TLDM - KD Malaya Woodlands

Gambar seperti ini memang ada di internet tapi kalau diteliti, ia tak sama kerana shot ini diambil dari sudut lain.

Perhatikan papan tanda Kapal Di-Raja Malaya dan di bawah tertulis Royal Malaysian Naval Barracks. Dalam gambar ini pondok pengawal tidak kelihatan seperti yang ada di internet, manakala bangunan ‘A’ blok kelihatan sepenuhnya.

Sebelah kiri ‘A’ blok dan sebelah kanan ‘B’ blok. Di bawah tengah ialah Admin Blok, quarter deck dan parade ground. ‘Wing’ sebelah kiri ‘A’ dan ‘B’ blok ialah dormitori bernombor genap, A2/B2, A4/B4, A6/B6 manakala ‘wing’ sebelah kanan dormitori bernombor ganjil.

Di hadapan ‘B’ blok dan ke kanan sedikit dari tangga, trak berhenti menurunkan kami dan disitulah ’intake 2/65′ mula memijakkan kaki di bumi asing sebelum jam 8 pagi, Isnin 24hb Mei 1965.

Perhatikan tiga puncak di atas blok. Di puncak tengah ‘A’ blok inilah, sekitar jam 0200 awal tahun 1966, seorang LRSM (tunggu pakai PO) yang kena ‘open custody’ dan menunggu pendakwaan kerana menjual kelongsong peluru Bofors memperkenalkan diri kepada saya. “Menyusur denai ingatan XI”. Disinilah juga saya menunaikan kewajipan agama (masa tu masih waraq) dan mengulangkaji pelajaran selepas ‘piped down’.

Berhampiran puncak sebelah kiri lokasi LRSM Mat ‘kepala batu’ menghulur tangan meminta maaf sambil berkata “kenapa awak lawan dan malukan saya depan orang?” setelah ‘batu’ nya lebur apabila bertemu buku dengan ruas. “Menyusur denai ingatan IX”.

Di puncak kiri dan kanan ‘A’ blok ialah tangki air dan di puncak sebelah kanan tempat saya lepak bila terasa malas nak pergi division. “Menyusur denai ingatan XXVI”.

Hujung sebelah kiri Admin blok tempat pejabat Captain CJ Weir, CO KD Malaya masa itu. Sebelah pejabat CO adalah pejabat Chief Writer Amir dan tempat kerja pertama saya sebagai ODWG dan peristiwa pegang gagang telefon terbalik. “Menyusur denai ingatan VI”.

Sebelah kanan Admin blok adalah pejabat rekod dimana ODWG Yusuf dan saya bertugas dibawah kendalian POWG Mokhsin dan di pejabat inilah kami terbaca cerita yang saya nukilkan dalam “Menyusur denai ingatan VII”. Sekitar Admin blok inilah SWAN (Singapore Women Auxiliary Navy) ditempatkan.

Di tingkat paling atas di tengah bangunan Admin blok adalah COMCEN - tempat batch pertama anggota TLDM wanita (RO) ditempatkan. Maimun dan seorang anggota wanita (janda berhias) waraq yang mendapat jolokan ustazah paling popular masa itu. 

Main gate oh main gate…tempat berhantu dan RPO Yap (harimau berantai) menunggu peluang menerkam mangsa. Betapa lemah pun lutut dan jalan huyung hayang, bila sampai di main gate untuk mengambil station card, lutut lemah jadi kuat dan langkah kembali stabil.


Related posts:

  1. TLDM - Parade Ground/Drill Shade KDM Woodlands
  2. RMN - Dormitori B1/B2 KD Malaya 1965
  3. TLDM - MBJ & FMU Woodlands 70an
  4. TLDM - rekrut 2/65
  5. TLDM - balkoni ‘B’ blok KD Malaya

24 Responses to “TLDM - KD Malaya Woodlands”

  1. xlogdepot Says:

    Pulau Pinang bandarnya baru
    Kapitan Light menjadi raja
    Bila terkenang kisah yang lalu
    Jatuh berlinang si-air mata

    huk huk !!

