Suami Jimak Lebih Lama

Kini mampu jimak isteri (1-3 jam). Isteri pasti puas. Dijamin. RM87.

Sungguh gah bunyi iklan yang terpampang disebuah website popular. Teringinkah anda mencubanya? Apakah perlu bertahan 1 hingga 3 jam untuk memuaskan pasangan!!!

Kalau itulah dijadikan amalan, bersiap sedialah mengucapkan selamat tinggal kepada kelelakian anda. Kenapa?

Kenapa perlu bertahan sehingga 3 jam untuk memuaskan pasangan sedangkan 1 jam pun boleh membosankan. Kalaupun lelaki boleh terus berdayung dengan bantuan ’sintetik’, pasangan akan keletihan.

Kaum Hawa bukannya patung mainan yang tak punya perasaan, yang tak kenal erti ‘excessive’. Lazimnya, seorang wanita, kalau terangsang, akan dapat mencapai kemuncak setelah 20 atau 25 minit ditusuk, disusuli dengan kemuncak berganda selang 2 hingga 5 minit. Jika diambil kira tempoh maksimum untuk kemuncak pertama dan 5 minit berselang untuk kemuncak kedua dan seterusnya, bererti dalam masa 1 jam, pasangan akan mencapai minima 8 kali kemuncak.

8 kali kemuncak dalam satu sessi!!! Bukan saja pasangan akan longlai, kemaluan, punggung dan kaki akan jadi kebas atau semut-semut. Bila keadaan ini berlaku, ‘grip’ nya juga akan hilang malah ‘perigi zam zam’ akan kering sedangkan anda masih belum mampu menamatkan dayungan.

Bayangkan apa akan terjadi ketika mana enjin kenderaan kehabisan minyak pelincir. Kalau tidak dimatikan enjin, geseran berterusan akan membuat suhu ‘piston dan enjin blok’ naik mendadak dan akhirnya merosakkan keseluruhan enjin. Kalau jentera bolehlah di ‘rebore’ enjin blok dan ditukar piston. Kalau piston lelaki rosak, mana ada teknologi ‘transplant’ yang menjamin keampuhan berterusan. Kalau dah mati pucuk, pasangan pun akan cari lelaki lain.

Bagaimana untuk mengatasi sindrom ‘ejekulasi pra-matang’ kalau bukan dengan bantuan bahan sintetik?

‘Brain power’ atau kuasa minda adalah senjata paling berkesan dimana si empunya pendayung boleh menentukan saat dan ketika menghentikan dayungan. Dengan kuasa yang boleh dikawal sendiri, suami boleh menanyakan isteri detik bersesuaian menyudahkan ‘projek’. Ingat!!! isteri juga berhak meminta suami menjadi ’sprinter’ atau pelari ‘marathon’.

Kenapa sprint kenapa marathon? Dalam hubungan kelamin, ‘mood’ dan ‘ketahanan’ perempuan tidak jauh berbeza dengan lelaki. Ada kalanya 10 -15 minit sudah terkapar dan pada masa yang lain pula, setengah jam pun baru nak ‘warm up’. Kalau performance (meminjam kata PM…Key Performance Index) lelaki mendatar sahaja, maka akan meranalah pasangannya. Sebab itulah, kehebatan lelaki tulen bukan kerana dia boleh bertahan sehingga 3 jam tapi kerana kebolehannya menari mengikut rentak.

Apa itu brain power atau kuasa minda? Bagaimana menguasainya? Apa punca ejekulasi pra-matang? Bagaimana mengatasinya?

Akan menyusul.

Jauh perjalanan luas pandangan, lama hidup banyak pengalaman!


Related posts:

  1. Suami binatang
  2. Lelaki hebat
  3. Isteri dingin
  4. Celoteh atuk di Hari Bapa
  5. APA ADA PADA NAMA

Leave a Reply