nyawa untuk mempertahankan negara yang tercinta meliputi dua kali darurat dan konfrantasi. Apa yang kita harapkan adalah untuk hidup disebuah negara yang aman , makmor dan berdaulat tanpa mengira keturunan , bangsa dan ugama. Tetapi malangnya semua harapan kita musnah diatas perbuatan ahli ahli politik yang rakus yang tidak mempunyai hati perut(conscience) saperti yang berlaku sekarang. Isu isu perkauman dimanupulasi, Agensi agensi kerajaan digunakan sepenuhnya untuk mencapai matlamat masing masing. Bagi kita yang telah mencapai status warga emas hanya menanti masa untuk dijemput kembali. Apa yang kita risaukan adalah nasib anak anak dan cucu cucu kita yang akan meneruskan hidup di alam yang fana ini. Wahai ahli ahli politik sedarlah hidup kita di dunia ini adalah untuk sementara sahaja. entah esok entah lusa kita akan dibungkus dengan kain putih dan dikuburkan. Semua harta yang telah di kumpulkan selama ini akan tinggal, yang dibawa hanyalah amalan (samada baik atau buruk) semata.