  2. admin Says:

    Jika berlabuh di laut tenang
    Jangan lupa menjemur kain
    Tempat jatuh lagi dikenang
    Inikan pula tempat bermain

  3. tldm60an Says:

    Saudara Admin,
    Saya sememangnya tak pandai mengarang apatah lagi berpantun, tapi tulisan saudara kali ini dengan gambar KDM woodlands sungguh mencuit hati, mengigatkan saya banyak peristiwa pahit manis semasa bertugas dalam tentera laut, terutama pada mula mula masuk rekrut. Malangya dalam gambar ini tak kelihatan I block dimana terletaknya perpustakaan yang di jaga oleh Cik Ning(orangnya lampai, suaranya serious). Disinilah saya selalu menghabiskan masa meminjam buku buku untuk bacaan(dulu rajin membaca). Semasa dalam Tentera Darat saya betemu dengan beliau dah berpangkat Mejar.Satu lagi yang saya ingat sebelum pergi bercuti saya akan berjumpa kerani gaji nak keluarkan credit. Credit inilah yang menampong perbelanjaan semasa bercuti. Suatu pagi, sedang berbaris untuk colour kedengaran tembakan meriam. Itulah rogue salute menandakan court martial akan bermula. Sekali sekala pipe dibunyikan untuk clear lower deck dimana pesalah akan berdiri dihadapan ships company dalam keadaan off cap, memberitahu anak anak kapal yang lain tentang kesalahn yang dilakukan serta hukuman yang telah dijatuhkan keatas pesalah tadi. Petang petang mereka yang bertugas akan berbaris untuk fire fighting. OOD akan memberitahu tempat yang yang perlu dibersihkan. Tapi yang paling serious sekali adalah DIVISION dan CO’s round. Banyak saya belajar tentang kebersihan semasa CO”s Round. Everything must be spick and span, termasuklah toilet bowl yang perlu dikorek dengan tangan untuk membersihkanya. Peristiwa yang tak dapat saya lupakan ialah hari pertama kita sampai diKDM Woodlands. Interview pun belum habis, petang harinya kami yang baru sahaja berkenalan antara satu sama lain nak keluar keWoodlands untuk berjalan jalan. Apabila sampai ke Quarterdeck(masa tu manalah kita orang tau apa itu Quarterdeck) sebuah kereta Triumph Herald tiba tiba berhenti dan seoarang Mat Saleh(S/LT Dursley) turun lalu menjerit mengarahkan kami melapor diri ke Duty PO kerana tidak memberi hormat kepada beliau. Duty PO pun tak tahu apa nak buat kerana kami masih civilian lagi.Itulah serba sedikit peristiwa yang masih jadi kenagan semasa dalam tentera laut. Salam.

  4. wak Says:

    parade ground pun berhantu, kalau tak pakai uniform tak boleh lintas, silap haribulan kena jerit sebelum ukur keliling padang

  5. admin Says:

    Ning dan perpustakaan…baru saya ingat librarian yang serious. Betulkan kalau ingatan saya bercelaru…kulit hitam manis berambut panjang dan bila pakai kebaya nampak solid molid. Masa itu ada seorang sergeant dengan blank file sebelah atas bahagian education tackle dia. Sergeant ni senior saya dan Jefri di SES Kluang. Apa kesudahannya, entahlah.

    Pipe untuk clear lower deck yang saudara maksudkan itu bugle ke?

    Masukkan tangan dalam lubang tandas agaknya ritual rekrut yang tak dapat di elak. Mula2 saya rasa geli tapi bila LRWG Maniam ‘lead the way’, maka terpaksalah kami ikut.

    Kereta Triumph Herald yang saudara maksudkan mungkin ada dalam senarai yang saya sudah scan. Insyaallah, saya akan upload dalam masa terdekat.

