TLDM - harta Raja Qarun

Bukti yang mentabalkan teman ini sebagai Raja Qarun.

Saya terlupa segulung tali yang diemel oleh ‘Raja Qarun’ lalu bertanya,

Admin : Dan tali bergulung tu tali apa?

 

Raja Qarun : You sudah lama tak pakai sixes sebab selalu tuang “Ship Company Division” dan tak pernah kena “kit muster”. Tali itu kan “lanyard” yang dipakai dengan ceremonial dress (Sixes) oleh junior rates.

 

Kit Muster? Baru teringat bagaimana kami kelam kabut pinjam meminjam alat atau pakaian yang tak lengkap bila kena ‘kit muster’.

 

Tentang tiket yang sudah berusia hampir 40 tahun, dia menerangkan,

 

Raja Qarun : Mecca Ballroom - free entrance ticket to the dance hall - swing habis, hebat dari Sibu - Di Malaysia guarantee kena tutup punya.

 

Terima kasih kawan kerana sudi berkongsi harta qarun serta pengalaman tentang lumrah kehidupan “in an era long gone.”

 


Related posts:

  1. Harta Qarun - POSB
  2. Raja segala Raja - Qarun
  3. Khazanah Raja Qarun II
  4. Raja Qarun & Ratu Balqis
  5. TLDM - KD Sri Rejang 1974

9 Responses to “TLDM - harta Raja Qarun”

  1. wak Says:

    di mekah pun ada bilik ballroom ke

  2. ali ahmad Says:

    Saudara admin dengan 802030 CPOEM Kiew a/l Din Choi siapa yang lebih senior agaknya.

  3. admin Says:

    M2030 intake 1/65 bulan March, saya intake 2/65 bulan Mei. Saudara Ali Ahamd kenal dengan Kiew ke?

  4. waffen maliz Says:

    Tahun biler start pakai no 800…..

  5. ali ahmad Says:

    Saya x kenal dia, tapi perbezaan huruf dengan angka 8…. tu yang buat saya tanya kpd tuan admin.

  6. admin Says:

    Di depan ada angka lapan?

    Mula kami masuk, navy masih dikenali sebagai RMN dengan CNO berpangkat Commodore dari RAN. Kiblat RMN ialah RN dengan berpandukan kitab “NAVAL DISCIPLINE ACT 1957″. Setelah kiblat bertukar ke MINDEF, (hujung 60an atau awal 70an) Malaysian Armed Forces memperkenalkan nombor seperti “8″ untuk TLDM, “7″ mungkin untuk TUDM dan begitulah seterusnya. Akhirnya tanpa kerelaan, maka abjad J, K dan M terpaksalah dimansuhkan dan diganti dengan nombor lapan. (hilanglah glamour sikit).

    Selepas itu, nombor kami pun bertukar tapi nombor pada ID (lesen anjing) tetap yang lama seperti yang saya uploadkan di internet.

    Mungkin teman kita Kiew 2030 boleh membantu kerana ingatannya lebih baik dari saya sebab dia pernah mengukur jalan 6 kali sehari dari blok kediaman ke main gate selama 24 hari. (Denda stop leave).

  7. ex kd rahmat Says:

    Official Number M2030 dan kemudiam menjadi 802030 di khaskan untuk Kiew saja -
    Saya agak TLDM dan Kementah tidak akan bagi Official Number di atas kapada pelatih yang baru masuk TLDM.
    Angka 80 di depan 2030 kalau saya tidak silap di tambahkan pada tahun 67 / 68
    Officers dan Senior Rates mulai memakai Name Tag pada tahun 1968

  8. admin Says:

    “Official Number M2030 dan kemudiam menjadi 802030 di khaskan untuk Kiew saja”

    Sungguh tepat kerana Kiew DC berjaya menamatkan 24 hari rutin ukur jalan dari Blok (A or B?) ke Main Gate.

    For your info, K2037 called me…ME Md Zain ‘jambu’ passed away last night. Kebumi di Seremban jam 10 pagi ini. Mungkin saya dapat uploadkan gambar dia buat kenangan.

  9. waffen maliz Says:

    OO camtu ke..zaman saya no tentera bermula 800… hingga terkini 836…. pegawai lak N/406…..

    Rutin 24 hari tu sama dengan main masting ke?

Leave a Reply



How To Write Letter
bystolic drugviagra