    Seikhlasnya saya akui komen2 saudara dan teman-teman yang sudi meluangkan masa memberi pandangan amat saya hargai kerana secara langsung ia membantu saya mencari sesuatu yang hilang…cebisan memori silam yang telah lama bersemadi dalam minda separa sedar.

  6. admin Says:

    Sdr tldm60an,

    Bukan RPO Yap ke yang ajar kita NDA?

  7. tldm60an Says:

    Saudara Admin,
    Your description of Ning is perfect. Saya difahamkan beliau telah pun menjadi pegawai Askar Wataniah semasa menjadi librarian di KDM Woodlands. Mungkin sebab itulah cara dia becakap pun penuh dengan authority sampaikan saya nak pinjam buku pun takut takut. Tak tahulah saya tentang cerita sergeant tu, tapi apa yang saya tahu Ning telah dikerah(mobilise) dan saya jumpa dia di KEMENTAH semasa beliau dah berpangkat Mejar dan berkahwin dengan kalau tak silap dengan seorang pegawai Tentera Darat juga.
    Saya pun kurang pasti samaada clear lower deck dimulakan dengan tiupan bugle atau tidak, tapi kalau tak silap saya QM MainGate akan pipe untuk memberitahu ‘Ships Company clear lower deck’. I stand to be corrected.
    Salam

  8. tldm60an Says:

    Saudara Admin,
    ‘Bukan RPO Yap ke yang ajar kita NDA?’ . Bukan. Seingat saya ialah RPO NORDIN muka dia macam mamak sikit. Tapi yang peliknya muka dia jarang jumpa di KDM Woodlands selepas dia mengajar kita. Salam

  9. ex kd rahmat Says:

    RPO Yeap Eng Poo, RPO Nordin dan assistance mereka LRSM Bakar Besi semua nya kuat discipline - NDA dalam kepala mereka.
    Saya pun biasa kena punishment di bawah NDA.
    Stoppage of leave for 24 days
    Cukup seksa di buat nya - apa tidak - ini lah routine masa stoppage of leave.
    0700 - report to main gate
    1230 - report to main gate
    1615 - report to main gate
    1830 - report to main gate
    2000 - report to main gate
    2200 - report to main gate

    kena tangkap main judi oleh RPO Yeap, PO shpt Apek Taik (Seet Teng Hong) dan LRSM Mohd Zain (later became SD Officer).

    Seingat saya ialah RPO NORDIN muka dia macam mamak sikit.

    RPO Nordin was a “borned Indian” but converted - according to his indian nephew who was my friend.

    RPO Nordin attended SD course but was not successfully in the course. He was promoted to MCPOSM and was my coxswain on KD Rahmat.

  10. admin Says:

    RPO Nordin ada imbasan MB Perak sekarang tak?

    LRSM Bakar ‘besi’ ada tahi lalat hidup berbulu di dagu?

    Saya tergelak sampai keluar air mata membaca dan terbayangkan ex kd rahmat kena stop leave…Masa lapor diri ke main gate OK lagi sebab turun bukit, tapi part nak balik blok yang teruk kerana kena panjat bukit, fuh…longgar kepala lutut.

    Sekarang baru saya faham kenapa memori masih baik sebab dulu-dulu rajin ukur jalan. Agaknya masih ingat lagi tak berapa langkah dari A/B blok sampai main gate?

  11. waffen maliz Says:

    “Stoppage of leave for 24 days” tu hukuman cam main masting ke?

  12. admin Says:

    Maaf ye sdr Waffen, terma kita banyak berbeza maka izinkan saya bertanya…main masting tu apa?

  13. waffen maliz Says:

    Dikenakan hukuman tahanan cuti dan melapor ke ops room atau main gates dengan OOD setiap 2 jam sehingga jam 2200H.Sama x?

  14. ex kd rahmat Says:

    Saya tergelak sampai keluar air mata membaca dan terbayangkan ex kd rahmat kena stop leave…Masa lapor diri ke main gate OK lagi sebab turun bukit, tapi part nak balik blok yang teruk kerana kena panjat bukit, fuh…longgar kepala lutut.

    Dari main gate berkawat balik sampai ka B Block -naik ka B6 Dormitory - ambil pinggang dan cawan - panjat bukit lagi ka galley untuk isi perut - kalau cook cook masak kayu dan rebus batu - agak nya kita pun makan dan telan kerana lapar. Aer bandung main galley cukup cukup sedap masa itu
    Duty PO tanya “ada complain” Jawab gang kami yang kena “Stoppage of Leave” - Cukup sedap PO dan minta izin tambah lagi nasi…
    You orang yang belum kena punishment tidak tahu -Sudah Kena baru celit mata dan kuat ingatan hingga hari ini..

    Itu belum kena NDA No: 9 punishment (extra work and drill)
    silap hariboleh lepas dalam seluar - pada masa itu ABEM Baffalo Bill pegang record No 9 punishment.

  15. admin Says:

    Kalau macam tu, saya boleh tergolong dalam orang baik2 lah sebab tak pernah kena stop leave dan sempat pakai koperal (dua calit GCB).

    Saya hairan macam mana kepala judi (apek taik) boleh tangkap you orang. Dia tu selalunya bukan nak tangkap tapi nak sergah bagi kaki judi lari sebelum rampas duit.

    Saya teringat main billiard 4 bola lawan apek taik dengan POMT(H) Adam jadi pengadil dari pukul lapan malam sampai lapan pagi Ahad. Permainan berhenti bila Apek taik terbalikkan kedua-dua kocek seluar sambil berkata “Habis, tak ada duit lagi”. Dia dah kering padahal baru gaji pagi Sabtu tu dan belum sempat bawa duit balik ke rumah.

    Minggu tu, JL3688 tukar 4 tayar baru dan bateri baru lepas tu jumpa apek taik bagi tau dia dimana saya laburkan gaji dia bulan tu.

    Tapi, as a person, dia OK - banyak contibute maintenance kereta saya.

  16. waffen maliz Says:

    Maaf kl x keberatan bertanya umur2 saudara sekalian berapa?

  17. admin Says:

    Sebelum kami memberi jawapan, saya minta saudara kira…tamat Senior Cambridge (sekarang ni dipanggil SPM) masuk RMN. Fakta lain ada dalam blog. Meminjam kata orang Inggeris, add 2 and 2 together, you get the answer.

  18. tldm60an Says:

    Saudara Waffen Maliz
    Untuk pengetahuan saudara saya masuk Tentera Laut semasa berumur 18 tahun, berkhidmat selama 3 tahun dan bertugas dalam Tentera Darat pula selama 33 tahun. Bersara pada tahun March 2001. Saudara tekalah sendiri. Salam

  19. xcman Says:

    dulu sya pernah sekapal dengan sdr yudoff afro, ex navy, ceritanya masa di kdm, semua jenis hukuman dia dah kena, paling teruk saya dah lupa tapi ada kena mengena dengan tiang mast kat kdm, kira jenis kepala pengat jugak la kot.

  20. admin Says:

    Yusoff afro ni badan gempal ke?

  21. xcman Says:

    yeap, badan tegap, kulit gelap, org johor kalau tak silap

  22. admin Says:

    Kalau dia orangnya, cakap slow and steady tapi temperature cepat naik, mungkin saya kenal. Macam boleh bayangkan muka dia.

  23. mcpo pri azman shah Says:

    salammmmmmmmm.saya maseh mentah dlm rmn.intake 160

  24. admin Says:

    Saudara Azman,

    Selamat datang ke UPBB. Maaf kerana terlambat meluluskan komen saudara kerana ianya dibuat dalam blog lama yang jarang saya buka.

    Untuk makluman saudara, ‘utuhpaloi.xbrain.biz’ sudah berpindah ke ‘utuhpaloi.com’.

Leave a Reply



How To Write Letter
bystolic drug